Assalamualaikum
As usual, time pegi keja pagi-pagi Honey akan dengar IKIM FM. Nak tau apa topic besh yang di bincangkan. Pagi tadi topic pasal wanita Malaysia ni yang ke 16 paling tertekan kat dunia. Uishhhh biar betik??? No wonder la selalu masuk paper hal-hal berkaitan wanita. Dunia akhir zaman ni, biasalah tu. Honey tak terkejut sangat pun. Hehehee... Jom baca sket pasal info tu:
Wanita India mendahului senarai golongan paling tertekan di dunia manakala wanita Malaysia berada pada kedudukan ke-16, menurut satu kaji selidik baru-baru ini mengenai tahap tekanan perasaan yang dihadapi wanita.
Wanita di India hidup dan bekerja dalam suasana penuh tekanan, menurut kaji selidik terbaru yang disediakan oleh syarikat media dan maklumat Nielsen. Kajian itu menyelidiki corak membeli dan tingkah laku sosial wanita-wanita di seluruh dunia.Kaji selidik yang dijalankan di 20 negara membangun dan ekonomi yang baru muncul di dunia, mendedahkan bahawa wanita di seluruh dunia berasa tertekan dengan wanita di negara-negara yang dikatakan baru muncul berdepan dengan tekanan yang hebat berbanding wanita di negara-negara maju.
Wanita India adalah golongan paling tertekan (87 peratus), diikuti oleh Mexico (74 peratus) dan wanita Rusia (69 peratus). Di negara-negara maju, tahap tekanan perasaan tertnggi dihadapi wanita Sepanyol (66 peratus), Perancis (65 peratus) dan Itali (64 peratus). Wanita Malaysia (44 peratus) berada pada kedudukan ke-16 dengan wanita di Thailand (45 peratus) berada pada tempat ke-15 dengan Korea Selatan (45 peratus). Wanita Asia lain iaitu Jepun (52 peratus) berada pada kedudukan ke-12 dan wanita di tanah besar China (51 peratus) pada kedudukan ke-13.
Menurut “Economic Times” India, antara sebab tahap tekanan tinggi yang dihadapi wanita di negara-negara perindustrian baru (NIC) boleh dianggap sebagai contoh, sejak kebelakangan ini sektor korporat dan pekerjaan di India telah berkembang pesat sedangkan corak peranan tradisional masyarakatnya tidak berubah.
Wanita kerap berhempas pulas dengan norma-norma tradisional dan peranan mereka di zaman moden. Walaupun wanita di seluruh dunia perlu menjalankan peranan yang berbeza, faktor penentu bagi tahap tekanan yang tinggi yang dihadapi itu disebabkan kekurangan wang, menurut satu ulasan yang dibuat oleh wanita dalam pasaran negara yang berkembang.
Satu sikap yang khusus mengenai wanita India ialah walaupun mereka mempunyai tekanan yang maksimum, mereka membelanjakan wang untuk diri sendiri berbanding di negara-negara lain. Lebih dua pertiga wanita India mengaku mereka membeli produk kecantikan sedangkan 96 peratus menyebut bahawa mereka banyak berbelanja untuk pakaian.
-Bernama-
So adakah u all ni tergolong dalam wanita-wanita tu?? Hopefully tak la... Hehe... Kat IKIM tadi banyak jugak orang call dan bagi pendapat, punca-punca stress dan cara atasi. Besh jugak untuk perkongsian bersama. Tapi Honey dapat dengar sikit jer bcoz jarak umah dengan tempat keja sangatlah dekat. Tak sempat nak panas enjin keta pun. Hahahahaha... Sampai je ofis terus bukak tenet dan dengar online, check emel, hantar emel, wat keja sket dan keluar pegi site. Stress tak Honey???
So kat sini Honey pun nak share sket punca-punca wanita stress dan macam mana nak handle. Kalau rajin baca CLICK HERE. Juz pendapat Honey as a woman. Peace....=))
Apa Kata Honey: Tengah stress ni. Takble nak kata apa-apa.....=p
So kat sini Honey pun nak share sket punca-punca wanita stress dan macam mana nak handle. Kalau rajin baca CLICK HERE. Juz pendapat Honey as a woman. Peace....=))
Apa Kata Honey: Tengah stress ni. Takble nak kata apa-apa.....=p
1 Responses So Far:
honey tak boleh pown click link tu...:(
Post a Comment