Saturday, August 17, 2013

Phuket Holiday (Part 1) - Airport + Patong City

Assalamualaikum... =)

Entry kali ni adalah kesinambungan untuk Phuket entry last year (Tips Bercuti Ke Phuket - Jimat). Setelah mendapat feedback dari pembaca sekalian, serta berbagai-bagai soalan yang diajukan di blog dan facebook, Hani dengan semangat yang tinggi ingin memulakan entry percutian ke Phuket pada November 2012 yang lalu (fuhhh dah basi kot).... hahahaa
Subhanallah... Beautiful Phuket =)
DAY 1 - Departure at LCCT
9 November (Friday) - Lepas kerja, Hani dan kawan-kawan bergegas ke LCCT. Three of them flight at 6pm, tapi Hani sorang-sorang flight 8pm. Sobssss.. Tapi takpe, kitorang dah berjanji untuk berjumpa di Phuket airport nanti.


Dalam 10pm, Hani sampai di Phuket International Airport. Since dah malam, kitorang decide untuk tidur kat surau dalam airport ni jer. Kalau nak cari hotel macam rugi je kan. hehe

Ramai yang tanya kat Hani, selamat ke tidur kat surau ni? Pak guard tak marah ke? Tak kena usir ke? 

Ok kawan-kawan semua, takyah risau la. Selamat je tidur kat surau. Insha Allah. Untuk wanita, kena sentiasa tutup aurat la sebab surau ni combine lelaki dan wanita, just tembok jer jadi pemisah (Boleh tengok gambar kat bawah ni). Mana la tau tetiba ada kaum adam yang dok intai-intai kan. But no worries, so far selamat.

Info: Yang leceh sikit pasal surau ni sebab kena pegi toilet untuk ambil wudhu, kat dalam surau takde pili air.




DAY 2 - Check in Hotel + Patong City
10 November (Saturday) - Bangun pagi, gosok gigi, solat subuh and start our journey!! Before tu discuss dulu nak buat activity apa sepanjang 4 hari kat Phuket. Lepas study sikit-sikit, kitorang pun melangkah keluar dari aiport ni dengan semangat yang tinggi. Cewahhhh

buat kajian di dalam surau
Hani, Aza, Dja and Kak Yus
Now naik taxi untuk ke hotel, APK Resort & Spa (book kat Agoda). Nak tau rate taxi, ble refer my previous entry kat SINI.
otw ke hotel. Matahari baru mau naik... morning Phuket!! =)
Tadaaa.. suda sampai di APK Resort & Spa. Walaupun sampai awal pagi, tapi pihak hotel dengan baik hati suruh kami check in terus. Fuhh lega, tak payah pikir pasal barang-barang yang banyak nih. Booked through Agoda sangatlah mudah. Just bawak printed Agoda Voucher then bagi kat kaunter, dorang akan mintak passport, pastuh bagi kunci. Setel!
APK Resort & Spa
Lobby

Thanks tolong bawakkan barangs yang banyak ni.. eheh

Dah setel pasal hotel. Kitorang pun meneruskan pengembaraan di bumi Phuket ni. Tak sewa keta pun, plan nak jalan-jalan area Patong ni jer. FYI, jarak hotel kami dengan Patong Beach around 10 minutes walk. Then dekat dengan tempat-tempat menarik di Patong. Sangat strategic ok. Ini adalah gambar-gambar sepanjang perjalanan kami dari hotel ke Patong Beach dan kembali ke hotel.


Tsunami??




Patong Beach
Dah sampai Patong beach, relaks jap, menghayati keindahan pantai. Pagi-pagi macam ni tak ramai sangat orang, memang nyaman. Dan paling best, ada wifi free sekitar Patong Beach ni. Hanya perlu register dan masukkan passport no. Hani masukkan sebarang no jer, bukan dorang tau pun. Janji dapat online.. hehe

Owh ya... kalau nak mudah, korang boleh beli simcard kat sini. So senang sket nak berkomunikasi. Kitorang beli pun sebab nak contact our tour guide for island hoping, also pakcik taxi.

Sebelum kembali ke hotel, kitorang singgah kat mall yang terkenal kat patong ni, Jungceylon Mall. Nak lunch dan cuci mata sket. FYI, kat dalam mall ni ada food court yang jual makan halal. Sangat yummy dan puas hati. Sepanjang kat Phuket ni, kitorang memang makan kat situ jer, beraneka pilihan dan rasa, harga pun ok. =)
Jungceylon Mall

Islamthai Bangja - Recommended!!!

Yummyy!! yang penting HALAL!!!
Disebabkan terlebih active, sandal pasar malam Hani pun rosak, terpaksa beli sandal baru. Dah la tak bawak duit lebey, bajet holiday katakan. Thanks for my Master Card, dapat swipe dengan jayanya. Oh my Pink Crocs from Phuket! =D
Shopping at Crocs
Setelah penat berjalan, balik ke hotel untuk mandi dan rehat. Petang nanti ada temu janji bersama pakcik tuktuk untuk Phuket City Tour lak. Then malam tu Hani akan bawa korang jalan-jalan di Bangla Road. Apa yang istimewa di Bangla Road??! Tunggu... Jumpa di next entry!!!!

More on Phuket Holiday
Phuket Part 4 - Phuket Fantasea
Phuket Part 5 - Patong Beach + Balik

Special Phuket Entry


Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


2 Responses So Far:

lee said... Reply Comment

brpa harga tiket airasia ke phuket?

sharifah shakila said... Reply Comment

sumpah cantik pink croc tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters