Thursday, July 14, 2011

ULTRAS MALAYA BERSALAH!!!

Assalamualaikum... =))

Malaysia vs Arsenal
ULTRAS bersalah kerana memboikot perlawanan Malaysia menentang Arsenal dan kelab yang sewaktu dengannya. Sebab apa??? Baca dulu sampai abis....

ULTRAS bersalah kerana membiarkan stadium senyap tanpa chant-chant padu yang dapat menaikkan semangat player Malaysia. Eh sapa kata stadium senyap??? Bising gila kot??? Yup bising gilaaaa dengan sorakan penyokong ARSENGAL, hebat jugak warga England celup ni. Kagum Honey dibuatnya…..

ULTRAS bersalah kerana membiarkan pasukan gendang tali kecapi jer yang lead da crowd. Dorang macam jadi buntu tanpa ULTRAS. Sebab apa??? Sebab kalo ada ULTRAS boleh la dorang bersaing-saing bermain gendang tali kecapi, sapa yang paling dominan dan sapa yang paling kuat. Rasanya boleh dikira berapa kali jer dorang bermain gendang tali kecapi tadi (tett tett tett tett tett tett tett tett tett tett tetttt…MALAYSIA!!!)

ULTRAS bersalah lagi kerana membiarkan Aidil tersadai di depan gawang tanpa memberi semangat dan sorakan ‘AIDIL ZAFUAN’ seperti yang mereka lakukan semasa perlawanan Malaysia menentang Myanmar di Kota Bharu aritu. Yang kedengaran hanyalah ‘boOooooo’ daripada warga MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU.

ULTRAS bersalah kerana membiarkan curva 1Q and 2Q dipenuhi dengan lautan Merah. Dengan serta merta dan ajaibnya Stadium Nasional Bukit Jalil, MALAYSIA bertukar wajah menjadi Stadium Emirates, ENGLAND. Rugi sapa tak turun, tak dapat rasa kelainanya. Beshhhhh!!!!!

ULTRAS bersalah kerana membuatkan orang luar berfikir bahawa Malaysia sudah tidak ada penyokong yang setia, yang ikhlas dan yang tidak pernah kenal erti penat bersorak dan sentiasa berada di belakang Harimau Malaya. Tapi, yang orang luar tahu Malaysia hanya ada penyokong yang mencaci, memaki dan mentertawakan pemain sendiri saat tidak dapat memberikan apa yang mereka inginkan.

ULTRAS bersalah kerana membiarkan Kunalan berlari ke gawang gol Arsengal tanpa ditemani oleh sorakan padu kamu semua. Yang kedengaran hanya boo00oo panjang dari puluhan ribu yang datang. Arshavin pun pelik dan berkata kepada Muslim “we are in Emirates rite now?? Pity on u Pretty Boy. Where’s your true fans???”

ULTRAS bersalah kerana Malaysia tewas 0-4 dengan Arsengal. Kalau ULTRAS ada mesti player lagi bersemangat kan. So taklah bocor sampai 4 tuh. Hehehehhee… No la juz kiddin’… Semua tu takdir ALLAH s.w.t. Dah tertulis dalam Luh Mahfuz semua benda yang akan berlaku. Kalah menang adat perlawanan. Chill up la fwenz. Walau apapun terjadi, tetap sokong Malaysia sampai bila-bila. Kerana MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU.

Lautan Merah???
(credit to Shazli Shamsuddin Photography)


So di sini sangat terang lagi berspot light bahawa ketiadaan ULTRAS di stadium memberi impak yang sangat besar kepada semua pemain, jurulatih, penyokong dan penonton Malaysia. Tapi....kenapa harus bergantung harap pada ultras??? Seperti tumbuhan Epifit yang menumpang pada pokok untuk mendapatkan cahaya matahari? Bukankah kita semua berada di bawah panji yang sama, JALUR GEMILANG?? Mendukung dan membawa bersama-sama maruah negara tercinta???

Tidak bolehkan kita sebagai penyokong Malaysia bersatu hati memberi sokongan tanpa henti selama 90 minit, yup 90 minit sahaja kepada pasukan kita?? Tidak bolehkah kita sebagai warga Malaysia memberi sorakan padu dan semangat kepada Aidil yang terdampar di gawang lawan, kepada Kunalan dan Matyo yang berusaha menghadiahkan anda semua dengan jaringan gol, kepada Muslim yang cuba menghalang kemaraan lawan dan juga kepada Khairul Fahmi yang berusaha mempertahankan gawang Malaysia??? Mestilah boleh kan. Malaysia boleh!!!

So kesimpulannya, Honey juz nak bagitau, ULTRAS tak bersalah pun. Tak bersalah langsung. Sebab apa. Sebab sepatutnya segala tugas untuk menyokong negara terletak pada semua warga Malaysia Tanah Tumpah Darahku...Bukan pada ULTRAS MALAYA semata-mata...=))

***Nak tau kenapa Ultras Malaya bantah Malaysia lawan kelab EPL??? (click here)


Apa Kata Honey: Sapa rasa diri bersalah angkat mafla…hehe peace… Bersama Selamanya…=))




Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


41 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

terharu aku baca.pandai ko main dgn bahasa..tahniah komrad...

Anonymous said... Reply Comment

perghhhhh aku suka..aku puas baca benda nih.salute dgn ko serikandi ultras!!berani!!!

Anonymous said... Reply Comment

rs lain je ultras takde kat stadium tadi,,
lawan liverpool korang tak turun ke?

Anonymous said... Reply Comment

salute ultras!

Anonymous said... Reply Comment

tak peduli apa orang nak kata...
tak peduli walau bukan juara... !!!

WE DONT CARE !!!

Anonymous said... Reply Comment

tak peduli walau cinta ditolak..kah kah kah

mpoj said... Reply Comment

gile nak nangis baca lu punye cite. terbaik.

Nageb Croomaniac said... Reply Comment

Rileks ler babe.. Friendly jer kot.. Huuuuuu~

Anonymous said... Reply Comment

\O/..S A L U T E..\O/

Anonymous said... Reply Comment

ehem! dh kutuk2, then puji balik.. apa punyer penyokong la..

Anonymous said... Reply Comment

harimau berlari tanpa imbangan badan sebab ekor takdak.

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Anonymous

yup..frenly yang bjaya menjatuhkan maruah negara di seantero dunia...syabas!!

Anonymous said... Reply Comment

aku pun nak nagis baca ni.sedih dgn mentaliti rakyat malaysia :'(

dja said... Reply Comment

nice one honey!!!

Anonymous said... Reply Comment

sgt menarik.tengs honey sbb share....

Anonymous said... Reply Comment

luv admin

Anonymous said... Reply Comment

Terbaek....

Anonymous said... Reply Comment

aku suka komen bro aref.nak share kat sini jgk

"Sejak isu panas ni, tetiba hits UMnet naik mendadak mcm pisang goreng… wakakaka..

Ramai yg mengutuk kononya ultras ni budak-budak sekolah, budak-budak u, mat rempit bagai, mereka tak pula kaji disebalik tabir golongan ini, rata-ratanya profession kerja bagus-bagus.. Cumanya malas nak banyak bunyi je.. Pilot bukan seorang, 5 orang, ada engineer, peguam, doctor, penyarah, cikgu etc…

Dan ada juga golongan yg berumur 30an, 40an dlm ni, bukanlah majoriti tetapi ada juga komuniti mereka, zaman std merdeka semua mereka lalui juga, banyak daripada mereka bekas-bekas dari fans club yg lain juga.. Tak percaya..? sila datang curva kami, lihat muka-muka orang lama dalam curva UM…

Ramai yg cakap kami ni, generasi selepas AFF, apa zaman 2007, 2008 hinggalah menang pingat Emas 2009 ada je kami.. Kenapa HOTFM panggil kami ada slot khas untuk ultras masa zaman 2009, masa hari final tersebut.. Zaman tu adalah zaman sebelum Piala AFF… cuba explain skit…?"

Honey IsyQi said... Reply Comment

owhh ade komen mcm tu ke??mcm panas je kat ultrasmalaya.net ni..nak g tgk sat...

Anonymous said... Reply Comment

admin...aahh komen panas dr otai-otai ssfc tuh..

Anonymous said... Reply Comment

sgt terbaik honey!

Anonymous said... Reply Comment

trbaik honey. . ! xtao nk ckp pe lagy. . huu~
-sue_bleed-

-MiszSpade- said... Reply Comment

Like this!

Anonymous said... Reply Comment

oiiii bat,,,nice plak post mu ni kali,,,tacinkkk i baca,,,,

Anonymous said... Reply Comment

walaupun ak minat cara arsenal
(ARSENGAL? xyah la kutuk mengutuk x elok) main,tp ak still pakai baju malaysia,.ini Bukit Jalil sedar la sikit,respect the ground,tp kebanyakan chinese yg pakai bju merah,dorg ni mmg x syg team malaysia sbb xde chinese kot.

Staff said... Reply Comment

Terbaiklah!

Ghab Van Hal said... Reply Comment

wahaha..sindiran yang superb..

EG said... Reply Comment

terbaik la! setuju sangat2 bab penyokong Malaysia tak sokong pasukan negara sendiri.

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Adam Roslan

Thanks...byk view from ur blog...=))

Honey IsyQi said... Reply Comment

@ghab van hal

sindiran secara baik...hehe

Honey IsyQi said... Reply Comment

@EG

boleh je ubah mentaliti dorang..kena slow2 la...media kena amek peranan jgk..=)

Anonymous said... Reply Comment

rasenye xptt nk salahkn ultras malaysia..
slhkan pyokong kite sndri..
dlm berpuluh2 ribu penyokong EPL..
boleh dkira berapa ramai pnyokong malaysia.
KALO SOKONG MALAYSIA..KENAPA SETIAP KALI LAWAN DGN KELAB2 EPL PENUH DGN JERSEY KELAB MEREKA??

Anonymous said... Reply Comment

sokong2..xpyh la nk salahkn ultras malaya..
setiap kali MALAYSIA lwn ULTRAS TETAP ADA..
kecuali dgn kelab EPL SAHAJA..
KENAPA?? SEBAB PNYOKONG ULTRAS DA TAW..W/PN MAIN KT STADIUM DI MALAYSIA..TP HAMPIR KESELURUHAN PENYOKONG AKN PAKAI BAJU KELAB EPL..
SEKIAN..TERIMA KASIH.

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Anonymous

kalau baca artikel ni betul2..u all akan paham sama ada honey salahkan ultras betul2 atau x..
artikel ni menggunakan unsur2 sastera, so xde la direct to da point...
sila baca dan pahami...sekian..

Anonymous said... Reply Comment

terharu

Anonymous said... Reply Comment

very nice isyqi!! -hairul shah-

Anonymous said... Reply Comment

like1000000000x

Anonymous said... Reply Comment

aku p stadium jgk time ni..mn da boo player malaysia pn..yg kne boo benayoun ja..aku fan arsenal tp aku still pakai bj malaysia..aku sokong arsenal tp bl arsenal score aku sedih..sbb malaysia tanah tumpah darahku..dan aku rasa suma org cm2..xkisahla sokong team EPL mn pn n aku sure fan ttp sokong MALAYSIA..

Anonymous said... Reply Comment

aku pun dtg jugak...mabe kat tmpt ko dorang boo player epl, tp tempat aku dorang memang boo player malaysia..jenis tak sedar diri lahir kat bumi malaya tp nak boo bangsa sendiri...phuiiii

Anonymous said... Reply Comment

Ramai org malaysia asyik nak condemn team malaysia tp bila msia mng,bersepah kau tgk org pkai baju msia!ultras malaya ni satu brotherhood,satu kumpulan yg amatamatamat mencintai tanah air mereka.players smgt kalau dgr dorg chant.bkn dgr airhorn memekak mcm cibai.org ramai,buang airhorn,serapkan smgt patriotisme dan sokonglah harimau malaya,klh atau menang.buang sentimen kenegerian,peace.

Anonymous said... Reply Comment

SINGAPURA ITU ANJING !!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters