This is an example of a HTML caption with a link.

Sunday, July 31, 2011

SAH - Khairul Fahmi Putus Tunang

Assalamualaikum... =)

Bangun dari tido, as usual akan buka akhbar online, kena la amek tau hal-hal semasa kan. Hehehe... Dan my favret as usual Harian Metro online, benda 1st nak tau aper 3tajuk utama tu. Tengak ngantuk-ngantuk pegang mouse, tetiba jer mata Honey terbukak besar time tengok gambo Apex n Elia, PUTUS TUNANG? OMG OMG...Biar betik???

So Honey pun nak tulis pasal ni, bukan gosip tapi fakta. Yelaaa before ni pun Honey ada entry pasal dorang kan. Sumore, Apex ni hero Harimau Malaya, orang ketiga yang Honey minat after Safee Sali dan Muslim...hikhikkk... Malas nak cakap banyak-banyak, u all baca la kat bawah ni, pengakuan Apex...

PUTUS TUNANG


Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah DAHLIA.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Source : Metro

SEKIAN

So kira betul la yang Elia marah-marah kat facebook dia before ni, yang hubungan mereka bermasalah (click here). Huhh besalah tu, time bertunang memang banyak dugaannya. Juz berpegang dengan satu jer, kalau ada jodoh tak ke mana. Sentiasa panjatkan Doa pada ALLAH SWT, especially Doa Untuk Kekasih. Bagus doa tu, kena amalkan selalu... =)

Ok lahhh nak continue kemas umah, kemas teddy bear, servis aircond dan masak maggi. Bye kawan-kawan, Selamat Berpuasa yer...peace...=))


More: Elia Tidak tahu Khairul Putuskan Pertunangan

Apa Kata Honey: Kalau ada jodoh tak kemana. Yakinlah dengan perancangan ALLAH SWT. =)






Ultras Malaya Hacked Singapore Website??

Assalamualaikum... =))

Web kereta popular di Singapore telah di hack oleh orang yang dikenali dengan M43L Tro0P3rs. Ehhh comrades, jangan melenting dulu, saja letak tajuk yang bikin panas tuh. Hehee... Lagipun Ultras Malaya terkena tempias gak dalam activity menghack tu bcoz chant dorang yang sangat la ganas telah menjadi background music for dat hacked website. Pastu siap letak gamba my favret player, Safee Sali. Iskkkkk3x. Tak percaya??? Click www.singaporecarsonline.com



So Honey yakin dan percaya tujuan menghack ni adalah disebabkan oleh kekalahan Malaysia ke atas Singapore pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia. Lagipun chants Ultras Malaya tu berkaitan dengan perlawanan baru-baru ni.

Ultras Malaya Ekor Harimau Malaya (2x)
Kami turun ke Bukit Jalil,
Satu jiwa sokong Malaysia,
Singapore han***g dibunuh saja!!!!

Ultras Malaya during Malaysia vs Singapore at SNBJ
(Credit to quikFINGER)
Tapi Honey tak yakin dan tak percaya bahawa kerja menghack ni dilakukan oleh orang Malaysia. Lebih-lebih lagi oleh comrades Ultras Malaya. Sebab apa, sebab kita semua redha dengan keputusan baru-baru ni. Lagipun Malaysian mana suka main hack-hack ni kan. Hehee.

Honey boleh buat andaian, ni kerja Singaporean itu sendiri yang sengaja untuk menambahkan api yang sedang marak. Takpun kerja dari negara seberang yang memang suka mengapi-api kan kita, Malaysia dan Singapore. Dan maybe, ni hasil karya puak-puak yang dengki dan tak suka dengan Ultras Malaya. Hihihihiii... So takble nak kata apa, juz wait n see. Persoalan akan terjawab jua.

Wallahualam.... =)

Updated: Web tu dah clean n clear. Berjaya dibaik pulih..hehe (1 August 2011)

Apa Kata Honey : Jangan komen lebih-lebih Honey, nanti tak pasal-pasal Blog ni pulak kena hack...hehehe



Saturday, July 30, 2011

Lelaki di Malaysia Lebih Ramai Dari Perempuan!!

Assalamualaikum... =))

Ngeh3x... Tak pecaya ker wahai kaum Adam sekalian? Jom baca nih... =p


Jumlah Lelaki Lebih Ramai

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.
Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 di sini, semalam.
Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).
Source: BeritaHarian
SEKIAN


Hihihihiiiiii... So wanita dah makin banyak pilihan la ek?? Kalau macam ni makin bertambah la pulak andartu, yelaaa sebab nak memilih sangat, lelaki kan lagi ramai dari wanita. Heheheh macam kena kat diri sendiri pulak. Adoiiiiiiiiiii
So dah takde la istilah. "Ala rilexlaaaa guys, lelaki kan lagi ramai dari pompuan, so jual mahal la"...Takpun "U taknak kat I, boleh blah, I ade 10 orang gurlz cun menunggu kat blakang ni. porahhhhhhh"... Hihihiii.... Kalau dulu boleh la, tapi sekarang dah tak valid. Expired da.
So jejaka-jejaka idaman Malaya sekalian, apa tunggu lagi... cepat-cepat cari sorang, nanti melepas lak, dikebas orang lain. Especially kepada lelaki Pahang, baca nih (Pahang Kena Atasi Isu Bujang Terlajak). 
Kepada gadis-gadis Melayu terakhir lak, jangan la guna isu ni sebagai lesen untuk memperlekehkan lelaki-lelaki di luar sana. Pastuh suruh buat macam-macam, demand lebih. Yelaaa korang kan dah jadi howttt ala-ala Lisa Surihani gittew... Hehehe... 
Harus diingat, walauapapun terjadi, lelaki tetap, wajib dan mesti di hormati. Lebih-lebih lagi kalau dia tu hubby korang. Beshnya yang dah kawen, ble kumpul pahala banyak-banyak. Tak susah kan, juz patuh dan taat pada hubby jer, tapi still ramai lagi takble buat. Ntahlerrr Honey tak kawen lagi, so taktau hidup berumah tangga camna. Hihihiiiiiiiii
So kepada kawan-kawan gurlz yang tak kawen lagi, jom sama-sama berdoa agar dikurniakan hubby yang beriman (boleh jadi imam kita time solat nanti), bertanggungjawab, dan ___________ (korang isilah sendiri). 
Taulah kuantiti lelaki lebih ramai kat Malaysia ni, tapi nak dapat yang berkualiti bukan senang. Nak dapat yang terbaek, kenalah ubah diri kita jadi yang terterterrrbaekkk. Itu janji ALLAH SWT, hopefully, we get it. AMIN

Apa Kata Honey: Ngehhhh3x...=p





Ashraf Tukar Jantina Meninggal Dunia

Assalamualaikum... =))

Baru je tadi Honey dengar berita kat radio, Ashraf yang nak tukar jantina ni meninggal dunia pagi tadi. Biar betik??? So cepat-cepat mintak tolong Uncle Goole, dan dapatlah beberapa link. Tapi tak banyak lagi orang tulis pasal benda ni, maybe masih baru, then today is Saturday, orang ramai kuar bersuka ria dan shopping. So ni dia info yang Honey amek dari The Malaysian Insider.


Ashraf gagal tukar nama jadi wanita meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 30 Julai  Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini.
Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah yang rendah.
Mahkamah menolak permohonan dia pada 18 Julai lalu.
Dalam satu temu bual dengan media keluaran 20 Julai lalu, Ashraf mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya dan sanggup dibunuh. 
Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu. 
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak Ashraf yang lebih mesra dipanggil “Aleesha” berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.
“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. “Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya. 
Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya. 
Dia membuat pendedahan menukar jantina di Thailand pada 2009. 

SEKIAN
Mohon Tukar nama kepada Aleesha Farhana
Beberapa kali Honey istighfar lepas dapat tau berita ni. Dia meninggal dalam usaha untuk menukar jantina. Astaghfirullah al-azim. Marilah kita semua bersangka baik, hopefully dia sempat bertaubat sebelum meninggal dunia. Kita hanya mampu berdoa untuk Ashraf, yang lain hanya urusannya dengan ALLAH SWT di alam barzakh sana.
Tapi ada jugak yang cuba pertikaian hal ini. Jom tgk gamba kat bawah
Source: MediaMalaya
Wallahualam....

More:

Apa Kata Honey: Taknak pikir bukan-bukan, taknak sebok hal orang, biarkanlah mereka. Kita yang masih hidup ni kena berusaha untuk mengumpul banyak bekalan ke destinasi akhirat yang kekal dan abadi.




Tukar Jantina Semasa Ibu Ke Makkah

Assalamualaikum


KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. 

Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.

Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.

“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya.

Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.

“Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.

“Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama,” katanya.

Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.

“Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar,” katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.

“Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf,” katanya.

Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.

“Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan,” katanya.

Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.

“Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman,” katanya.

Source: Metro


SEKIAN



Tapi Honey kagum dengan dia sebab still tutup aurat sebagai wanita muslim walaupun pada hakikatnya dia tetap lelaki. Atleast dia hormat agama Islam, tak berpakaian seksi seperti maknyah yang lain. Apapun Honey kecewa dengan sikap dia yang menukar jantina. Huhhhh macam-macam isu dunia akhir zaman ni kan. 

Apa Kata Honey: Astaghfirullah al-azim.....





Kalah Tapi Menang, Menang Tapi Kalah

Assalamualaikum... =))

World Cup 2014 Qualifier (Zon Asia), Agregat Malaysia(4) vs Singapore(6), Malaysia tak dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Kecewa la jugak, tapi apa boleh buat, takde rezeki, cuba lagi yer Harimau Malaya.

Actually Honey malas nak menulis malam ni, letih sangat-sangat, idea pun tarak. Tapi tetiba lak tadi Honey terklik 'New Post' at the right top of dis page. So alang-alang dah berada kat post editor ni, teruskanlah menaip dengan  jejari yang berat.

Game Malaysia vs Singapore semalam. Honey malas nak komen, nanti kalo start komen, memang takkan abeh sampai ke World Cup Qualifier 2018. Orang ramai pun tau ape yang berlaku kat SNBJ semalam, kan3x. Salute pada 90 000 rakyat Malaysia yang datang. Bangga dengan korang semua. Yeahhhhh (ntah ape Honey mengarut dan merepek dah ni).

Kepada sesiapa yang baru baca entry Honey, maybe 2bulan akan datang, ataupun 2tahun or 5tahun, tak pun sampai 2018 (sebab baru search kat google pencapaian Malaysia pada World Cup Qualifier 2014), u all bolehlah click link ni untuk dapat gambaran sket macam mana perlawanan pada 28 July 2011 itu.

So malas nak type banyak-banyak, Honey juz nak cakap sket, Malaysia kalah tapi menang. Menang sebab bermain secara profesional, Menang sebab berjaya mencuri hati 90 000 rakyat negara ini untuk menyokong. Singapore lak Menang tapi Kalah. Sebab apa, sebab menggunakan taktik ntahapehapentah jer untuk melengahkan masa. Pemain Singapore juga berjaya menjadi pelakon dan sarkis terhandal di rantau ini. Syabas!!!!

Tak macam game kat Jalan Besar Stadium aritu, kali ini Honey langsung tak nanges. Kecewa pun sket-sket jer. Honey terima dengan hati terbuka segala keputusan, segala ketentuan ALLAH SWT. 

K la, nak chow. Thanx la sebab membuang masa korang baca benda merepek dari Honey ni. Hahahhaa... Maybe kalau bangun pagi esok Honey akan betulkan segala tatabahasa, susunan ayat dan apa saja untuk entry ni (99% takkan betulkan pun, 1% Honey akan baca dan edit balik entry ni...hehe peace)

Before undur diri, nak share satu gambo yang sangat menarik. Honey suka sangat part ni, time Safee Sali n Amirul buat percubaan ke tiang gol, tapi sayang, takde rezeki, kaki depa pun xkena bola.

Credit kepada empunya gamba (tak tau gamba sapa ni)
Ini pulak bideo time nyanyi lagu negaraku. Bergema, kagum!!! CLICK HERE

NEGARAKU

MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU
SELAMANYA HARIMAU MALAYA

Apa Kata Honey: Kalau penat + mengantuk memang takble nak perah otak. No Idea. Peaceee





Thursday, July 28, 2011

Doaku Buat Harimau Malaya

Assalamualaikum... =))

Now, 28 July 2011, 5.22 pm. Dalam beberapa jam lagi perlawanan di antara Malaysia menentang Singapore bermula. Honey plak yang terlebih berdebar-debar ni. Takble nak kosentrat keja da. So isi sikit masa ni untuk tulis blog. Huhuhuhu....

Honey dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan Harimau Malaya malam ni. InsyaAllah kita boleh menang...=))

Ok la nak balik umah da. Baju Itam, Mafla Malaysia, Tiket dan yang penting JIWA telah siap sedia. Dengan lafaz Bismillah Honey melangkah ke Stadium Keramat kita, Bukit Jalil!!!!

GOOD LUCK HARIMAU MALAYA

Moga Kejayaan ni berulang kembali. AMIN


Apa Kata Honey: Aiseehhhh mengalahkan players lak berdebar lebih... hehehehee...







Harimau vs Singa {{Ultras Malaya}}

Assalamualaikum... =))


28 July 2011: Harimau vs Singa


Errrr... Takkan gambar macam ni kot. Mesra semacam jer... Takde masa nak mengawan or berbaik-baik dengan Singa ni.


Kita nak macam gambar kat bawah ni... Auuuuummmmmmm!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Auuuummmmmmm Auuummmmmm Auuuummmmmm
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Auuuuuuuuuuummmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..................................................................


Cederakan Sang Raja Rimba tu. Ayuhhh Harimau Malaya!!!

Keluarkan taringmu. Hancurkan lawanmu!!!!!!

Misi membalas dendam akan bermula malam ni!!!!

Bangun Semua Penyokong
Satukan Hatimu
Tinggikan Sorakanmu
Demi Malaysia!!!!!

More Ultras Malaya chants, Click Here

Dan click video ni untuk menambahkan lagi semangat kita!!


Apa Kata Honey: Ya Allah, Berikanlah Kemenangan Untuk Pasukan Harimau Malaya... AMIN =)





Wednesday, July 27, 2011

Tiket Malaysia vs Singapore HABIS!!!!

Assalamualaikum... =))

Dah beberapa ari ni Honey busy melayan memberssss yang dok tanya pasal tiket, harga berapa, beli kat mana, pintu mana, dan macam-macam lagi. Dah jadi macam kaunter pertanyaan la pulak. Hahahaaa... Tapi baguslah, Honey suka sangat bcoz ramai yang berminat untuk pegi sokong Harimau Malaya esok (28 July 2011).

Untuk arini, 85000 tiket dah habes dan licin, terharu tau Honey bcoz ini bukan game FINAL ataupun perlawanan di antara KELANTAN dan TERENGGANU. Dis is juz world cup qualifier, juz 2nd round, belum masuk group lagi. Tapi Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia dah mula menunjukkan sokongan kepada Harimau Malaya, satu perkembangan yang positive gittew... Huhuhuu

Sejak semalam, semua status member kat FB bengang sebab tiket abeh. Dah Q berjam-jam, last-last takdak tiket. Hahahha sabo je la... 
Gambar untuk 27July 2011. Credit to Dodi
Actually, Honey ada perkhabaran gembira untuk korang semua. Esok TIKET ADA LAGI, jual kat Bukit Jalil. So lepas Subuh jer cepat-cepat beratur kat depan kaunter tiket. Jangan biarkan ULAT TIKET mendominasi keadaan. Go Go Gooooo!!!

Tapi, kalau tak dapat gak tiket, bersedialah untuk panjat pagar. Rendah jer kot pagar SNBJ tu. Lagi tinggi pagar stadium Shah Alam. Hihihii... Opssss bukan Honey yang ajar ok..lalalalalaaaa. Tak pun beli je la dengan ulat tu, prepare dwet banyak-banyak la.....

Honey dah tak sabar tunggu esok. Misi membalas dendam akan bermula beberapa jam lagi. Ayuh Harimau Malaya. Kepada semua penyokong, doakan kejayaan pasukan kita. Hahh diingatkan lagi, jangan lupa untuk solat Maghrib berjemaah kat SNBJ nanti, InsyaAllah kemenangan menjadi milik kita. Target berapa gol???

3-0
Tak mustahil kan???
Tidak mustahil kan??? Selamanya Harimau Malaya, Selagi kita bernyawa, Oh Malaysia, Kau Kebanggaanku.... =)

Apa Kata Honey : Malaysia 3 - Singapore 0... InsyaAllah





Ultras Want to Emulate Asean Cup Final Aura

Assalamualaikum... =))

Article for tomorrow match, Malaysia vs Singapore. Proud for all Malaysia bcoz 'melicinkan' all da tickets. Hopefully it comin back, da aura during Final AFF Suzuki Cup last year, and the 3-0 result. InsyaAllah =)

Ultras want to emulate Asean Cup final aura

Wednesday, July 27th, 2011 06:36:00
KUALA LUMPUR: Ultras Malaya have vowed to bring the roof the down as they rally behind the national team.
Founding member Gozal Prasat said the Ultras will meet at the National Stadium as early as 3pm and start the fiesta going.
Ultras believe that Malaysia have a certain aura around them when they play at home and have previously proven to be a strong force at Bukit Jalil.
“Just look at the Asean Cup final against Indonesia. No one expected us to win the first-leg 3-0. If they can do it then, Malaysia can do it again,” said Gozal.
He is delighted with tickets sales thus far and admit he is rather surprised as there were a time when there were many tickets left even on match day. It is likely all tickets will be sold out today.
“All Malaysians should turn up in our national colours. That is the first thing that the players notice when they walk out of the tunnel. That will be an instant lift the morale of the players and Singapore will be intimidated,” he added.
Meanwhile, another member of Ultras, who only wishes to be known as Anak Memberontak, urges fans to come to the stadium with card boards of their desired scoreline.
He hopes this would further raise the spirit of the players.
Source: mmail.com.my
THE END

Apa Kata Honey: Tiket untuk arini dah abeh wehh. Alhamdulillah ramai yang akan datang menyokong Harimau Malaya esok. Tak sabar ni. Aummm aummm aummmm!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters