Friday, July 15, 2011

Persiapan Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum... =))

Sekarang ni boleh dikatakan kebanyakan umat manusia membusykan diri mereka untuk amek tau hal-hal futbol, datang stadium tengok futbol, sokong pemain futbol, update di facebook pasal futbol dan macam-macam lagi yang berkaitan futbol. Honey pun tak ketinggalan jugak. Tak pernah miss pergi tengok game Malaysia, dalam dan luar Negara(Singapore je yang mampu). Aritu dah tengok Arsenal, sabtu ni Liverpool lak, next week nak pegi Singapore lagi. Memang padat jadual Honey. Huhuhuhuu… Tapi dalam ke’busy’an ni, jangan kita lupa benda yang paling penting. Lagi penting dari perlawanan Malaysia menentang Singapore, iaitu persiapan diri untuk menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh berkat.


Alhamdulillah sekarang kita berada di pertengahan bulan Syaaban. Bulan terbiyah yang kedua selepas bulan Rejab. Bulan tarbiyah yang sedetik sebelum tibanya madrasah Ramadhan. InsyaAllah. Jadi bagaimana persiapan kita setakat ini? Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihnnya haruslah disambut dengan penuh ta’zim (membesarkan). Jadi Honey nak share apa yang boleh kita buat sebelum menjelang Ramadhan:
  • Banyakkan berpuasa dalam bulan Sya’ban
  • Mengulangkaji ilmu tentang puasa
  • Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w tentang fadhilat puasa dan bulan Ramadhan
  • Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan


Hahhhh mesti dah semangat dan tak sabar tunggu bulan Ramadhan kan. So kalo rajin teruskan baca ni, explain dengan lebih detail. Actually, persiapan yang boleh dibuat merangkumi persiapan fizikal, mental dan rohani.


PERSIAPAN FIZIKAL: Persiapan fizikal ni melatih diri berpuasa. Ala macam kita kena warming up or stretching first before main bola. Ini memastikan kita ready dan biasa dengan keadaan berpuasa nanti. Tahan lapar dan dahaga, then banyak mengerjakan amal soleh. And u know what, puasa pada bulan Rejab (dah lepas pun) dan Sya’aban tidak sama pahalanya seperti bulan-bulan lain. Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Sya’aban. Pastuh, kita kenalah jaga kesihatan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan mampu berpuasa dengan sempurna. Rugi tau kalo sakit time bulan Ramadhan (kalau sakit jugak anggaplah ia satu ujian dari Allah), sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Dahlah bulan lain tak banyak amalan kita kan. Huhuhuuu… Malang sungguh bcoz bulan yang digandakan pahala ni jugak kita sakit (hopefully semua dalam keadaan sihat dan sentosa la nanti… AMIN)

PERSIAPAN MENTAL: Persiapan mental atau akal means we are ready with all knowledge. Most of all, puasa tapi still ragu-ragu time berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tak tau apa ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Lebih teruk lagi, ada yang membuat persiapan dengan membeli DVD Korea, download macam-macam muvi so taklah rasa bosan sementara tunggu nak ngapp makanan, bukak puasa. Bukankah lebih baik kalau waktu diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Ari ni ramai penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan Islam tertentu. So better kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadhan. Ini amat berguna untuk wanita-wanita yang uzur (datang bulan..hehe), so taklah terasa rugi kan bcoz still dapat melakukan ibadah. So hal ni bukan saja dapat isi masa terluang, manfaat ilmu dan pahala jugak akan diperoleh. InsyaAllah.

PERSIAPAN ROHANI: Persiapan Rohani adalah mendidik nafsu kita. Try latih diri start bangun awal so dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tapi ia juga suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit so sempat tu berqiamulail atleast solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Pastuh, giatkan lagi pembacaan Al-Quran so lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Kalau boleh buat satu checklist harian so kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia nanti.

Akhir sekali, da most important thing is ISTIQAMAH. Tak kira la Ramadhan atau bukan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadhan bukanlah bulan penuh adat tetapi Ibadah! So tanam dalam hati untuk terus istiqamah dan tetapkan nawaitu untuk mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT.

Nampak macam susah je kan. InsyaAllah kalau selalu buat, mesti boleh punya. Malaysia boleh, rakyat pun boleh, khalifahtullah lagi lah boleh. Hehehehe… Di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Di mana ada kebaikan, di situ ada berkatnya. Dalam hati bukan saja harus ada taman, tapi mesti ada IMAN. (^_^)

Jom sahabat-sahabat sekalian, sama-sama kita muhasabah diri sempena Ramadhan yang bakal tiba. Lets say, MARHABAN YA RAMADHAN AL MUBARAK

More Info can refer : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil and here



Let's presenting us the best to raise the best in ours in enhancing ibadah and nurturing our iman. Allahu Akbar!


Apa Kata Honey: Puasa lepas dah ganti belom??? Hehehee peace =))




Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


8 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

thanks admin for info

Anonymous said... Reply Comment

insaf aku.pasnih tanak tgk bola r...heee

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Anonymous

hahahaa...game penting kot lepas ni...singapore2x

Anonymous said... Reply Comment

saya suke blog akak sbb sgt funky dan cute mcm org dia jgk. akak comel suke...

Anonymous said... Reply Comment

alhamdulillah

Anonymous said... Reply Comment

hahaha ku suka yang nih >>> Di mana ada kebaikan, di situ ada berkatnya. Dalam hati bukan saja harus ada taman, tapi mesti ada IMAN. (^_^)

SangKunang said... Reply Comment

bagus.. baguss... bermanfaat..
=)

Anonymous said... Reply Comment

entry yg sgt bagus..mohon share awk ::)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters