Sunday, August 18, 2013

Phuket Holiday (Part 3) - Phi Phi Island

Assalamualaikum... =)

Subhanallah... Indah ciptaan Tuhan. This is PhiPhi Island =))
Laut yang sangat cantek!!! =)
DAY 3 - Phi Phi Island Tour
11 November (Sunday) - Hahhh.. Cantekkan 2 gambar kat atas tu? Walaupun Hani amek pakai handphone biasa jer, tapi keindahan alam ciptaan Tuhan ni kekal terpancar. Kalau pakai DSLR mesti lagi cantik dan ohsem! hihi

Gambar tu sebagai mukadimah jer untuk island hopping hari ini. Hani akan bawa korang menaiki speed boat menjelajah laut yang biru serta pantai yang cantik... cewaahhh.. Are you ready guys!! Jom!! =D
Kak Yus, Aza & Hani.. Kat lobby, waiting for our supir
Seawal 6.30 pagi, dah semangat tungu kat lobby hotel menanti van yang akan membawa kami ke pier. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam sejam jugak la dari Patong area ni. Sementara dalam perjalanan ke pier tu, meh Hani explain sikit mengenai package untuk hari ini.

Basically, Phi Phi Island Tour ni ada bermacam-macam jenis. Korang boleh pilih naik speed boat besar, speed boat kecik, long boat (traditional boat Thai) dan juga Ferry. Rate akan berbeza-beza mengikut jenis transport yang digunakan. Paling murah kalau menaiki Ferry, tapi not recommended la. Sebab ada certain tempat tak dapat pergi disebabkan oleh engine limitation, takut sangkut lak. Lagi satu naik Ferry ni lambat!!

So Hani dan kawan-kawan memilih untuk menaiki speed boat kecik atau kat dalam package tu VIP Speedboat. Tak tau ape yang VIP nya, maybe sebab jumlah penumpang yang sedikit kot, dalam 20orang jer. Package ni beli kat Groupon (Phuket2thailand) before mai Phuket, RM130/person. Kalau tengok kat website Phuket2thailand ni lagi mahal, thats why Hani beli through groupon jer. Tapi kalau nak laaaaagi murah, Hani rekemen korang beli segala macam package kat Phuket je, ble tawar menawar. Tapi ingat!!! Jangan beli packge kat airport yer. Mahal!!!

Phi Phi Island Tour included:

Viking Cave - Maya Bay - Loh Sama bay - Monkay Cave - Phi Phi Don - Khai Island

Lama jugak Hani merepek ni yer. Tak sedar dah sampai kat jeti. Hihi. Di sana kami disambut oleh wakil Phuket2Thailand, dan di bawa ke office mereka di Asia Marina untuk breakfast dan sedikit taklimat keselamatan serta aktiviti sepanjang hari ini. Wahh skemanya ayat. hahaa..

Bfast dulu...

Mr David bagi taklimat

Yang ni kena sewa.. Harga? tak ingat da

try, cuba, test
Dah setel semuanya, kami dipanggil mengikut group masing-masing dan diberikan ribbon (ikat kat tangan atau kat mana yang patut) sebagai pengenalan diri. Make sure korang kenal gang-gang dalam boat, serta boat tu dan alert dengan arahan tourist guide. Kalau dah ramai sangat takut bercampur plak. Silap-silap kena tinggal boat, nanges la sorang-sorang kat island tu nanti. hahaha

Before naik boat, ada cameraman amek gambar dulu. Boleh beli after island hopping nanti.. Say cheese and smileeeee... ^^,
Kami... =)
1) Viking Cave

Almost 1 hour journey, reach our 1st destination, Viking Cave. Dulu dibenarkan masuk tapi sekarang tak boleh da, for sightseeing only. Khas untuk burung-burung berkicauan dan membiakkan sarang mereka. Pemandangan sangat cantik, Subhanallah. Tengoklah laut yang tersangatlah biru ni. Rasa macam mau terjun ja. Hani cepat-cepat kuarkan handphone dan amek gambar. Kalau ada camera DSLR kan best, mesti dapat hasilkan gambar yang lebih menarik. hihi

kat boat, otw to Phi Phi Island
Viking Cave
Viking Cave dari jarak dekat
orang kampung kat sini
Laut sangat cantek!!
bye bye Viking Cave, now otw to Maya Bay =)
2) Maya Bay + Loh Samah Bay

Seterusnya kami ke Maya Bay. Dari jauh dah tengok umat manusia yang sangat la ramai. Crowded gila maybe sebab Sunday kot. Tempat ni glamour jugak, lokasi filem The Beach by Leonardo De Caprio. Ok noted!

Tourist guide (Mr. David) bagi masa setengah jam je? hahh tak cukup!
Tourist guide (Mr. David) bagi masa setengah jam jer kat sini. Hahhh? Cepat-cepat turun dari boat untuk amek gambar. Hani cadangkan kalau korang nak mai sini kena pilih hari lain, say no to weekend. Tapi kalau tak kesah bersesak-sesak, silakan. Memang ramai la yang interframe time bergambar ni, kalau tengok balik rasa kelakar la jugak. haha. Maya Bay sangat cantik!!!
Ramainyaaaa orang!!!
Full house!! Tapi sangat cantek!!
Kami.. =)
Kak Yus, Dja and Hani =)
Sebenarnya..... Maya Bay ni kat Krabi...
Berjalan ke belakang sket untuk ke Loh Samah Bay. Unik dan cantik (ntah berapa banyak perkataan cantik yang dikeluarkan untuk hari ni). Tak percaya, sila lihat sendiri.




Loh Sama Bay, tempat yang agak best untuk bergambar dan feeling-feeling jadi model. Sambil bergambar sakan, kulihat Ferry dari kejauhan. Kesian tak dapat mai sini, takut engine sangkut. Dorang dapat tengok dari jauh je keindahan alam ciptaan Tuhan ni. hehe jangan jealous yer. Thats why Hani rekemen korang naik speed boat! =D



Kak Yus... feeling2 jadi model gitu.. haha
Dja pun sama... haha
Bye Bye beautiful Maya Bay.... =)
3) Monkey Cave + Snorkeling

Dah penat menulis. Just nak cakap kami singgah di Monkey Cave untuk bergambar dengan monyet dan bagi depa makan. Jangan risau, monyet tu jinak-jinak belaka, tapi sentiasa berhati-hati oke ^^,
Otw ke Phi Phi Don, boat singgah kejap kat tengah-tengah laut untuk snorkeling (not really tengah la, i mean jauh dari pantai). Ramai yang turun, dan tidak bagi Hani. Just amek gambar dan bagi makan ikan-ikan yang comel dan jinak.



4) Phi Phi Don

Tengah hari tu kitorang mendarat di Phi Phi Don, for lunch. Jangan risau, makanan kat sini halal dan pree (included in a package). Yang ni kira perkampungan la, so memang banyak tempat makan. Just in case korang nak makan benda lain kan. Boleh explore sendiri. Tapi kena ingat, kembali ke boat pada masa yang ditetapkan. Nanti kena tinggal.


view dari tempat makan kami
Lepas makan, kami berjalan-jalan masuk ke dalam kampung. Rasa macam nak explore sampai ke dalam tapi masa tak mengizinkan.








This is my company brand.. Harus ambil gambar... Carrier Man Can... =D
Sory Dja, caption tu terlebih tamak... hahaa
Wisel ditiup menandakan waktu suda tamat (macam perlawanan bola sepak la pulak). Tapi ada singaporean's couple ni lambat lak, seb baik our tourist guide (Mr. David) tu baek hati, dia tunggu la jugak.
Singaporean's couple & Mr. David... Seb baik tak kena tinggal boat.. hehe
Yeayy sampai pon.... Time ni semua orang kat boat tepuk tangan.. haha
Bye Bye Phi Phi Island... =)
5) Khai Nok Island

Last destination untuk hari ini. Tempat untuk relax and feeling-feeling nyaman sambil merenung jauh ke depan. Yang tak puas snorkeling, beli la teruskan kat sini. Nak tido pun boleh. Iskkk rugi je, kalo nak tido baek kat rumah jer.
Semakin mendekati Khai Island... Yeaahhh
Harus ada gambar pada sign board
Pantai yang tidak terlalu bersih.. tapi ok la...

Di kala orang lain merelakskan diri, kami lak sibuk mengambil gambar. Kalau boleh semua tempat nak explore. Bukan selalu dapat mai sini. Kan kan kan... hahaha

Tetiba ternampak satu laluan yang cambesh jer. It is floating on the sea... Cepat-cepat berlari ke sana dan amek gambar, sambil melihat orang snorkeling. Rasa nyaman walaupun crowded sket... =)


Lets start!

Kat sini pun ada ikan.. comel2 ^^,


Lama jugak masa dibagi, around 3 hours. Fruits and drinks ada disediakan FOC! Make sure pergi kat tempat agent masing-masing yer.



Hani dan kawan-kawan tak snorkeling pun, just continue bagi makan ikan-ikan yang comel. Sangat jinak oke, macam nak tangkap je dan bakar. Goreng pun sodap. hahaha. Roti untuk ikan ni hasil ehsan mat2 salleh kat sana. Wah jimat, takyah kuarkan duit. =p




Di penghujung waktu (ayat sastera gitu), kami pergi to the other site of khai Island. Swim and photoshoot, konon-konon la. Kat area sana ada tempat untuk minum-minum, looks like pondok buruk, tapi unik! Lagi satu, pantai kat situ agak berbatu la, tp ok sket sebab tak ramai orang.








Walaupun tidak membawa camera canggih, tapi Hani still berpuas hati dengan gambar yang diambil dari handphone pasar malam ni... =))
Air yang jernih... =)
Nyamannnn... =)
Dalam 4.30pm, as usual, Mr David pun meniup wiselnya. Kami pun berlari-lari meninggalkan pantai dengan seribu satu kenangan yang sangat indah. Beautiful beach, beautiful sea and beautiful memory. =))
Dah tutup kedai.. 
Bye bye Khai Nok Island... Till we meet again... =D
Tiba di jetty, hari pun nak gelap. Ada orang jual gambars yang diambil sebelum menaiki boat tadi. Hani dah tak ingat harga dia berapa. Tapi gambar sangat cantek and sweet! =D
Lots of Love from Phuket... ^^,
More on Phuket Holiday
Phuket Part 4 - Phuket Fantasea
Phuket Part 5 - Patong Beach + Balik

Special Phuket Entry



Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


5 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

beautiful pictures and beutiful lady. thanksss for the info darl..

h@nEYz said... Reply Comment

Xpegi pasar mggu diorg ke.. Diorg kate mmg murah gile kat sne compare brg2 kat patong tu..mase i pegi xsmpt.. I sewa moto je kat sne..rm20 je sehari.. Fantasea tu pon bleh dpt murah lagi. Klw btul2 nk.budget teip mmg boleh sgt ke phuket ni. Kitorg redah je dlu..Xpuas gi sne..kitorg nk.gi lagi nnt. InsyaAllah..

h@nEYz said... Reply Comment

Xpegi pasar mggu diorg ke.. Diorg kate mmg murah gile kat sne compare brg2 kat patong tu..mase i pegi xsmpt.. I sewa moto je kat sne..rm20 je sehari.. Fantasea tu pon bleh dpt murah lagi. Klw btul2 nk.budget teip mmg boleh sgt ke phuket ni. Kitorg redah je dlu..Xpuas gi sne..kitorg nk.gi lagi nnt. InsyaAllah..

h@nEYz said... Reply Comment

Xpegi pasar mggu diorg ke.. Diorg kate mmg murah gile kat sne compare brg2 kat patong tu..mase i pegi xsmpt.. I sewa moto je kat sne..rm20 je sehari.. Fantasea tu pon bleh dpt murah lagi. Klw btul2 nk.budget trip mmg boleh sgt ke phuket ni. Kitorg redah je dlu..Xpuas gi sne..kitorg nk.gi lagi nnt. InsyaAllah..

tenku butang said... Reply Comment

done follow sini no.71
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters