Friday, July 8, 2011

Singapore Hanya Bagi 500 Tiket

Assalamualaikum... =))


PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengesahkan bahawa hanya 500 tiket diperuntukkan kepada penyokong Malaysia untuk aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar pada 23 Julai depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya tiada pilihan selain terpaksa akur dengan budi bicara FAS untuk memberikan jumlah yang cukup kecil itu.

“Pihak FAS hanya memberi peruntukan sebanyak 500 tiket saja kepada FAM. Kita agihkan 250 keping kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan 250 keping lagi kepada SSFC (Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor).

“Jadi pihak FAM tidak dapat menjual tiket di sini kepada para penyokong Malaysia. Harap semua faham dan turun beramai-ramai untuk perlawanan kedua di Bukit Jalil pada 28 Julai depan,” kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Stadium Jalan Besar hanya mampu menampung 6,000 penonton dan jumlah 500 itu hanya merangkumi lapan peratus, lebih rendah berbanding ketika FAM memperuntukan 20 peratus tiket kepada penyokong Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF 2010.

Justeru, para peminat Harimau Malaya yang tetap mahu ke Singapura, mereka perlu mengikuti rombongan SSFC yang mengenakan bayaran anggaran sekitar RM80 meliputi tambang bas dan tiket perlawanan.

Presiden SSFC, Nasir Yunus berkata, mereka yang berminat perlulah menghadirkan diri ke pintu masuk utama Stadium Shah Alam pada Ahad ini (10 pagi hingga 12 tengah hari) dengan membawa pasport untuk proses pendaftaran.

“Memandangkan tempat terhad, kami hanya mampu menyediakan enam buah bas. Pendaftaran berdasarkan siapa cepat. Hubungi saya di 012-3209207, Azhari 017-3177505, Shahiran 019-3406841 atau Hairi 012-3687576 untuk pertanyaan,” kata Nasir.

Rombongan SSFC itu akan bertolak dari Stadium Shah Alam pada Jumaat, 22 Julai, pukul 11 malam.


SEKIAN


Kecewa plak baca tuh. Ultras Malaya baru plan nak serang kaw-kaw Singapore, tapi apa ble buat. Juz waitin’ another plan from ‘them’. Apapun terjadi, kena pegi Singapore jugak, chant kat luar stadium pun takpa…. Keranamu Harimau Malaya... cewahhhhhhhhh =))
Pasnih Ultras Malaya kena register dengan FAM, then lantik AJK tiket, AJK kebajikan dan AJK perhubungan. Honey nak jadi AJK makanan. Confirm 500 kuota tu dapat kat kita, then kena sponsor bus lagi. Hohohohooooooo….=p
Comrades, korang tak reti-reti nak register ker??? “Dengan segala hormatnya diminta KELAB-KELAB ULTRAS menghubungi MSL and bla bla blaaaa” (1st edition 15 May 2011 – Click Here)
Syabas Ultras! Kemenangan Malaysia adalah kemenangan anda juga – Buletin FAM
Apa Kata Honey: Kelab-Kelab Ultras??? Sejak bila jadi kelab wehhh???


Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


8 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

join ssfc la

Honey IsyQi said... Reply Comment

tngu confirmation dr pihak berwajib...

Anonymous said... Reply Comment

aku confuse..SELANGOR lwn SINGAPORK ke????

Honey IsyQi said... Reply Comment

erkkkk....haha...

Anonymous said... Reply Comment

ultras malaya skn serang singpork jugak,,,, siap sedia la!!

yellowblue_tiger said... Reply Comment

mereka tkot dgn kite la minako..

Honey IsyQi said... Reply Comment

tu la pasal yellowblue....iskkk tiket abeh da ni...switch to another plan..

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Anonymous

SSFC??tak mungkin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters