Thursday, July 21, 2011

Wanita Dan Stress

Assalamualaikum... =))


Last entry Honey pasal wanita Malaysia yang ke-16 stress kat dunia (click here). Hebat tu, top-20. Malaysia Boleh!!! Errrrrr..... ni tahap serious ke?? Agak la... Tapi gurls memang macam tu. Sumtimes benda remeh pun ble jadi stress, terlalu pikir, padahal takde ape pun. So Honey nak share sket faktor-faktor wanita stress. Jom baca!


FAKTOR-FAKTOR

1. Terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan


Kes ni berlaku tak kira pada wanita yang dah kawen atau blom. Yela terlalu nak jaga relationship tu hinggakan lautan api sanggup didaki dan puncak Everest sanggup direnangi buat apa saja asalkan si dia bahagia. Aisehhhhhh... Kebanyakan masa dia dihabiskan dengan pikir macam mana nak buat si dia tu setia, takde pompuan lain. Kalau boleh nak hack jer FB si dia tu, tengok mana la tau bermesej-mesej dengan awek cun muka ala-ala Lisa Surihani. Bagi yang dah kawen, kalau boleh nak pasang spy, follow ke mana jer hubby dia tu pegi. Time lunch pun nak call, bukan nak tanya sihat ke, makan apa ke, tapi tanya keluar dengan sapa, kalau colleague wanita, dah start pikir bukan-bukan. Kalau hari-hari macam tu, of coz la jadi stress. Tak gitu???


2. Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga.


Ok, Honey bagi contoh paling simple. Time nak pegi keja, pikir nak pakai baju apa, shawl colour apa, kasut, hand bag dan mekap. Sebab apa, kalau tak match colour nanti apa pulak orang cakap, tak pandai bergaya la, tak ikut trend terkini la dan macam-macam lagi andaian yang direka khas oleh si wanita itu sendiri. Benda remeh kalau terlalu difikir akan jadi tak remeh. Pastuh ada wanita ni try untuk jadi hipokrit, sebab untuk menutup persepsi negative dari orang lain. Apabila tidak menjadi diri sendiri, ketensenan akan lebih dirasai bcoz otak kita tak biasa dengan perubahan yang dilakukan. Tapi tak kesah, yang penting bebas dari kritikan, kutukan dan cakap-cakap belakang. Padahal orang lain tak amek port sangat pun dengan apa yang berlaku pada anda dan benda di sekeliling anda itu.


3. Bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan dari majikan.


Wanita boleh stress bcoz terpaksa kerja dua kali ganda untuk dapat pengiktirafan dari majikan. Bukan nak cakap apa, persepsi yang mengatakan lelaki lebih berupaya untuk memegang sesuatu jawatan. Ni bukan diskriminasi (nanti ada pulak salahkan Honey, hehehee…) tapi memang betul kot. Especially dalam bidang professional, susah nak tengok pompuan pegang jawatan besar-besar, kalau ada pun jumlahnya sangat sedikit. Dalam dunia serba moden ni, wanita pun nak jugak seiringan dengan lelaki, apa lelaki buat, dia pun nak buat hingga tak sedar dah terover limit dari kemampuan sebenar mereka.



4. Terlalu serius terhadap pelajaran anak-anak.


Pelajaran anak-anak tu memang penting, tapi jangan la terlalu serius hingga menyebabkan anda dan anak anda sendiri tertekan. Anak tak masuk tadika lagi, dah suruh buat macam-macam, kalau boleh nak jadi genius macam Adi Putra Abdul Ghani. Takpun, push anak tu study, baru umur 6 tahun dah terer calculus. Last-last jadi macam Sufiah Yusof, masuk Oxford pada umur 13tahun, tapi…. (carilah kat uncle Google yer kawan-kawan). Si Ibu ni, kalau anak dia tak berjaya dengan cemerlang time exam, mula membebel, mula nak compare anak dia dengan jiran sebelah. Kalau hari-hari macam tu, risau si anak akan memberontak dan timbul la pulak masalah lain. Jeng… jeng… jeng…..hehee


5. Menggalas tanggungjawab menjaga keluarga.


Kes macam ni selalunya untuk ibu tunggal. Its normal la kan, nak tak nak kena la galas tanggungjawab tu. Tapi kes lain, bila wife keja, husband lak jadi suri umah, house husband. Kalo wife g keje then husband buat kerja-kerja di umah its ok la kan. 


Tapi paling tak boleh terima, kalau wife keje, then balik umah wife kena keje lagi. Hubby dia tau membuta jer sampai ke malam. Takpun tau kuar lepak dengan member sampai pukul 5pagi, then kalau kehabisan dwet, mintak lak dengan wife. 
 
Dan paling tak boleh terima kalau hubby tu pukul wife yang dah penat bekerja di ofis dan di umah semata-mata tak dibagi dwet untuk beli tiket Malaysia vs Chelsea (aisehhh ape kaitan). Tapi….. Honey boleh terima kalau hubby tu bagi dwet dan temankan pegi tengok Malaysia vs Chelsea (mood: tak sabar pegi SNBJ malam ni tengok lautan biru Chelsea). Sekadar iklan tak berbayar. Hehehehhee peace.



6. Terlalu dikongkong oleh keluarga.


Ini benda normal. Sape tak stress kalo dikongkong kan. Wanita zaman dolu-dolu tak kesah la, duduk umah, juz tunggu orang datang masuk meminang. Ayu je kan. Tapi zaman sekarang ni, wanita kena la keluar tengok dunia luar. Untuk yang study, ada parents yang taknak anak dia pegi jauh-jauh. Dah dapat offer bagus kat France, UK, Russia, Sabah dan sewaktu dengannya, tapi parents taknak lepaskan. Sebab apa, sebab anak pompuan, tak boleh jauh dari perhatian family. So susah la macam tu kan. Stress tak korang??? Hehehehee


7. Berhenti kerja untuk menjadi suri rumahtangga.


Jarang berlaku tapi still berlaku. Wanita, kalo dah kawen kenalah follow cakap hubby. Tak boleh nak buat apa la. Honey pun kalo hubby suruh berhenti keja nanti, mesti akur. Redha. Stress ni berlaku bila wanita tu suka sangat dengan kerja dia. Dia sayang gila-gila kerja dia tuh, cita-cita dari kecik kot, time masih berhingus lagi dah teringin nak jadi cikgu or doktor (ni cita-cita paling common time kecik dulu). Then mesti dia pikir, susah payah study bertahun-tahun, dapat degree, master, PHD, last-last jadi suri umah sepenuh masa. So memang stress la kan. Pastuh wanita akan stress bila tak dapat kebebasan berbelanja. Time kerja dulu adalah dwet untuk pegi shopping, dah berhenti kerja, tengok hubby je la shopping (iskkkkkk ad eke laki macam ni??haha tak tau). Dan akan lagi stress bila duduk di rumah sorang-sorang, takde aktiviti lain, juz jadi penunggu setia for her beloved hubby (ini kalo takde anak lagi).



CARA PENYELESAIAN


To be continue, nak pegi stadium dulu tengok Malaysia vs Chelsea... Go Malaysia Go!!!!


Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


1 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

aku tak stress pun..hehe ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters