Monday, July 25, 2011

Unforgettable Experience - Our Terrace Our Rules

Assalamualaikum... =))

Lepas balik dari Singapore pagi tadi, Honey dihujani dengan pelbagai soklan, tanya macam-macam, not about da game but what was really happen at our terrace last nite. Maybe yang tanya tu dah tau, tapi saja jer nak confirmkan betul ke tak. Dan ada gak yang dengar tapi dah ditambah unsur metafora dan hiperbola untuk mencantikkan lagi cerita tu walhal tak betul pun. Actually Honey malas nak cerita dari A to Z, kalau nak tau sket story tu boleh klik di sini.

Our Terrace, Our Rules. Yup memang betul pun. Kitorang masuk dalam stadium jalan yang sangat besar ni ntah dalam pukul berapa, amek tempat in between SSFC dan Singaporean fans. Ultras Malaya di sambut dengan sorakan dari Ultras Singapore Lions All The Way (LATW) dengan chants yang sama tapi tak serupa. No drums, No healer, No stick banner, inilah dia cara sokongan apabila berada di Singapore. Tapi semua tu tak penting pun, sebab apa, sebab UM hanya perlu membawa semangat dan rasa kecintaan terhadap negara, menunjukkan sokongan dengan sorakan padu dan vocal yang mantap tanpa henti selama 90minit (tidak termasuk masa tambahan dan rehat). 
Ultras Malaya at da other terrace
Ultras Malaya dan SSFC
Sessi warming up befora game start, between UM dan LATW. Agak bergema stadium ni, desibel Noise lebih dari julat yang dibenarkan untuk telinga kita. Tapi speaker besar kat depan kitorang bukan saja mengganggu malah menunjukkan ketidakadilan Singapore kerana menaikkan chants volume dari LATW. Rasa macam nak cabut jer cable kat speaker tu. Iskkkkkkk
Speaker yang macam......
Warm up session
Bukan itu saja, ketidakadilan mereka jelas kelihatan apabila penyokong Singapore dibenarkan mengibarkan banner dengan stick, dan kami?? Apa pon tak bleeeee. Lagi bengang bila banner bertulis "100% Original, We Dont Use Foreigners" dirampas oleh pihak polis. Huhhhhhhhhh... Tapi layan je la. Dah masuk tempat orang kena la follow kan.
banner yang dirampas polis
7.17pm - masuknya waktu solat bagi negara Singapore dan kawasan yang sewaktu denganya. Rombongan kami takpa, boleh jamak qasar (sekadar selingan). 7.30pm - World Cup Qualifier between Singapore and Malaysia start. Bendera gergasi Malaysia berjaya dikibarkan di Singapore. Congrats pada yang mengusung dari bukit jalil hingga sampai ke jalan besar ni. Cantik!!!



Benda paling besh time Safee score tak sampai seminit game bermula. Macam nak pecah stadium tu dengan sorakan rakyat Malaysia. Tapi, ke'happy'an tu sementara je la, dalam 1st half jer pemain celup Singapore dapat score 4 bijik. ='(

Pada masa yang sama berlaku provokasi yang tak seberapa dari Singapore fans kat sebelah kanan kami. Asal gol jer Singapore, start la dorang tu ejek-ejek. Dahla datang sokong team negara dorang pakai jersey Man Utd dan Liverpool. Iskkkk3x. Seb baik ramai polis kat sini, kalo tak dah jadi lauk kot dorang tu oleh bro-bro KLC dan comrades UM. Hahahahaa....

Before abeh 1st half tu, ada la insiden yang ala-ala hooligans gitu, at our terrace. Yang Honey ingat ada comrades langgar dan Honey jatuh dari atas kerusi. Hahahahaa padan muka. Tapi taklah sesakit jatuh kat track time lari 100m hurdles, ataupun jatuh dari tembok 6kaki during obstacle. Apa yang Honey tau, cerita kat terrace tu biarlah menjadi rahsia kami, SSFC, Singapore fans dan abang-abang polis yang menyaksikannya.
huru hara sebentar
Ambulan
2nd half bermula dengan agak hambar. Rasa macam ada sumting yang belum dilepaskan, tersekat, rentetan kejadian 1st half tadi. Keputusan 4-1 cukup membuatkan penyokong Malaysia jadi macam ayam berak kapur. Comrades yang lain pun sama. Tapi thanks to Capo yang memberi semangat, ini komplot nekad, kita nekad merentasi selat Tebrau untuk menyokong Harimau Malaya, kita sudah bersusah payah berusaha untuk sampai ke Stadium Jalan Besar, takkan sokongan dihentikan, sapa lagi nak sokong players yang berjuang di padang tiruan tu. No more others Malaysian here, hanya kita, kamon comrades, kamon Malaysian!!


Yup serius Honey cakap, macam nak nanges jer time tengah chants tu. Ditambah lagi dengan provokasi dari fans Singapore kat sebelah ni. Tak peduli la dorang, teruskan sokong sambil berdoa harap-harap ada peluang lagi walaupun agak mustahil. Sepanjang 2nd half ni, sunyi jer stadium, yang kedengaran juz chant dari Ultras Malaya. Salute comrades.

Tapi syukur alhamdulillah, Abdul Hadi Yahaya score during 69'. Tetiba keadaan stadium bertukar dengan sorakan semua Malaysian yang datang. Tak sampai seminit, Safee score lagi menjadikan result 4-3. Alhamdulillah again. Time tu memang tak dapat tahan, sumting yang belum dilepaskan tadi, yang tersekat tu, terus dibiarkan keluar. Most of da comrades kat curva ni nanges. Terharu, sebak, hepi, semua bercampur baur. Cant explain how dat feelings. 



Apabila perasaan CINTA melebihi segala-galanya, inilah yang berlaku. Sebab CINTAkan negara, Ultras Malaya sanggup datang ke Singapore walaupun tanpa tiket pada asalnya. Kerana CINTAkan Harimau Malaya, seorang saudara kami sanggup meninggalkan hospital dan tidak mendapat rawatan semata-mata nak menunjukkan sokongan. Kerana CINTA, mereka sanggup mengetuk kerusi untuk menggantikan gendang <-- Video
Takde gendang?? Kerusi pun jadi laaaa....
Menyokong sampai ke akhirnya
Walaupun keputusan berakhir dengan Singapore 5 dan Malaysia 3, tapi Ultras Malaya tetap bersama Harimau Malaya. InsyaAllah 28 July nanti kemenangan menjadi milik Malaysia. Singapore, welcome tu stadium keramat Bukit Jalil!!!!!

p/s: Napa ada ambulance???click here
      Pictures during 'kejadian'??? click here


ApaKataHoney: Greatest Experience!!!



Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


25 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

aku baca samblil menitis air mata..:'(

Anonymous said... Reply Comment

terharu dowh tapi ganas r korang,,hihi

kertasgraf said... Reply Comment

macam mana korang sebak time Hadi Yahya and Safee Sali score utk gol 2,3 tu. macam tu la jugak kitorang rasa time Terengganu dapat gol last sblm game dilanjutkan ke masa tambahan time piala FA aritu. sebak cam nak nangis. mana tak nya. gol dapat dalam masa kecederaan dah pun. hehehe. takde gol tu dah byebye dah Terengganu. hehe :p

papepun proud to be Malaysian rite :)

hafiz said... Reply Comment

Kalau di Malaysia Sedih,
inikan pula di Stadium tuh

NaDwa said... Reply Comment

wah.... sebak bace... tahniah!!

Anonymous said... Reply Comment

sebak jugak wehhh...amek tisu sat..

Anonymous said... Reply Comment

Sy saksi honey hampir jadi sandwich aritu..seb baik comrade2 tarikh girls keluar cepat dr tempat kejadian..hehe

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Anonymous

tu la pasal...xtau nak buat apa time tu..nanges jer time tgk apit tbaring..cam xcaya pun ada...iskkkk

Honey IsyQi said... Reply Comment

@NaDwa

time tulis ni pun tgh sebak gak..lebey2 lagi tgk gambo comrades tu nanges...ehehe

Honey IsyQi said... Reply Comment

@hafiz

tu la pasal..lagi sedey time tgk muka players...bmatian2 dorang main...hukhukk =')

Honey IsyQi said... Reply Comment

@kertasgraf

hehe...tp time tu honey dok kat ultras klate...geram gak time Ganu gol tu..hahaha...apapun klo ada rezeki mst mng punya..doakan jer pasukan harimau malaya kita tu...=)

Anonymous said... Reply Comment

solute honey -ada nama-

amy said... Reply Comment

huhuhu..sebak jap..luv u all...harimau malaya da best =)

Honey IsyQi said... Reply Comment

@amy

haha...jom sis turun stdm khamis ni...blanja la teket...=p

Anonymous said... Reply Comment

expect and unexpected thing...that an experienced yg tak leh dijual beli...segala benda yg berlaku yg akan menjadikan ikatan brotherhood antara comrade akan menjadi bertambah kuat...dan yg paling penting..pengalaman melanggar terrace milik mereka adalah perkara yg cukup berharga..sama sprti Aris Thesaloniki melanggar kota Manchester...ahaha...

-pengalaman kena tolak dan jatuh tue perkara biasa..so lepas nie kena lebih prepare..kot2 nnti terjadi lgi perkara yg sama..at least dh leh bgi cop 3 stripes kat badan diorang..ahaha

qiuchungho said... Reply Comment

Our Terrace, Our Rules...
see u at bukit jalil comrade !!!
bersama selamanya !!!

Arai Lekir said... Reply Comment

serius jealous korang dpt pergi singapore...

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Pemilik Pokok Mangga Depan Rumah

jgn jeles2...khamis ni kita gegar snbj!

MONAT © 2012 said... Reply Comment

Honey Isyqi , aku tabek sama kau lah. Sebak gila baca entry ni! Salut dengan korang yang menyeberang sampai ke Temasik untuk sokong Harimau Malaya :)

Nak pinjam gambar buat entry , gambar nanges -.-" cemburu gila korang dapat pegi! tanggal 28 nanti , harap korang dapat bagi lebih power! terbaik korang!

Honey IsyQi said... Reply Comment

@MONAT © 2011

ramainyer org suke gamba nanges tu..hehe...InsyaAllah esok akan lebih power!!jom!!

Anonymous said... Reply Comment

sebak baca...nice isyqi -hairul shah-

Anonymous said... Reply Comment

perghhh terharu r mem.terbaik!!

Anonymous said... Reply Comment

1st time aku masuk blog ko..2 thumbs up girl!!

Anonymous said... Reply Comment

aku pun 1st time masuk..jarang jumpa girl minat bola macam ko..terbaik!

azma azhar said... Reply Comment

my senior. lap u !! best + sedih + campur baur perasaan. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters