Tuesday, July 12, 2011

ULTRAS MALAYA Bantah EPL

Time tengah keja pagi tadi, tetiba dapat MMS dari my sis. Picture from paper Sinar Harian. Jom tengok....

Paper Sinar Harian - 12 July 2011


Honey pun dengan pantas pegi upload kat pesbuk. Nak tengok feedback dari rakan-rakan dan taulan... Ramai jugak yang 'like' and komen...Hehee

Screenshot on my FB

Kalau malas pegi cari paper sinar ni, juz baca on9. Tapi content tak sama la. JOM BACA
Yang malas klik link tu, juz baca kat sini je la..Pemalas tul!!!

ULTRAS Malaya tidak akan turun padang menyokong mana-mana perlawanan skuad Harimau Malaya dengan pasu-kan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.  
Seorang penyokong Ultras berkata, keputusan itu diambil berikutan perlawanan menentang pasukan Big Four EPL (Arsenal, Liverpool, Chelsea) dilihat tidak mampu menaikkan ranking pasukan negara yang kini menghuni tangga ke-144 dunia.  
“Berdasarkan kedudukan terkini yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), kami berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memperbanyakkan perlawanan antara negara berbanding dengan kelab ternama EPL. “Walaupun skuad kebangsaan bermain dalam dua perlawanan persahabatan menentang Hong Kong yang berakhir seri 1-1, dan menang ke atas Myanmar 2-0, ia dilihat tidak banyak membantu.  
“Kami khuatir, dengan jadual yang padat akan menjejaskan fokus pemain menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 nanti,” katanya. Meskipun Ultras tidak turun sebagai satu batalion, namun mereka tidak menghalang individu yang terlibat dengan kumpulan ini hadir memberi sokongan.  
Bagaimanapun, pasukan ini tetap akan hadir menyumbang ‘tenaga’ pada perlawanan menentang Singapura bagi aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia, 23 Julai nanti.
-Sinar Harian-

Sokernet.com pun ada. Click Here


Orang kat luar sana mesti cakap macam-macam pasal ultras kan. Besalah ada yang positive and negative, its normal. Bantah bukan bermaksud semua comrades diharamkan untuk tengok EPL match tu. Ada jer yang pegi, Honey pun dah beli tiket untuk Libepul nanti. Tapi pegi as normal Malaysian Futbol Fans, pakai jersey Kuning bukan baju BERSIH or Biru tu, without Ultras Malaya (UM) chants, banners, or watsoeva including da UM shirt. 

So diharap semua pihak hormat akan keputusan UM berkaitan EPLs match ni (actually tak payah paham pun, no explanation needed pun, UM bukan penting pun, pun, pun, pun....hahahahaaa). Tapi UM berjanji akan gegarkan Kota Singa pada 23 JULY ni (Singapore vs Malaysia), with or WITHOUT ticket perlawanan. Tunggu!!!!!!!

Kalau nak berdebat atau rasa tak puas ati atau apa-apa saja, jom join page ni kat Facebook (Bantah Perlawanan Antara Malaysia Dan Pasukan Sarkas BPL)

Ultras Malaya


Apa Kata Honey: Tak peduli apa orang nak kata, Tak peduli walau bukan juara, Kami bangga jadi anak Malaysia, Kami rela mati pertahankannya...O00Ooooo Bersama Selamanya.... -UM-




Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


5 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

baru plan nak join ultras malaya esok.,,apesal tak pegi?

Anonymous said... Reply Comment

hidup ultras!!!!

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Anonymous

sebab mmg xnak pegi...sekian

Anonymous said... Reply Comment

sokong honey...sokong ultras!

Anonymous said... Reply Comment

nak ikut honey tegnok liverpool!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters