Tuesday, October 6, 2015

Bercuti ke Australia 2015 - Preparation & Summary

Assalamualaikum... =))

Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia selepas seminggu bercuti ke Australia. Percutian kali ini mencabar sikit because travel bertiga with 9 months baby! Sesiapa yang pernah travel dengan baby je dapat rasa macam mana pengalaman tu. Kelam kabut sikit, tapi best. hihi

Dalam seminggu Hani dapat pergi Gold Coast, Sydney, Canberra dan Snowy Mountains. Saja booked flight ticket time tu sebab nak rasa main salji kat Snowy Mountains dan pergi tengok Tulips kat Floriade, Canberra. Amazing!!!
Snowy Mountains and Canberra
Sydney!!!
Gold Coast
Ikut perancangan memang banyak tempat nak pergi tapi disebabkan ada baby so terpaksa cancel beberapa tempat. Ini aktiviti sepanjang berada di Australia.

Travel Date: 28 October 2015 - 5 October 2015 (8D 6N)
Weather: Spring

28.09.2015, Monday (Flight KL – GOLD COAST)
-   Flight KL – GC (Departure at 9pm)

29.09.2015, Tuesday
-   Check in hotel: Islander Resort Hotel, Surfers Paradise Gold Coast
-   Currumbin Wildlife sanctuary

30.09.2015, Wednesday
-   Sea World

01.10.2015, Thursday
-   Movie World
-   Flight GC – SYD (Departure at 8pm)
-   Check in hotel: Central Private Hotel, Central Sydney

02.10.2015, Friday
-   Sydney city tour

03.10.2015, Saturday
-   Snowy Mountains. Winter’s day!
-   Floriade 2015 at Canberra. Tulip’s day!

04.10.2015, Sunday
-   Paddington Market. Shopping!!!
-   Bondi Beach

05.10.2015, Monday (Flight SYDNEY – KL)
-   Flight SYDNEY – KL (Departure at 11.55 am)

Beberapa tempat tak dapat pergi seperti Brisbane, Cruise kat Gold Coast, a few places kat Sydney dan dan dan yang paling rugi tak dapat pergi Blue Mountain! Rugi je beli MyMulti 3 uooolsss... sobssobss. Tapi takpelah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Yang penting dah selamat pergi dan balik. Alhamdulillah.


PERSEDIAAN SEBELUM TRAVEL

Sebelum travel jauh-jauh ni, kena buat persediaan yang rapi. Ni nak pergi Gold Coast kat Australia yer. Kalau setakat Gold Coast Morib tu harini pergi, harini boleh packing barang. Kihkihhh

Sebelum travel Hani pastikan benda-benda penting ni  dah settle:

1) Ticket Flight

Selalunya Hani akan decide nak pergi bercuti mana time dah dok depan laptop compare harga tiket. Kiranya time tu baru dapat ilham dan petunjuk la. Kahkahkah. Hani beli tiket ni time Air Asia ada buat promo last February, tak sampai setahun dari tarikh travel. Kenapa Hani pilih tarikh tu? Sebab within that date, ada Tulips festival (Floriade 2015) kat Canberra. Besides, still have plenty of snow at Snowy Mountains even winter season end already. Winter and Spring in one vacation? Sapa yang taknak?

Harga tiket? Bagi Hani tiket Air Asia ni murah for backpackers travelers (without luggage, seat, food etc). Sebab seat and luggage for international memang mahal uoollssss… Ini summary untuk 2 adults and 1 infant:

Kuala Lumpur – Gold Coast (AAX)    : RM 885.00 (2x seats, 25kg luggage, 4x foods)
Sydney – Kuala Lumpur (AAX)          : RM 1800.00 (2x seats, 20kg luggage, 2x foods)
Gold Coast – Sydney (Jetstar)         : RM 492 (2x seats, 25kg luggage)

Cer tengok tiket Sydney – KL tu. Bapakkkkk mahalllll. Memang la macam tu kalau beli only one way ticket. Kalau beli return baru murah. Tapi nak buat macam mana, kiasu nak pergi semua tempat. Jadi mahal la kahkahkah. Tutup mata dan abaikan harga tiket tu.

2)    Passport & Visa (ETA)

Passport tu tak perlu nak ulas. Dah nak pergi oversea kena la ada passport kan. Tapi nak masuk Australia ni kena ada ETA. Apa ETA tu? Mahal ke? Macam leceh je.

Jangan risau, meh nak share cara dapatkan ETA dengan mudah, murah dan pantas! Caranya hanya email your details kat eta.australia@yahoo.com (cik Intan). Details as per below:

1. Copy passport -Your passport MUST BE valid for at least 6 months from the departure date
2. Mobile number
3. Email address
4. Flight details
5. Home address

Nanti Cik Intan akan reply your email with ETA. Hani haritu tak sampai sehari dah setel! Tak perlu nak tampal kat passport pun. Tapi kalau nak print untuk simpanan dipersilakan. Bayaran hanya RM20/person. Murah kannnnn!!!


3)    Transportation

Gold Coast: Public transport with Go Card.

Sydney: Public transport with MyMulti3

Snowy Mountains & Canberra: Car Rental

Hani sewa kereta dari page Vroom (www.vroomvroomvroom.com.au), dan jangan lupa ambil insurans kereta yer. Mahal pun mahal la tapi untuk kebaikan kita jugak. Nak drive kat tempat orang tu. Anything happen susah tau tak. Hani tekankan sekali lagi, wajib ambil insurans.

License? Tak perlu risau, Malaysia license boleh digunakan di Australia. So drive la tanpa ragu dan gentar. Tapi patuhi had laju yer. hihii

4)    Hotel

Hani hanya booked kat Agoda. Time travel ni tengah school holidat kat Australia, so rate hotel pun mahal. Lagi satu, Hani booked hotel last minute, so dah tak banyak pilihan.

Gold Coast: Islander Resort Hotel

Sydney: Central Private Hotel

Credit to sis Jari Manis sebab buat review Islander Resort Hotel tu. Wink3x =D

5)    Ticket; theme park, zoo etc.

Beli online lagi murah berbanding beli kat kaunter. Lagi satu, tak perlu nak queue panjang-panjang semata2 nak beli tiket. Just bawak your printed tickets dan setel.

6) Money Exchange

Travel baru-baru ni tak rasa sangat dengan kejatuhan ringgit sebab guna Japanese Yen husband (Yen ni dia bawak balik time habis study kat Japan haritu). Tapi menyesal jugak sebab tukar sikit ja kat Malaysia. Ingatkan kalau tukar Yen kat Aussie lagi berbaloi, rupa-rupanya tak. Rate lagi tinggi uolllsss. So kesimpulannya, tukar la duit kat Malaysia. Malaysia tanah tumpahnya darahku. (eh apa kaitan!)

7) Makanan

Ini list yang dah prepare siap-siap. Banyak lagi makanan lain tak masuk dalam ni, malas nak tulis satu-satu. Alhamdulillah lepas semuanya. Tapi ada sesuatu yang berlaku during arrival. Apa dia? Will share later. Hihi

LIST OF FOOD ITEMS

-       Hot Cup Instant Noodles (Brand: Maggi, Mamee)
-       Instant Noodles (Brand: Maggi, PAMA, Mi Sedap)
-       Chicken Porridge Knorr
-       Chicken Porridge Seaweed
-       Quick Spicy Sour Rice (Asam Pedas)
-       Ayam Brand Sardines
-       Tuna (Brand: Ayam Brand and TC Boy)
-       Seri Aji Fried Rice Seasoning
-       Maggi Cube Chicken, Tomyam and Anchovies Flavor
-       Brahim’s (Anchovies Sambal, Beef & Chicken)
-       Munchy’s Vege Crackers
-       Peanut Butter Crackers
-       Milna Baby’s Biscuits
-       Heinz Farley’s Rusks (Baby’s Food)
-       Heinz Puree (Baby’s Food)
-       Rice (Brand: Jasmine Super 5)

LIST OF MEDICINE

-       Paracetamol 125mg for infant
-       Uphamol 120 (Infant Syrup)
-       Iliadin (Decongestant Nasal Drop)
-       Decozol Cream
-       Axe Medicated Oil
-       Habasyi Oil (Blackseed Oil)
-       Shaklee (Osteomatrix – Calsium)
-       Vitamin - C

Ini la serba sedikit persediaan Hani sebelum travel ke Australia. Later will share more details about our experiences there. Have a nice day peoples! =D










Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


16 Responses So Far:

Nurul said... Reply Comment

Bestnya main salji. Macam mana nak pergi snowy mountains tu?

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Nurul

Ni salji dah kurang sket sbb datang time spring. Hani pergi snowy mountains tu by car. Sewa kereta kat sydney then drive 6jam sampai sana. Panjang jugak nak explain ni. Nanti Hani buat entry untuk snowy mountains tu. Anything boleh email atau msg kat fb yer. =)

Nurul said... Reply Comment

@Honey IsyQi

Ok kena tunggu entry sis r. Teringin nak mainj salji tapi kena pergi tahun depan r macam tu. Good idea to visit snowy mountains

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Nurul

yup2... better pergi during winter next year. Kalau taknak penat kena naik flight turun canberra la yer. Canberra - snowy mountains dalam 3 jam je. Tapi kalau nak direct ke snowy mountains pun boleh... kat sana pon ada airport jgk. =D

Anonymous said... Reply Comment

Hai nak tanya, saya akan ke sydney bulan depan. Makanan seperti Brahim beef dan ayam lepas ke? Risau jugak kalau sangkut kat airport. tia

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Anonymous

lepas insha Allah. Suma barang makanan dan ubatan kat atas tu lepas Alhamdulillah. Kecuali nasi lemak pak naseer. Yang ni memang tau tak lepas tapi saja ja cuba nasib. Kantoi sbb anjing kat airport tu dapat hidu. hihii

Wa said... Reply Comment

Ooooo...jauh ruanyaa snowy mountain tu Hani...6 jam drive
.tapi view memang cantik kan.

Wa said... Reply Comment

Cepat sambung hehehhe...travel dengan anak,memaang kena utamakan anak dulu...wa dah biasa dan lali dah :)

Wa said... Reply Comment

Cepat sambung hehehhe...travel dengan anak,memaang kena utamakan anak dulu...wa dah biasa dan lali dah :)

Honey IsyQi said... Reply Comment

@wa

Kalau ada masa pree baru ble sambung. baru anak sorang dah rasa busy sangat2 macam takde masa je nak tulis blog .. hehehee

Jari Manis said... Reply Comment

snowy mountain dan tulip di canberra tu menarik...6 jam drive mmg x de public transport eh...mmg perlu sewa kereta ehh hani...ni yg buat sis JM mula nk draft itie ni

ahaaa...patutlah cam familiar je nama hotel Islander tu ahakss...sama2...strategik kan lokasi hotel tu

dak tecik tu dah 9 bulan..eeee geram...bolat!

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Jari Manis

Ada public transport.. ble naik bus lagi murah. Tapi sebab ada dak tecik ni so susah sket naik public transport lama2. Takot dia nanges huhuuu...

Sis JM kena pegi time spring klo nak tgk tulip tu. Memang bestttttt!!! Dapat main salji n tengok bunga =D

yup2 dah 9 bulan... memang booolattt =D

Wa said... Reply Comment

Bila nak sambung citer ni..hehehe

ANNISA SYAMIMEI MAZLAN said... Reply Comment

Hai, nak tnya ,, kalau buat passport dgn visa within 1 month sblum ke australia ,canberra smpat x?

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Wa

Tak tau la bila nak sambung ni. Ada masa bukak blog jer, nak tulis memang tak sempat. (Padahal malas kihkihh)

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Annisa Syamimei

Hai.. sempat sangat... dalam masa sehari boleh siap visa ni. Saya dulu tak sampai sehari dah setel sbb dia bukan macam visa yang kena tampal kat passport. Janji nama masuk dalam system je.
Tapi kalau nak buat awal pun takde masalah.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters