Friday, June 1, 2012

HUT TUDM Ke-54, 2012

Assalamualaikum... =)

Honey selaku salah sorang anggota Airforce ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun TUDM ke-54.. (hehehe askar pencen da..=p)

Kalau nak tau, tema tahun ni adalah
|
|
|
|
V
"Airforce People Towards Excellence"

Sehubungan dengan itu, TUDM akan mengadakan Hari Terbuka TUDM pada 3 June 2012 (Ahad ni) di Pangkalan Udara Subang. Datang jangan tak datang yer.

Banyak aktiviti menarik disediakan antaranya Pertunjukan Udara oleh Su-30MKM dan MIG-29N (Smokey Bandits), demonstrasi Pasukan Khas TUDM dan Pameran statik aset-aset TUDM. Semalam time otw g meeting kat The Curve, Honey ternampak Kak Su kita (Sukhoi) tengah berpusing-pusing kat udara. Ingatkan nak terhempas dah...opsss hahahaha... Hopefully takde perkara yang tak diingini berlaku nanti. Semoga semua pilot-pilot kita selamat hendaknya. InsyaAllah... =)
Banner Hari Terbuka TUDM 2012
Hahh kepada sesiapa yang nak tengok konsert pun boleh. Ada macam-macam artis nanti antaranya Hattan, Adam AF, Ana Rafali dan Adibah Nor... (Siti Nurhaliza takde la pulak...). So apa lagi? Jom serbu PU Subang Ahad ni!
Konsert Udara HUT TUDM ke 54

Aktiviti-Aktiviti Rasmi Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-54


PerkaraLokasiTarikhTetamu
Perbarisan Hari Ulang Tahun TUDM ke-54PU Kuala Lumpur1 Jun 12KDYMM Sultan Pahang selaku kolonel yang dipertua TUDM
Khutbah Khas Sempena HUT TUDM ke-54Masjid PU Kuala Lumpur1 Jun 12
Hari Terbuka TUDM (Pertunjukan Udara dan Konsert Udara)PU Subang3 Jun 12
  • Terbuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam
  • Artis-artis terkenal seperti Hattan, Ana Rafali, Adibah Noor dan Harith Iskandar
  • Konsert bermula pada jam 4.30 petang hingga 7.00 malam
  • Pameran Statik Aset- Aset TUDM
  • Pertunjukan udara oleh Su-30MKM dan MiG-29N (Smokey Bandits), demonstrasi Pasukan Khas TUDM
Program Singgah MakanPU Subang3 Jun 12Jemputan murid-murid dari sekolah-sekolah terpilih untuk menikmati makan tengahari di Pangkalan Udara Subang
Majlis Tahlil & Doa SelamatMasjid PU Kuala Lumpur7 Jun 12
Majlis Santapan Beradat Sempena HUT TUDM ke-54 (Tuanku Sultan Pahang)Hotel Mandarin Oriental9 Jun 12KDYMM Sultan Pahang selaku kolonel yang dipertua TUDM
Program Derma Darah dan Ceramah Kempen KesihatanPU Kuala Lumpur21 Jun 12Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan di seluruh pangkalan-pangkalan utama TUDM secara serentak.
Larian TUDMRejimen TUDM, Banting16 Jun 12Anggota TUDM
Majlis Makan Beradat Sempena HUT TUDM Ke-54 (Mantan-mantan PTU)Hotel Royale Chulan22 Jun 12 (TBC)Mantan- Mantan PTU
Pelancaran Program Kerjaya TUDM Melalui Sekolah-Sekolah MenengahPU KuantanJun 12Program promosi kerjaya yang dirancang dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendekatkan pelajar terpilih dengan organisasi TUDM
Anugerah Airman of The Year & Anugerah Best Squadron of The Year 2012PU Subang7 Dis 12Anugerah tahunan yang diberikan kepada anggota-anggota dan skuadron TUDM yang menunjukkan prestasi cemerlang berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.


Last year Honey tak pergi pun Hari Terbuka TUDM tu, jauh dan malas. But I'm invited for Makan Beradat with President FAM... eh Tuanku Sultan Pahang...(Makan Beradat - HUT TUDM ke-53)


This year plan nak p Hari Terbuka tu, bcoz dekat je dengan umah. So sesiapa yang ingin berjumpa Honey IsyQi sila datang pada 3 June 2012 kat PU Subang tu yer...(cewahh ayat bajet artis...hohohoo =p)


Semoga TUDM akan terus maju mengorak langkah memperkasa keupayaan dan bergerak ke hadapan serta sentiasa komited dalam mempertahankan keselamatan ruang udara negara tercinta.


Kami Airforce....haha
Muka tak askar langsung...hahahaha =p
ApaKataHoney: Airforce People Towards Excellence!!!

Monday, May 28, 2012

KSC Champion Metro Futsal, Kedah

Assalamualaikum... =)

Penentuan penalti julang KSC Bangsarianz A


PASUKAN dari Kuala Lumpur, KSC Bangsarianz A tangkas membuktikan kewibawaannya apabila muncul juara kategori Lelaki bawah 17 tahun dengan menumpaskan lawan tuan rumah, Kedah, AHY Diwana di saingan final Karnival Futsal Harian Metro dibawa oleh AmBank, semalam.
Kemenangan diraih menerusi penentuan penalti jelas membuktikan kedua-dua pasukan dibekalkan jentera pertahanan dan serangan kukuh di pentas final Zon Utara apabila sukar menundukkan lawan masing-masing.


Saingan dramatik yang berlangsung di D'Futsal Centre, Alor Setar, Kedah itu menyaksikan ledakan gol pertama dijaringkan AHY Diwana.
Namun, KSC Bangsarianz A mengejar kedudukan dengan gol dijaringkan Muhammad Nur Fitri Ramli menerusi hantaran Mohd Zuhairy Md Znan sebelum AHY Diwana sekali lagi mendahului kedudukan 2-1.


Tidak mudah menyerah kalah, KSC Bangsarianz A terus melancarkan serangan dengan Muhammad Nur Fitri menyamakan kedudukan di babak kedua menerusi bantuan Mohd Zuhairy sekali lagi.


Kedua-dua pasukan mara ke medan penalti apabila wisel penamat ditiupkan.

Gandingan Muhammad Nur Fitri dan Mohd Zuhairy terus menyumbang kepada kemenangan pasukan apabila menjaringkan dua gol mendahului AHY Diwana 2-1.


“Perjalanan enam jam ke Kedah dari Bangsar nyata berbaloi apabila kami dinobat juara Karnival Futsal Harian Metro.

“Saya berpuas hati dengan kemenangan anak buah yang sebelum ini tewas di pusingan ketiga Zon Tengah hujung Mac lalu.


“Kemenangan sulung kami bersama Harian Metro ini menjadi pembakar semangat untuk Bangsarianz A melaungkan cabaran bergelar juara mutlak di peringkat Grand Final, Julai ini,” kata pengurus pasukan, Gozal Prasat.

Source: MyMetro

ApaKataHoney: Congrates semua... Korang memang tarbaek!! =D


Wednesday, May 23, 2012

Hijrah

Assalamualaikum... =)

Hijrah....
Nekad dan kuatkan dalam hati...
Inilah masanya...
Bila Hidayah menyapa...
Jangan lepaskan peluang yang ALLAH SWT berikan...
Go get it Nur Hainih...
Go, dont wait..
Ubah diri jadi yang lebih baik...
Moga dipermudahkan segalanya...
Aameennn... =)

ApaKataHoney: Ya Allah berikanlah kekuatan pada hambaMu yang hina ini... 

Tuesday, May 22, 2012

Toyohashi Mosque Donation

Assalamualaikum... =))

The Prophet Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam said: “Who ever builds a Mosque for the love of Allah, Allah will build likewise in Janna[Bukhari and Muslim]


There are approximately 500 Muslims living in Toyohashi area, Aichi Prefecture. They come from: Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Egypt, Marocco, Senegal, Uzbekistan, etc. Realizing the current needs of the glowingly activities of the Islamic community in Toyohashi area and the future needs for the new generation, our small community embarked on a large project to build a permanently representative Masjid. 

Masjid Toyohashi is essentially a first step towards fostering unity and brotherhood amongst Muslims and consequently, a powerful force in our endeavors to unite mankind and insya Allah representing a huge investment heading to the hereafter. 

You can make any amount of donation you can afford by transferring to the bank account: 

MAYBANK ACCOUNT: 1590 1286 3976
(Ahmad Redza bin Ahmad Mokhtar)
Email : redzxza@yahoo.com
Contact No: +6017 321 0679 or  +8180 3668 2607

Please confirm to our committee contact once you have transferred the donation through the bank account. This needed for recapitulating and reporting of the whole donations.

More info : Toyohashi Mosque
                       Toyohashi Muslim Community

Build a Masjid (Mosque) Build a Mansion in Paradise

ApaKataHoney: Moga semua mendapat manfaat hasil sumbangan ikhlas semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas... =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...