This is an example of a HTML caption with a link.

Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW


Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Dah nak masuk bulan mulia dan penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Tapi ramai yang tidak tahu or terlupa sebentar bahawa at da end of Rejab ada peristiwa penting dan penuh bermakna. Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke - 11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW menurut jumhur ulama. So Honey nak share rentetan peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Israk Mikraj. Jom baca yer kawan-kawan =))

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu,Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah.

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya :

a) Kaum yang sedang bercucuk-tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

b) Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

c) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

d) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

e) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

f) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

g) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

h) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

i) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

j) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

k) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

l) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

m) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama:

Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua:

Nabi S.AW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga:

Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat:

Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima:

Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam:

Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim AS bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan:

Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Rabbul-Arbab

lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat

Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW.

Mafhum Firman Allah SWT : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Israa’: Ayat 1).


Pernah tengok gambar Batu Terapung tu tak?? Yang u all tau tu ASLI ke PALSU???Jom tengok kat sini

Apa Kata Honey: Salam Israk Mikraj semua. Semoga idup sentiasa diberkati oleh ALLAH SWT. Amin =))




Salam Israk Mikraj - Batu Terapung Asli dan Palsu

Assalamualaikum... =))
Hari ini 29 June 2011, bersamaan 27 Rejab 1432 Hijrah merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Marilah kita sama-sama menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut yang menunjukkan bukti-bukti keagungan serta kebesaran ALLAH s.w.t. Peristiwa Israk Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang seharusnya memberi keinsafan kepada umat manusia agar sentiasa mengingati ALLAH s.w.t dan takut kepada kekuasaanNya. Peristiwa ini juga sebagai satu anugerah tertinggi yang hanya dikurniakan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w - ianya tidak dikurniakan kepada makhluk lain sama ada malaikat, jin atau manusia.

Kisah Israk Mikraj Rasulullah s.a.w boleh baca kat SINI

Apabila cakap pasal Israk Mikraj ni, mesti u all terpikir pasal batu terapung kan. Tapi jangan tertipu bcoz kat internet banyak pictures palsu pasal batu ni. So kepada yang tak tau lagi, jom teruskan bacaan yer.

Berikut adalah pictures palsu about Batu Terapung atau Batu Tergantung tersebut


Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestin


Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah nampak?


Satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas?


Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Can u see it??


Teknik murahan sebenarnya.. Edit guna Photoshop.. hehee

So, where's the real Batu Terapung??? Berikut adalah pictures yang ASLI yang disebut dalam peristiwa Israk Mikraj tu.


The Real Batu Terapung


SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu terapung (tidak berpijak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti? Pohon Dato’ perjelaskan apakah sebenarnya.

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din :

Tempat Rasulullah SAW Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah SAW bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa. Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.


Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung.
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.


Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas

Batu Tersebut Diubahsuai
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia diubahsuai menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat.

Wallahu'alam.... =))


Apa Kata Honey: Salam Israk Mikraj semua. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada kisah ini. Selalulah berselawat kepada Nabi Muhammad SAW yang tercinta. =))



Tuesday, June 28, 2011

How To Make Your Blog Speak More Languages

Assalamualaikum... =))

Just a simple steps. Check it out:

1) Add a new HTML/Java Script.

2) Highlight, copy and paste all the code below.

3) Save.

4) Test, and enjoy it!!!


This is the code, simply copy and paste.






<form action="http://www.google.com/translate">

<script language="javascript" type="text/javascript">

<!--

document.write ("<input name=u value="+location.href+" type=hidden>")

// -->

</script>

<noscript><input value="http://cumulus.nitecruzr.net/" name="u" type="hidden"/></noscript>

<input value="en" name="hl" type="hidden"/>

<input value="UTF8" name="ie" type="hidden"/>

<input value="" name="langpair" type="hidden"/>

<input title="Catalan | Catalan - Andorra" value="en|ca"
src="http://1.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-fM7vwhSI/AAAAAAAAHl0/ZoZkfhEb01M/s320/Andorra+-+Catalan+-+ad_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" Shqipe | Albanian " value="en|sq" src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/SulXteeOTLI/AAAAAAAAApU/zzVdH9EYg3Q/s320/Albania+sq_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" &#1575;&#1604;&#1593;&#1585;&#1576;&#1610;&#1577; | Arabic" value="en|ar"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/358406/gse_multipart12399.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="&#1041;&#1077;&#1083;&#1072;&#1088;&#1091;&#1089;&#1100; | Belarus" value="en|be"
src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StRavKvYSqI/AAAAAAAAAic/Mf3R1Dx51CY/s320/Belarus+be_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" Brasileira | Brazil | Portuguese" value="en|pt"
src="http://4.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StMCGF26iTI/AAAAAAAAAh0/H2FZBd1e_gw/s320/Brasil++br_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Bahasa Melayu | Malay - Brunei" value="en|ms"
src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StcYJnuvsEI/AAAAAAAAAj8/-uDiw4AdYjU/s320/Brunei+bn_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" &#1041;&#1098;&#1083;&#1075;&#1072;&#1088;&#1080;&#1103; | Bulgarian" value="en|bg"
src="http://2.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SMiXtQx-uLI/AAAAAAAAG6I/RuLPDhnFMXY/s320/Bulgaria+-+bg_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="&#20013;&#25991;&#65288;&#31616;&#20307;&#65289;| Chinese (Simplified)" value="en|zh-CN"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/546049/gse_multipart12397.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="&#20013;&#25991;&#65288;&#32321;&#20307;&#65289;| Chinese (Traditional)" value="en|zh-TW"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/208681/gse_multipart12398.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Hrvatska | Croatian" value="en|hr"
src="http://1.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SMhVoigYF0I/AAAAAAAAG5s/naE3NObTVZs/s400/Croatia+-+hr_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="&#268;eština | Czech Republic " value="en|cs"
src="http://4.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SMiX9aMIL3I/AAAAAAAAG6o/4-RYadolKWQ/s320/Czech+Republic+-+cs_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Dansk | Danish" value="en|da"
src="http://2.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SMiX9nD1NZI/AAAAAAAAG6w/ZnIBEtLIHEw/s320/Denmark+-+da_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Eesti | Estonian" value="en|et"
src="http://2.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StT4ASM2ZsI/AAAAAAAAAis/PmQSwtOQNLc/s320/Estonia+et_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Suomen | Finnish" value="en|fi"
src="http://2.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SMiZwsOFndI/AAAAAAAAG8w/VlBr_zN32q8/s320/Finland+-+fi_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Français | French" value="en|fr"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/327620/gse_multipart12413.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Galitian | Galitian" value="en|gl"
src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StfhOOzBp9I/AAAAAAAAAks/qinFZhMlyd8/s320/Galicia+gl_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Deutsch | German" value="en|de"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/734899/gse_multipart12400.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="&#917;&#955;&#955;&#940;&#962; | Greek" value="en|el"
src="http://4.bp.blogspot.com/_pzC_7PLtN-0/R7CKOqA_bjI/AAAAAAAAA8A/7bmPVwaFDcQ/s320/Greek+Flag+36x24.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" &#1506;&#1489;&#1512;&#1497;&#1514; | Hebrew " value="en|iw"
src="http://4.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-fNBP-7LI/AAAAAAAAHmE/fJeA_Sbl9w4/s320/Israel+-+il_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" &#2361;&#2367;&#2344;&#2381;&#2342;&#2368; | Hindi " value="en|hi"
src="http://4.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SMiYu9muwaI/AAAAAAAAG7Y/lO6YgNdyHM4/s320/India+-+hi_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Magyarország | Hungarian" value="en|hu"
src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StRtqlXKToI/AAAAAAAAAik/R38R7O52aDU/s320/Hungary+hu_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Íslande | Icelandic " value="en|is"
src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/SteuRylaOeI/AAAAAAAAAkc/eRI7XsLEz34/s320/Iceland+is_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" Bahasa | Indonesian" value="en|id"
src="http://4.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-fNKvGgZI/AAAAAAAAHl8/UESh2PimM5U/s320/Indonesia+-+id_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" Gaeilge | Irish " value="en|ga"
src="http://2.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/SugR7i9pedI/AAAAAAAAAoU/HG7Sod0eQdQ/s320/Ireland+ie_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Italiano | Italian" value="en|it"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/306145/gse_multipart12401.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="&#26085;&#26412;&#35486; | Japanese" value="en|ja"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/443122/gse_multipart12402.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" Kiswahili | Kenyan " value="en|sw"
src="http://2.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/Sugd4gdlhQI/AAAAAAAAAok/Pyselb6uWtE/s320/Kenya+ke_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="&#54620;&#44397;&#50612; | Korean" value="en|ko"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/581031/gse_multipart12403.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Latviešu | Latvian" value="en|lv"
src="http://2.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-fNX2rCXI/AAAAAAAAHmM/1LRWqh7YQBA/s320/Latvia+-+lv_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Lietuvos | Lithuanian" value="en|lt"
src="http://2.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-fNrJizVI/AAAAAAAAHmU/kdaran4uffk/s320/Lithuania+-+lt_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" &#1052;&#1072;&#1082;&#1077;&#1076;&#1086;&#1085;&#1089;&#1082;&#1080; | Macedonian " value="en|mk" src="http://1.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/SumJcBVBZpI/AAAAAAAAApk/kY7CqDLy-Y4/s320/Macedonia+mk_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Bahasa Melayu | Bahasa Malay" value="en|ms"
src="http://4.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StVfgdeTNAI/AAAAAAAAAjE/7Vcnxzvy0eE/s320/Malaysia+ms_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Malti | Maltese" value="en|mt"
src="http://1.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StVnV4GqUAI/AAAAAAAAAjM/UUE5FAHZdyA/s320/Malta+mt_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Nederlandse | Nederlands" value="en|nl"
src="http://1.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SMiZWUAFSOI/AAAAAAAAG74/lsNT2NI_oFI/s320/Netherlands+-+nl_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Norsk | Norwegian" value="en|no"
src="http://2.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SMiZWYWSvEI/AAAAAAAAG8A/7sOoou7far0/s320/Norway+-+no_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" &#1601;&#1575;&#1585;&#1587;&#1740; | Farsi | Persian " value="en|fa"
src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/Sul5V-oc-6I/AAAAAAAAApc/1YIKlfK7L70/s320/Iran+fa_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Tagalog | Pilipinas " value="en|tl"
src="http://1.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-f7gyN2aI/AAAAAAAAHmc/x_LSaXlHtCs/s320/Pilipnas+-+ph_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Polska | Polish" value="en|pl"
src="http://2.bp.blogspot.com/_pzC_7PLtN-0/R7CAvKA_bgI/AAAAAAAAA7o/pKLqrW8EpD4/s320/Polish+Flag+36x24.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Português | Portuguese" value="en|pt"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/670301/gse_multipart12404.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Român | Romanian" value="en|ro"
src="http://3.bp.blogspot.com/_pzC_7PLtN-0/R7CAvaA_bhI/AAAAAAAAA7w/HTWQoR8M6lQ/s320/Romainian+Flag+36x24.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="&#1056;&#1091;&#1089;&#1089;&#1082;&#1080;&#1081; | Russian" value="en|ru"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/111692/gse_multipart12405.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="&#1057;&#1088;&#1073;&#1080;&#1112;&#1072; | Serbian" value="en|sr"
src="http://3.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-f7_imioI/AAAAAAAAHmk/ytbpoyJHbmo/s320/Serbia+-+si_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Sloven&#269;ina | Slovak" value="en|sk"
src="http://4.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-f79KzfyI/AAAAAAAAHms/-I315jcpHN0/s320/Slovak+-+sk_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Slovenija | Slovenian" value="en|sl"
src="http://1.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-f8P0fwiI/AAAAAAAAHm0/Lzeh8mXiWvE/s320/Slovenia+-+si_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Afrikaans | South Africa " value="en|af"
src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StLizqawtEI/AAAAAAAAAhk/aGuY6R70tNw/s320/South+Africa+af_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Español | Spanish" value="en|es"
src="http://photos1.blogger.com/x/blogger2/6075/564571464515337/1600/z/998398/gse_multipart12407.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="Sverige | Swedish" value="en|sv"
src="http://1.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SMiZwrYspyI/AAAAAAAAG8o/uVUWBAyZkVc/s320/Sweden+-+se_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" Kiswahili | Tanzania " value="en|sw"
src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/SugbcuFKJyI/AAAAAAAAAoc/8Q1rooFZtpY/s320/Tanzania+tz_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" &#3652;&#3607;&#3618; | Thai" value="en|th"
src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StKoTKbCsMI/AAAAAAAAAg8/JfICxQ5m6yk/s320/Thailand+-+th_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" Türkiye | Turkish" value="en|tr"
src="http://2.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/StLWW4Zyu6I/AAAAAAAAAhU/FU5iu_D0TLQ/s320/Turkish+-+tr_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title="&#1059;&#1082;&#1088;&#1072;&#1111;&#1085;&#1072; | Ukrainian" value="en|uk"
src="http://3.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-f8Bg1AMI/AAAAAAAAHm8/b4jhQQPSvj4/s320/Ukraine+-+ua_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" ti&#7871;ng Vi&#7879;t | Vietnamese " value="en|vi"
src="http://2.bp.blogspot.com/__v4nth5_ki0/SP-gZakjpuI/AAAAAAAAHnE/fwfNZkisDOA/s320/Vietnam+-+vn_flag.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" Cymraeg | Welsh " value="en|cy"
src="http://4.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/SugQR0g60cI/AAAAAAAAAoM/rmVA-1LvU4g/s320/Wales.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;" width="30" name="langpair"/>

<input title=" &#1488;&#1497;&#1491;&#1497;&#1513; | Yiddish " src="http://3.bp.blogspot.com/_AKSZkmXmrnc/SupeM9if5gI/AAAAAAAAAp8/1gp_kA_Mhnk/s320/Yiddish_Star.png" onclick="this.form.langpair.value=this.value" value="en|yi" type="image" height="20" style="border: 1px solid rgb(21, 22, 5); padding: 3px;"width="30" name="langpair"/>

</form>

<a href="http://snowprincesszzz.blogspot.com/2011/06/how-to-make-your-blog-speak-more.html"><span style="font-weight:bold;">How To Do This?</span></a>





This is a link to write HTML code on your blog (here)

P/S: If u have some problem, simply leave a comment...Thanks




Picture Terbaek Ultras Malaya - Malaysia vs Lubnan

Assalamualaikum... =))

23 June 2011 - Agak bersejarah jugak la tarikh ni bcoz Malaysia layak ke pusingan ke-3 untuk Olympic 2012 selepas kalahkan Lubnan, 2-1. Alhamdulillah... So Honey wanna share all the great picture taken by a great photographers during a great day with a great athmosphere. Ultras Malaya without Flares n Smoke Bomb, tp still da BOmB!!!!!


B4 start game. Warm up session. Resit Rolls redy tuk dibaling.


Black and Yellow


During Negaraku


Malaysia Giant Flag
Under da giant flag


Baling resit rolls

Nice and Smart and Mantap!


Ultras Malaya


Capo


Picture from my Hp. Poor Quality. Hehee




Go Malaysia Go!!!


Ultras Malaya Capo



The 12th Players


Police in between comrades. Ganas sangat sampai polis nak jaga. Hehe



The big screen



Apek selamatkan bola. Hebat!


Football is more than making $$$$$$!!!


Alhamdulillah. Malaysia 2 - Lubnan 1


Ultras Malaya, Penyokong Setia, Penyokong Sejati


After da game. Wif Paeh.


A Million Thanks to:
Farid Photoghrapy
Ariff Hashim
Honey IsyQi Corporation

Apa Kata Honey: Kepala sapa kena Resit Roll after nyanyi negaraku?? Hehe sori… Honey baling tak kuat. Game lawan Chinese Taipei esok nak baling kuat-kuat sampai tengah padang. Peace =p



Monday, June 27, 2011

Tunang Khairul Fahmi Che Mat Sangat Paranoid???

Assalamualaikum... =))

Tajuk entri yang bisa menimbulkan kemarahan... hehee.. Actually bukan Honey yang tulih tapi ade sorang blogger yang sangat berani. Tetiba rasa nak share pasal benda ni, yelaaa sekarang kan Bola Sepak Malaysia dah mula menunjukkan peningkatan, so apa-apa jer yang sewaktu dengannya mesti jadi hot topic especially pasal keper no 1 Malaysia ni, Kharul Fahmi dan juga tunang beliau, Elia (siap promot page depa lagi...hehe).

credit to jejariruncing.blogspot

Honey pun baru jer usha-usha blog tunang Apex tu, before ni selalu dengar orang cakap macam-macam tapi malas nak amek port. Hal budak-budak, biarkan jer la. Tapi makin lama makin ramai pulak orang heboh-heboh, pok pek sana sini. Since my opismate member Apex, banyak jugak tau pasal dia. And ada sorang g opismate Honey, member Mahali Jasuli, ade gak pok pek pasal tunang Apex ni. Aishhhh tak boleh jadi, nak tau gak apa yang berlaku, lebih-lebih lagi pas baca entri berani tu (kejap lagi Honey share). So pas balik keje tadi, Honey pun ringankanlah tangan pegi click blog tunang Apex (here).

Ala blog budak-budak g, biasa la tu. Lama-lama dia segan la jugak share most of da personal things kat dalam blog kan. Honey juz review kejap jer terus tekan X kaler merah at da top of my lappy. Not interested la. Pegi blaja main gitar lagi besh. Nak nyanyi lagu Twinkle-Twinkle Little Star. Hehee

Untuk bro Hakimy, teguran anda amat bermakna. Ada jugak betulnya, saling mengingatkan sesama saudara Islam. Tapi tak payah la nak jaga sangat tepi kain orang, walhal kain sendiri terselak langsung tak perasan. So kawan-kawan, jom baca entri dia pasal paranoid tu (here)

Untuk sis Elia (kalo dia baca la...hehe), kalo dah betul-betul berazam nak pakai tudung, better delete la all da free hair's pic kat pesbuk and blog tu. Letak gamba betudung jer, kan lagi manis n cute. Honey doakan hubungan KF n Elia sampai ke jinjang pelamin, dan berkekalan hingga ke Syurga. AMIN =))

credit to jejariruncing.blogspot

U all nak tau tak, bukan tunang apex jer dilanda cerita macam ni, awek Muslim Ahmad pun sama jugak. Siap ada page di pesbuk "Kami Benci Noraida Puteh" (tapi dah deactivate la). Kalau rajin baca la entri pasal ni (here) or (here) or (here). Peace No War =))

Comel jer awek Muslim ni. Pakai tudung lagi tu.

Apa Kata Honey: Apsal la kena ada PHD (Perasaan Hasad Dengki) kat dalam diri tu. Biar la mereka hepi-hepi dengan idup masing-masing kan. Daripada sebok hal 0rang, baik kita berusaha perbaiki diri sendiri dan tambahkan amalan yang tidak seberapa ni.



Friday, June 24, 2011

MALAYSIA wakil tunggal ASEAN

Assalamualaikum... =))

Alhamdulillah... Kemenangan 2-1 ke atas Lubnan mencipta satu sejarah dalam bola sepak Malaysia. Hampir ilang suara bersorak di stadium keramat Bukit Jalil semalam. Especially time 2nd goal tu. Heheheheee… Tahniah skuad Harimau Muda kerana menjadi wakil tunggal Asia Tenggara ke pusingan ke-3 kelayakan Olympic Zon Asia. So kita boleh isytiharkan Malaysia antara ke-12 terbaek di ASIA. Cayalahhhhhh!!!!!
During 1st half (sempat g honey snap pic)
Congratz Skuad Olimpik Malaysia
Prestasi membanggakan kot, last Malaysia layak g Olympic time 1980 di Moscow tapi terpaksa boikot. Jeng2… mesti ada yang tak tau kan. Time tu ada perang dingin between AS n Rusia dan sebab pencerobohan Kesatuan Soviet di Afghanistan. Dan Malaysia pun pernah gak layak tahun 1972, Jerman, tp untuk pusingan pertama jer. So hopefully kali ini dapat la bersaing dengan gergasi-gergasi Asia yang hebat dan woooWWw!!! Ni result untuk game semalam:
sori pic ni kecik sangat. sila pakai kanta pembesar ek...
Team layak ke 3rd round: Malaysia, Japan, South Korea, Australia, Uzbekistan, Saudi Arabia, Syria, Qatar, Iraq, Bahrain, United Arab Emirates, Oman
For the next, Malaysia akan di undi bersama-sama 11 negara Asia lain. 3 groups, 4 team for each group. Juara otomatik akan ke Sukan Olimpik 2012, London. 2nd place lak ada playoff dan yang menang akan lawan team di benua Afrika b4 dapat tiket ke Olimpik.
Dalam Sukan Olimpik 2012, ada 16 pasukan akan bermain dalam perlawanan bola sepak iaitu:
· 3 dari benua Asia
· Great Britain
· 3 dari benua Afrika
· 2 dari Amerika Utara, Amerika Tengah dan Rantau Carribbean
· 2 dari Amerika Selatan (Brazil dan Uruguay sudah menempah tiket)
· 1 dari negara-negara Ocenia
· 3 dari benua Eropah (so far Sepanyol dan Switzerland sudah layak)
· 1 playoff antara naib juara kumpulan Asia lawan tempat ke-4 benua Afrika
Undian group dibuat 7 july nanti di AFC HOUSE, KL, Malaysia. (ASEANFOOTBAL)
Mari rakyat Malaysia, doakan kejayaan pasukan kita. Kemenangan pasti milik Malaysia. InsyaAllah
sokongan padu rakyat Malaysia
P/S: Next game World Cup Qualification, Malaysia vs Taiwan at SNBJ (29 June 2012). Jom!!!!!!!!!!!



Thursday, June 23, 2011

Ultras Malaya masuk paper lagi

Assalamualaikum... =))



Sejak nama Ultras Malaya ni melonjak naik, selalu jer masuk paper. As usual, Sinar Harian lah yang rajin menjual cerita pasal UM ni...Jom baca!!!


Actually takde la sampai 1000 orang budak-budak UM yang akan turun nanti. Nampak bebeno nipunya Sinar Harian ni. Hahahahahaaaaa.... Tapi takpe, even yang turun tak sampai seratus orang, Ultras Malaya akan bersorak seperti 1000 orang. Kasi gegar stadium keramat Bukit Jalil tu. InsyaAllah Malaysia boleh menang lawan Lubnan malam ni

Tak sabar nak beraksi. Sisa-sisa semangat time kat KB aritu still berbaki 40% (ni pun baru pulih dari demam bcoz main ujan kat SSMIV). Chants baru UM sumer dah hafal, mafla Malaysia, Baju Hitam UM, evrythin dah setel. SNBJ waittttttt for ULTRAS MALAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!


Bangunlah wahai semua penyokong
Satukan lah hatimu
Tinggikan sorakanmu
Demi Malaysia
O0o0Ooo000oo000OO0oooo



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters