Tuesday, July 12, 2011

BERSIH 2.0 - Di Luar Negara

Malas nak cakap banyak-banyak, buang masa dan tenaga. Tadi dah post pasal 8 Tuntutan Bersih (CLICK HERE), sekarang juz nak share pictures BERSIH 2.0 di luar negara. Jom baca sket and usha la gambo-gambo yang u all dah tengok berkali-kali...hahahahaaa peace...=p

Ketika polis mengawal ketat Kuala Lumpur, rakyat Malaysia di seluruh dunia mengadakan perhimpunan masing-masing menyokong tuntutan BERSIH untuk pilihan raya yang bebas dan adil. Perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya.
 Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Squaremencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter. Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 30 orang membawa plakad menyokong pilihan raya bebas dan adil serta menyanyikan lagu 'Negara Ku'. Menjelang tengah hari, semakin ramai menyertai perhimpunan tersebut, dengan topeng Ambiga diedarkan untuk dipakai oleh para peserta. "Topeng Ambiga kini diedarkan, kita semua Ambiga!" tulis satu tweet.
 Semasa di Perth, Australia, 150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang.
 Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut.
 Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.
 Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.
 Bersih Korea - "Kami menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Bebaskan semua tahanan," laung peserta perhimpunan itu di persimpangan Gwanghwamun di tengah-tengah bandaraya Seoul. Memakai baju-T kuning, mereka - kebanyakannya pelajar Malaysia dan pekerja yang tinggal di ibu negara Korea Selatan itu - membawa kain rentang dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

1) AUSTRALIA


Adeleoide, Australia
Melbourne, Australia
Melbourne, Australia
Perth, Australia
Canbera, Australia

2) HONG KONG










3) NEW ZEALAND








4) TAIWAN






5) JAPAN



6) FRANCE



7) CANADA



8) NEW YORK



9) ENGLAND

London, England

10) SWISS

Geneva, Swiss

11) KOREA

Seoul, Korea

12) MESIR

Kaherah, Mesir

Credits kepada sesiapa sahaja empunya gambars ni. Jasa anda semua dikenang. Thanks yerrr...


Apa Kata Honey: Buat himpunan luar Negara dan biar orang sana tau keadaan politik Malaysia macam mana. Terbaekkkk!!! 





Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


3 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

woww thanks honey isyqi..banyk info dan gambar menarik.

Anonymous said... Reply Comment

stupid...

TopiJerami90 said... Reply Comment

owh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters