This is an example of a HTML caption with a link.
Showing posts with label North Borneo Ultras. Show all posts
Showing posts with label North Borneo Ultras. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Honey & Football in 2011

Assalamualaikum... =))

Entry kali ni nak kira berapa kali Hani tengok bola kat stadium sepanjang tahun 2011. Saja je nak audit diri sendiri, tengok kegilaan diri sendiri demi menyokong pasukan Malaysia, Sabah dan negeri-negeri lain. Cewahhhh.....
Tiket bola Hani untuk 2011
Pengiraan dikira based on ascending month. Penilaian berdasarkan jumlah folder dalam album bola 2011 dan juga yang tertulis on my corporate diary 2011...aisehhh maca serius je bunyi..hahaha

Honey & Football in 2011:

1) Super League - N. Sembilan vs HM A (STAR of Paroi)
2) Super League - HM A vs Pahang (SSA)
3) Friendly - Malaysia vs Hong Kong (SSA)
4) Olympic Qualifier - Malaysia vs Pakistan (SSA)
5) Super League - Selangor vs Kedah (SSA)
6) FA Cup - Selangor vs Johor (SSA)
7) Friendly - Etoile FC vs Malaysia (Jalan Besar Stadium, Singapore)
8) Super League - Kedah vs KL (KLFA)
9) Super League - KL vs Sabah (KLFA)
10) Super League - N. Sembilan vs Kedah (STAR of Paroi)
11) Super League - Selangor vs Perak (SSA)
12) Super League - Selangor vs Sabah (SSA)
13) Super League - HM A vs Kedah (SSA)
14) Super League - HM A vs N. Sembilan (SSA)
15) Super League - Perak vs Kedah (Perak Stadium, Ipoh)
16) Super League - Sabah vs N. Sembilan (Likas Stadium, Sabah)
18) Super League - Felda vs Kelantan (KLFA)
19) Tak tau la - UITM vs MBJB (UITM Stadium)
20) Super League - HM A vs Sabah (Selayang Stadium)
21) Super League - Selangor vs N. Sembilan (SSA)
22) Super League - Felda vs Kedah (KLFA)
23) FA Cup - Kelantan vs Terengganu (SNBJ)
25) Olympic Qualifier - Malaysia vs Lebanon (SNBJ)
26) World Cup Qualifier - Malaysia vs Taiwan (SNBJ)
27) Liga IPT - UITM vs KKK (UITM Stadium)
28) EPL Friendly - Malaysia vs Arsenal (SNBJ)
29) EPL Friendly - Malaysia vs Liverpool (SNBJ)
30) EPL Friendly - Malaysia vs Chelsea (SNBJ)
32) World Cup Qualifier - Malaysia vs Singapore (SNBJ)
33) Malaysia Cup - Perak vs Sabah (Perak Stadium, Ipoh)
34) Malaysia Cup - Kedah vs Sabah (Darul Aman Stadium, Kedah)
35) Friendly - Malaysia vs Nepal (MBPJ)
36) Malaysia Cup - Selangor vs Terengganu (SSA)
37) Malaysia Cup - N. Sembilan vs Ganu (SSA)
38) Friendly - Malaysia vs Laos (SSA)
39) Olympic Qualifier - Malaysia vs Syria (SNBJ)
40) Olympic Qualifier - Malaysia vs Bahrain (SNBJ)

Hahhhh amekkkkk!!! 40 kali tengok bola kat stadium untuk tahun 2011 jer (Maybe ada lagi yang tertinggal, tak sempat nak listkan). Dan nak highlightkan kat sini benda yang agak best:

- 1st time Ultras Malaya awaydays kat Singapore, lawan Etoile FC.
- 1st time Ultras Malaya pijak kaki kat Stadium Sultan Muhamad IV, Kelate. Memang terbaek!!
- 1st time Hani tengok bola sorang2 kat SNBJ, time Malaysia lawan Liverpool.
- 1st time Hani pijakkan kaki ke stadium Likas...Nama jak orang Sabah tapi nda pernah pigi stadium Likas...Hahahaha.. Before ni pernah lalu jak la, nda masuk pun...
1st Awayday Ultras Malaya to Singapore (Malaysia vs Etoile FC)
Time ni sokong Klate...hehe
Ni sokong Kedah lak... =p
Walaupun sokong negeri lain, tapi Sabah Tanah Airku tetap diberi keutamaan!!!

North Borneo Ultras 1st debut... 5.04.2011
Kalau korang tengok list tu, bermacam-macam negeri kan yang Hani sokong. Sampai ke Perak Stadium sebab nak sokong negeri Kedah. hahaha kelakar la jugak... Tapi itu dulu la.. Sekarang hani dah nak kurangkan kekerapan ke stadium. Sebab apa?? Ble baca Entry nih --> Honey & Football in 2012.

Dannnnn.... walaupun ada segelintir pihak yang memboikot perlawanan EPL, tapi Hani still pegi jugak. Pegi ketiga-tiga game tau tak...memang gilossss ==> (Experience at Emirates, Anfield and Stamford Bridge Stadium)

Game Malaysia vs Arsenal memang tak plan pun. Balik ofis, tetiba jer mr. Lee Hong Yee ni call, ajak g stadium... Kebetulan takde benda nak buat, so Hani follow je la... Time g stadium Hani sorang je Malay, 2 orang chinese and sorang Korean.. Wowoww K-Pop... hehehee.. Btw thanks mr. Lee sebab blanje tiket..hehe
Malaysia vs Arsenal
Paling depan tu Korean Guy.. Handsome isn't??! =p
Malaysia vs Liverpool ni special sket, sebab Hani masuk stadium sorang-sorang jer, gambar kat bawah ni suh orang tak dikenali amekkan. Atleast ada la jugak kenangan masuk Anfield stadium...hohohoo... Tapi Hani just tengok 1st half jer, pastuh balik...sebab apa? sila baca nih ==> (Honey at Anfield Stadium)
Malaysia vs Liverpool
Malaysia vs Chelsea pun plan last minute gak. Datang stadium without ticket. Kitorang pusing satu stadium tau nak cari ticket, last-last dapat gak dari Ms. Ulat..dia jual murah okeh.. RM50 jer rather than RM 58.. Jimat RM8, boleh beli beger keras.... =p
Malaysia vs Chelsea
Itu je la yang Hani nak share... Apapun, pengalaman tengok bola kat stadium memang best! Terbaek! Sesiapa yang tak pernah pergi stadium, try la pegi atleast sekali seumur hidup....dan...try bakar flare (kalau masuk lokap jangan salahkan Hani yer...) hihii k babaiii....
Super League - Felda vs Sabah
ApaKataHoney: Malaysia Boleh!! Aisehhh apa kaitan.. =p



Sunday, December 23, 2012

Honey & Footbal in 2012

Assalamualaikum... =))

Dah nak sampai penghujung tahun 2012, bola pun dah abeh, I mean untuk Liga Malaysia la. AFF 2012 pun dah berakhir semalam dan Singapore berjaya merampas trophy yang dimenangi Malaysia pada tahun 2010. Takpe rezeki dorang walaupun Thailand main lagi hebat. kan3x...

Bila cakap pasal bola, pasti orang terpikir lelaki jer yang minat. Golongan wanita hanyalah minoriti, isn't? Tapi semua tu tak betul pun. Try p stadium dan tengok betapa ramai wanita (betul-betul nak tengok bola or ikut bf/hubby or kena paksa or saja nak melawa). Part yang nak melawa ni kelakar la jugak, bcoz kalau korang p stadium, pasti akan tengok golongan wanita yang macam nak g annual dinner, bersolek bukan main... hahahaa funny...

Ok dah abis mukadimah. Tujuan entry ni just nak kira berapa kali Hani g stadium sepanjang tahun 2012. Sebab nak audit diri sendiri samada berjaya mencapai azam 2012 (Kurangkan tengok bola kat Stadium).

Pengiraan dikira based on ascending month. Penilaian berdasarkan jumlah folder dalam album bola 2012 dan juga yang tertulis on my corporate diary...aisehhh maca serius je bunyi..hahaha

Honey & Football in 2012:

1)   Piala Sumbangsih - Negeri Sembilan vs Kelantan (SNBJ)
2)   FA Cup - PKNS vs Sabah (MBPJ Stadium)
3)   Olympic Qualifier - Malaysia vs Japan (SNBJ)
4)   FA Cup - Sime Darby vs Sabah (Selayang Stadium)
5)   Friendly - Negeri Sembilan vs Persebaya (STAR, Paroi)
6)   Super League - Negeri Sembilan vs Sabah ( STAR, Paroi)
7)   EPL Masters - Malaysia, Man Utd..etc.. (Melawati Stadium)
8)   Friendly - Malaysia vs Sri Lanka (SSA)
9)   Friendly - Malaysia vs Philipine (SSA)
10) Friendly - Malaysia vs Singapore (SSA)
11) Super League (Playoff..haha) - Sabah vs Kedah (Hang Jebat Stadium)
12) EPL Friendly - Malaysia vs Man. City (SNBJ)
13) Malaysia Cup - Selangor vs Pahang (SSA)
14) Malaysia Cup - Kelantan vs ATM (SSA)
15) AFF Suzuki - Malaysia vs Laos (SNBJ)
16) AFF Suzuki - Malaysia vs Indonesia (SNBJ)
17) AFF Suzuki - Malaysia vs Thailand (SNBJ)

Hahhhh.. 17 kali jer pegi stadium sepanjang tahun 2012?? (ini yang Hani ingatla..ada lagi kot yang tertinggal).. Nampaknya tercapai jugak azam nak kurangkan pijak stadium untuk tahun 2012. Yeayyy..clappppp3x...congrates myself!!

Untuk 2011? Tengok gambar bawah ni, dan boleh tau berapa kali Hani pegi stadium, tak pon baca entry ni --> Honey & Football in 2011
Tiket Bola oh Bola untuk tahun 2011
p/s: Tiket AFF 2010 hiasan jer..abaikan..
Untuk tahun 2013, Hani akan kurangkan lagi untuk pijak kaki ke stadium. Kalau boleh setahun tu pegi sekali jer, atau tak p langsung..hahahaa... Azam 2013 la..konon2 la.. Moga terus diberi kekuatan untuk laksanakan azam tu... Insya Allah...

Apapun, tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan dan pengalaman untuk Hani...

Football and Stadium.... di sini dapat merasakan pelbagai perasaan.....gembira, sedih, sayu, geram, bangga terhadap negara dan negeri yang dicintai. Dan paling penting nilai persahabatan serta kerjasama yang terjalin antara semua ketika menyokong dalam satu pasukan. Thanks kawan-kawan especially ULTRAS MALAYA, korang dah makin glamer tau..haha.. moga terus maju jaya, ohsem, crazeeee dan memenuhi seluruh stadium satu masa nanti!!!
(teringat pengalaman 1st awayday kat Singapore last year, ada beberapa kerat jer, sekarang dah makin ramai...terbaek!!!!).
Ultras Malaya 1st Awayday, Singapore!!!
Ultras Malaya!!!
credit: Sue Tarmizi
Dan thanks jugak untuk brader-brader North Borneo Ultras.. rekrut lagi ramai sumandak bah.. so nda la bosan curva kamu tu..hahahaa =p
North Borneo Ultras. Dulu dan Kini
Ucapan untuk Ultras Malaya: Moga Maju Jaya!!!
Ucapan untuk North Borneo Ultras: kipidapppp!! Sumandak aaa... Jangan lupa!!
Ucapan untuk Sabah: Moga berjaya ke Super League 2014!!!
Ucapan untuk Harimau Malaya: Moga berjaya ke Piala Dunia..hohohooooo

ApaKataHoney: Thanks semua, Insya Allah..satu masa nanti, kalau ada jodoh jumpa lagi di stadium!!! =D



Monday, April 9, 2012

North Borneo Ultras | Police at STAR of Paroi

Assalamualaikum... =))

7 April 2012 : Negeri Sembilan lawan SABAH at Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Result semua orang dah tau kan. Seri 2 sama. Ok la tu dapat bawak balik 1point, teda rezeki untuk Sabah mau menang away game ni... Syukur la... =)

Actually taknak story la pasal game tu, yang Honey mau highlight kat sini adalah penahanan seorang comrade North Borneo Ultras, oleh siapa? Oleh pihak polis. Sebab apa? Kesalahan yang biasa, korang suma pun dah tau sebab apa kan. So malas la mau explain banyak-banyak, u all can click here.

Kitorang sampai time game dah start, lambat sket bcoz singgah R n R Seremban dulu untuk Solat Maghrib + sesat sket cari jalan nak pegi stadium.hihihi... 
North Borneo Ultras at STAR of PAROI
Btw wanna say thanks la kepada saudara-saudara dari Ultras Nogori 9 sebab melayan kami dengan baek sepanjang berada di STAR of Paroi. And also my special appreciation to bro Black Commando from UN9. Salam 1 jiwa dari NBU... =)
UN9 dan NBU outside STAR
(credit pic : Black Commando)
North Borneo Ultras <-- Wikipedia
North Borneo Ultras <-- Official Facebook
Apa Kata Honey: Congrats all NBU comrades, untuk komitmen korang. Salute!!! 




Saturday, August 6, 2011

Piala Malaysia 2011 - North Borneo Ultras

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan... =))


Kumpulan A : Kedah, Perak, SABAH, Johor

Kumpulan B : Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS FC, Sime Darby

Kumpulan C : Kelantan, Johor FC, Felda United FC, Serawak

Kumpulan D : Selangor, T-Team, Kuala Lumpur, PDRM


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) menunjukkan isyarat bagus,
selepas majlis undian Piala Malaysia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Itulah dia hasil undian semalam (after waiting almost 1 hour for da 'ceramah hari bersama pemimpin' at Bukit Jalil stadium). Honey taknak cakap pasal 4 team terkuat tu (Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah), tapi nak buat analisis sket bout my beloved Sabah Tanah Airku.

Time undian semalam memang Honey berharap sangat dapat Team A (Kedah, Perak dan Johor). Yela, pencapaian Sabah untuk Liga Super baru-baru ni agak ok la jugak dengan Kedah dan Perak (Johor Liga Perdana)

Piala Malaysia 2011, rekod pertemuan dlm tahun ini :
12 Feb : Sabah 1 - 0 Kedah (Jaringan Farid Ideris)
9 Apr : Sabah 2 - 1 Perak (Zuraindey & Leopold penamat game tanpa kalah Perak)
3 May : Kedah 1 - 1 Sabah (Farid Ideris)
19 May : Perak 1 - 1 Sabah (Free Kick min ke 93 oleh Adek Rozaimi),
Tiada pertemuan antara Sabah dgn Johor utk kempen thn ini...Johor layak sebagai pasukan tangga ke 4 Liga Perdana... [Sabahawks Fan Club]

So kalau atas kertas Sabah boleh muncul juara untuk Kumpulan A (hehehhe konon-konon la), dengan syarat semua pemain tingkatkan prestasi yang sebelum ini. InsyaAllah boleh, bola itu bulat (memang la bulat, kalau segi empat camna mau main?? haha).

Actually Honey ada masalah sket untuk tengok live di stadium. Yalaaaa jauh kot, Kedah, Perak dan Johor. Kalau Klang area ok la sket. Paling dekat pun pegi Ipoh je la. Dengan syarat, game during weekend, kalau time keje nanti jadi macam game Perak vs Kedah baru-baru ni, Honey sampai Stadium Ipoh 5 minit b4 wisel penamat ditiup...... Adoiiiii.... Tapi tu suma tak penting, wat i know, SABAH JUARA PIALA MALAYSIA 2011.....hehehehee peace.....=p

Bukan pasukan negeri jer nak lawan, Ultras setiap negeri pun sama... 

Canaries Knight Ultras dan Silver State Ultras, salam pertempuran dari kami North Borneo Ultras -Admin-


Apa Kata Honey: Sapa kata Sabah nda ble juara?? Bulih bah kan....=))





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters