Tuesday, July 19, 2011

What Is APEX University

Assalamualaikum... =))

What is APEX University??? Apakah APEX Universiti??? Aisehhh tetiba plak jadi bahasa Melayu. Tak kesah la Malay or English, da important thing u know what is APEX university... Jom Baca... =))


Penubuhan Universiti Apex (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi  untuk mewujudkan IPT yang setanding dengan universiti terbaik di dunia.  Secara umumnya, universiti terkemuka di dunia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif.

Universiti Apex yang pertama di Malaysia iaitu USM telah menerima pengiktirafan ini pada 27 Ogos 2008 hasil daripada persetujuan sebulat suara Kabinet. Pemilihan USM sebagai Universiti Apex adalah berdasarkan kepada tahap kesediaan USM untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik. Antara matlamat penubuhan Universiti Apex adalah untuk menjadi sebuah universiti yang tersohor dan menjadi universiti rujukan kepada Universiti lain. Di samping itu, Universiti ini bertanggungjawab untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mampu menghasilkan kajian dalam bidang R&D&C yang berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat sejagat. Selain daripada itu, Universiti ini juga bertanggungjawab untuk menghasilkan penyelidik yang bertaraf Nobel Laureate dan pensyarah bertaraf dunia.

Universiti Apex telah diberi keistimewaan dan pengiktirafan yang tertinggi dari Kerajaan dengan diberi autonomi penuh dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, perlantikan kakitangan, pensyarah dan kepimpinan tertinggi serta penetapan yuran pengajian. Universiti Apex telah diberi fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi meletakkannya pada status berkelas dunia dan LPU yang terdiri daripada profesional berkalibel yang mempunyai kuasa tadbir urus yang penuh. LPU ini bertanggungjawab untuk melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Naib Canselor dan barisan pemimpin tertinggi Universiti.

Pemilihan pelajar juga akan dibuat berdasarkan kepada merit akademik dan kriteria lain yang dilaksanakan secara holisitik termasuk melalui temu duga. Komposisi pelajarnya juga terdiri daripada masyarakat majmuk di Malaysia dan sekurang-kurangnya 10 peratus pelajar antarabangsa.Bagi menjamin kecemerlangan akademik yang berterusan, pemilihan ahli akademik yang cemerlang dan mempunyai kesarjanaan yang tersohor oleh Universiti tersohor dunia seperti Universiti Harvard,  Universiti Oxford dan Universiti Cambridge akan dibuat melalui pemilihan yang ketat dan kompetitif.

Di samping, prestasi universiti ini juga akan dinilai berdasarkan kepada sasaran KPI yang tinggi dan bertaraf antarabangsa. Sebagai sebuah pusat kecemerlangan, Universiti Apex juga akan dilengkapi dengan segala kemudahan terbaik dan terkini yang mampu menarik tumpuan pelajar pintar dan ahli akademik cemerlang dari pelosok dunia.

Bagi tujuan ini, Universiti Apex perlu mempunyai ciri-ciri berikut: iaitu:

1.Pemimpin Terbaik»Cemerlang, berwawasan, bersemangat, dan komited untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam bidang kesarjanaan ;
»Pengurus dan pentadbir yang berbakat untuk mengurus sumber manusia serta aset universiti yang lain ; dan
»Komunikator cemerlang yang fasih berbahasa Inggeris, bermoral tinggi, dan berintegriti serta bertindak sebagai peniup semangat.
2.Fakulti Terbaik»Ahli akademik yang berbakat dan tersohor kesarjanaannya dalam pelbagai bidang. Ahli akademik yang terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat luar negara akan mewujudkan suntikan ilmu global yang sihat serta menjadi pengajar yang hebat selain menjadi penyelidik yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
»Teknik pengajaran sentiasa berkualiti dan relevan
»Penyelidikan mereka kreatif dan inovatif yang direka khusus untuk kemajuan penyelidikan serta memperluas ilmu.
3.Pelajar Terbaik»Kecemerlangan akademik yang tinggi secara berterusan dan konsisten sepanjang jangka masa kursus ;
»Pencapaian yang baik melalui penilaian kualiti yang ketat ; dan
»Pelajar dalam dan luar negara yang cemerlang.
4.Kemudahan Terbaik»Universiti Apex akan dilengkapi dengan kemudahan terbaik dan terkini untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.

Sehubungan itu,  diharapkan agar USM sebagai Universiti Apex yang pertama di Malaysia mampu melaksanakan hasrat murni ini dengan  menjadi Universiti Bertaraf Dunia dan seterusnya menjadi role model kepada Universiti lain dalam usaha untuk memperkasakan pengajian tinggi.


SEKIAN

PROUD TO BE USM STUDENT

Apa Kata Honey: Jadi student untuk APEX University sangat mentensenkan. 'Their' expectation veryyyyyyy HIGH u know. Alhamdulillah abeh gak... =))





Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


1 Responses So Far:

Cik Kiah said... Reply Comment

Dear, thanx for the info.. saya from JPA baru je buat research isu sebenar... =) tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters