Saturday, July 30, 2011

Ashraf Tukar Jantina Meninggal Dunia

Assalamualaikum... =))

Baru je tadi Honey dengar berita kat radio, Ashraf yang nak tukar jantina ni meninggal dunia pagi tadi. Biar betik??? So cepat-cepat mintak tolong Uncle Goole, dan dapatlah beberapa link. Tapi tak banyak lagi orang tulis pasal benda ni, maybe masih baru, then today is Saturday, orang ramai kuar bersuka ria dan shopping. So ni dia info yang Honey amek dari The Malaysian Insider.


Ashraf gagal tukar nama jadi wanita meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 30 Julai  Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini.
Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah yang rendah.
Mahkamah menolak permohonan dia pada 18 Julai lalu.
Dalam satu temu bual dengan media keluaran 20 Julai lalu, Ashraf mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya dan sanggup dibunuh. 
Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu. 
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak Ashraf yang lebih mesra dipanggil “Aleesha” berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.
“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. “Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya. 
Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya. 
Dia membuat pendedahan menukar jantina di Thailand pada 2009. 

SEKIAN
Mohon Tukar nama kepada Aleesha Farhana
Beberapa kali Honey istighfar lepas dapat tau berita ni. Dia meninggal dalam usaha untuk menukar jantina. Astaghfirullah al-azim. Marilah kita semua bersangka baik, hopefully dia sempat bertaubat sebelum meninggal dunia. Kita hanya mampu berdoa untuk Ashraf, yang lain hanya urusannya dengan ALLAH SWT di alam barzakh sana.
Tapi ada jugak yang cuba pertikaian hal ini. Jom tgk gamba kat bawah
Source: MediaMalaya
Wallahualam....

More:

Apa Kata Honey: Taknak pikir bukan-bukan, taknak sebok hal orang, biarkanlah mereka. Kita yang masih hidup ni kena berusaha untuk mengumpul banyak bekalan ke destinasi akhirat yang kekal dan abadi.



Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


5 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

huhh...macam direka je dia meninggal tu

Anonymous said... Reply Comment

Hidup kita sentiasa dalam persimpangan,moga kita berada dipersimpangan yang betul ketika saat itu tiba.. Amin.

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Anonymous

betul tu...sentiasalah berdoa agar diri terpelihara dr godaan dan dugaan di dunia ni...=)

Anonymous said... Reply Comment

Innalillah....-hairul shah-

Anonymous said... Reply Comment

dah terang-terang salah.

tak kira dengan niat baik atau jahat ...

*apapun, saya doakan arwah diampunkan dah dikasihani dengan nasib yang menimpanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters