Assalamualaikum... =)
Bangun dari tido, as usual akan buka akhbar online, kena la amek tau hal-hal semasa kan. Hehehe... Dan my favret as usual Harian Metro online, benda 1st nak tau aper 3tajuk utama tu. Tengak ngantuk-ngantuk pegang mouse, tetiba jer mata Honey terbukak besar time tengok gambo Apex n Elia, PUTUS TUNANG? OMG OMG...Biar betik???
So Honey pun nak tulis pasal ni, bukan gosip tapi fakta. Yelaaa before ni pun Honey ada entry pasal dorang kan. Sumore, Apex ni hero Harimau Malaya, orang ketiga yang Honey minat after Safee Sali dan Muslim...hikhikkk... Malas nak cakap banyak-banyak, u all baca la kat bawah ni, pengakuan Apex...
PUTUS TUNANG
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah DAHLIA.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Source : Metro
SEKIAN
So kira betul la yang Elia marah-marah kat facebook dia before ni, yang hubungan mereka bermasalah (click here). Huhh besalah tu, time bertunang memang banyak dugaannya. Juz berpegang dengan satu jer, kalau ada jodoh tak ke mana. Sentiasa panjatkan Doa pada ALLAH SWT, especially Doa Untuk Kekasih. Bagus doa tu, kena amalkan selalu... =)
Ok lahhh nak continue kemas umah, kemas teddy bear, servis aircond dan masak maggi. Bye kawan-kawan, Selamat Berpuasa yer...peace...=))
More: Elia Tidak tahu Khairul Putuskan Pertunangan
More: Elia Tidak tahu Khairul Putuskan Pertunangan
Apa Kata Honey: Kalau ada jodoh tak kemana. Yakinlah dengan perancangan ALLAH SWT. =)
5 Responses So Far:
akhirnya...heheee
kesiannya perempuan tu.
sape suruh terlalu excited dulu..hhehe
kekekekekkeeeee.....
aku suka muzik ramdahan kat atas tu honey isyqi.selamat berpuasa jugak honey isyqi..-ada nama-
nasib la,,,,jejari runcing...kakakak
ps: caitttt minat muslim jgk rupanya,,,,,
Post a Comment