Hari ni (13/7/2011) terkeluarlah satu artikel dalam Sinar Harian mengenai kami yang tidak akan ke stadium bagi perlawanan Malaysia menentang tiga kelab EPL (HERE)
Mungkin ramai yang bertanya; “kata Ekor Harimau Malaya, kenapa match ni tak datang sokong?” Dan yang kurang ajarnya, ada puak-puak yang mengambil kesempatan memfitnah mengatakan bahawa kami memboikot perlawanan ini kerana permintan kami untuk tiket percuma bagi perlawanan dengan Arsenal telah ditolak, konon-kononnya sumber dari Pro Events. Ada juga yang mengatakan kami memboikotnya kerana FAM tidak memberi kuota tiket perlawanan Singapura menentang Malaysia kepada kami seperti yang ditulis di SINI.
Bukan main biadap lagi mulut kauorang ye. Jadi di sini kami terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai situasi sebenar mengenai boikot kami ini.
Pertama sekali, kami melakukan boikot ini terhadap FAM, bukannya terhadap pasukan dan pemain sendiri. Kami sayangkan individu-individu yang berhempas pulas 90 minit ini bagi mendapatkan kemenangan untuk rakyat Malaysia yang masih ada lebih mementingkan pasukan asing yang berada beribu batu jauhnya dan tiada kaitan langsung dengan mereka. Untuk keterangan panjang lebar, anda boleh dapatkan di SINI, walaupun page fb ini bukannya kami yang miliki.
Dipendekkan cerita, perlawanan-perlawanan ini hanya dilakukan bagi mendapatkan untung kepada sesetengah pihak dalam FAM yang tidak pedulikan pemain-pemain yang bakal menempuhi perlawanan yang jauh lebih penting 23hb ini. Kependekakalan FAM yang kadang-kadang nampak tidak berminat menjalankan tugas hakiki mereka tetapi begitu tangkas sekali dalam hal-hal berkenaan wang harus dihentikan, dan kami bertekad menjalankannya melalui cara memboikot perlawanan ini. Kalau dibuat cara lain, takutnya jalanan KL akan ditutup sekali lagi hahahah. Cuba anda baca mengenai sistem mata kedudukan FIFA dan cari sama ada perlawanan-perlawanan dengan kelab EPL ini ada memberi apa-apa mata kedudukan. Yang kami nampak, lebih banyak buruk dari baiknya. Namun begitu kepada pemain-pemain, jurulatih Dato K (bukan yang tu, yang satu lagi) Fouzi Mokhlas dan Dato Subahan, percayalah bahawa kami tetap teguh di belakang anda. Kami percaya anda akan melakukan yang terbaik, terutamanya menentang Arsenal yang bukan main yakin sehinggakan Arsene Wenger mengakui bahawa mereka tidak mengkaji terlebih dahulu permainan skuad Harimau Malaya. Cuma kami tak sanggup anda semua dikudakan oleh golongan kapitalis-kapitalis monarki ini sehingga penat saban tahun sedangkan tahap bolasepak negara masih buruk.
Seterusnya berkenaan kami ada meminta tiket percuma. Polisi kami Ultras Malaya adalah kami tidak pernah mengharapkan dan meminta ehsan siapa-siapa dalam menjalankan kegiatan sokongan kami. Bolasepak tak boleh berjalan secara MARA. Kalau ada yang menawarkan bantuan, kami akan menerima JIKA tiada apa-apa syarat yang diberikan dan akan kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Silap haribulan, kalau ada syarat pun, kami akan ambil tawaran DAN langgar perjanjian sambil bergelak ketawa. Mungkin ada pihak yang telah mula menggunakan nama baik kami bagi mendapatkan keuntungan sendiri? Kami tak mahu spekulasi. Jadi tidak timbul isu kami boikot kerana permintaan tiket kami ditolak. Kami ada maruah, dan sayangkan bendera Malaysia, tak seperti mereka-mereka yang tak segan silu menerima bayaran untuk bergendang untuk skuad Iran semasa Piala Asia 2007. Kehkehkeh.
Dan yang paling penting di sini, kami tidak menjalankan boikot ini disebabkan tidak mendapat kuota tiket ke Singapura. Kalau anda ingat, pengumuman mengenai pengagihan kuota tiket ini dilakukan hujung minggu lepas, sedangkan kami telah memutuskannya sebelum pengesahan pasukan EPL diumumkan lagi, hampir dua atau tiga bulan sebelum ini. Kalau anda baca artikel kami yang terdahulu di laman web ini, anda boleh dapati bahawa kami sudahpun pasti dengan boikot ini sejak azali lagi. Jadi, macam mana yang dikatakan kami boikot kerana tidak mendapat tiket perlawanan di Singapura? Cuma Sinar Harian yang baru mahu memberi perhatian mengenai boikot ini pada hari ini. Jadi kalau nak fitnah pun, biar la cerdik sikit cara fitnah tu. Sebaliknya kau tu yang “nampok benor nipunye”.
Di sini juga ingin kami jelaskan bahawa walaupun kami tidak berada di stadium untuk perlawanan sarkas ini, kami tidak menegah siapa-siapa ataupun mana-mana komrad kami yang masih berminat menghadirinya secara individu. Ini negara bebas, cuma demonstrasi saja yang tak boleh. Bagus jugak ada ramai penyokong Malaysia di dalam stadium, dan bukannya rakyat Malaysia berkad-pengenalan England. Cuma jangan dibawa identiti Ultras Malaya itu.
Akhir sekali, kami ingin memberi salam jari tengah kepada mereka-mereka yang bertungkus-lumus menyebarkan fitnah terhadap kami secara sengaja ataupun tidak. Ya, kami tau siapa anda. Asyik-asyik orang yang sama. Namun kami tak ambil pusing tohmahan ini kerana kami anggap anda ini sampah yang tak berbaloi pun untuk kami buang air liur untuk bertekak. Cuma kami terpanggil mempertahankan diri kami kerana fitnah anda itu, kalau tak diketahui hujung pangkalnya, akan nampak macam betul oleh penyokong-penyokong lain. Jadi, tahniah dari segi kejayaan memfitnah? Tapi kami percaya yang orang memfitnah dan mengutuk disebabkan mereka tak boleh buat sehebat, sebagus dan SEIKHLAS yang kami buat. Dan kami juga anggap fitnah mereka sebagai raungan terakhir haiwan yang nyawa-nyawa ikan hampir mati di dalam longkangan. Kami hanya tunggu dan lihat maut anda dari tepi, sambil makan kuaci.
SEKIAN
Ni komen-komen mereka yang peka dengan ultras. Bagus gak, ade pengkritik tetap ni....
Aikkkk ramai pulak yang bising-bising Ultras tak turun EPLs game. Time Ultras turun game Malaysia lawan Etoile FC kat Singapore aritu takde pulak orang kecoh-kecoh. Rasa macam artis pulak, masuk paper then dapat liputan media jer. Seb baik wartawan melodi tak datang intebiu sorang-sorang. Dah-dah la ‘gosip-gosip’ liar ni weeiiii. Hahahahahaa.
Budak-budak Ultras takde dwet beli tiket EPLs??? Ni lagi lawak. Stakat pegi stadium setahun skali (Malaysia vs EPLs), dah nak kecoh. Apalah sangat RM 58 tu, eh RM 58 ni murah, nak tiket lagi mahal iaitu RM 388(yang bising-bising suma tu tahap vip, so beli grand stand tiket) kalo compare dengan dwet ultras yang pegi most of the match negeri and Malaysia. Tengok tu, Honey dah start ungkit pasal duit. Tapi takpa, nak ungkit gak. Hahaha… Kalau tambah semua dwet kuar untuk tickets and expenses lain, dah boleh beli 100 10 keping EPLs vip tiket tawwwww. U ols ingat adewww owang sponsor kewww??? Tak shukeeewww leww owang kutuk-kutuk nih...
Akhir kata dari Honey, selamat menyaksikan persembahan menarik dari Arsengal, Libepul and Chelsi tu. Jangan rindukan Ultras tau. Jumpa kat Singapore (kalau u all datang la) 23 ni and kat SNBJ 28 nanti. Majulah Sukan Untuk Negara
Syabas Ultras! Kemenangan Malaysia adalah kemenangan anda juga – Buletin FAM
Apa Kata Honey: Tak perlu kata apa-apa. Click ultrasmalaya.net
11 Responses So Far:
"Asyik-asyik orang yang sama. Namun kami tak ambil pusing tohmahan ini kerana kami anggap anda ini sampah yang tak berbaloi pun untuk kami buang air liur untuk bertekak. Cuma kami terpanggil mempertahankan diri kami kerana fitnah anda itu" - aku suke yang ni.terasa pedas dan membara..ekekekeee
nampak muka ayu jer tapi lantang brbicara..minat bola pulak tuh perghhhh...b
bodoh sial bangsat yang kmen komen kat ats tu! lain kali ko tak payah tutup nama derang.,..boleh aku hentam kawkaw
dengki sbb depa tgk ultras makin dikenali..
ramainyer anonymous...kalo u all letak nama kat tepi kan bgs..btw thanks for feedback...=))
aku peminat setia awk...kehkehhhh -MT-
aku pun minat awek comel ni..;)
-tanpa nama-
komen yg positive dr ultrasmalaya.net...
xpe ultras malaya..org yg ikut n sokong korang tau hal yg sebnrnya coz aku tau korang boikot dr awl bln 6 lagi..rasanya sblm tu lagi korang dah ckp boikot rasanya..aku tau gak korang tetap dtg sokong tean M’sia cuma xbw nama ultras je la kerna TANAH TUMPAHNYA DARAHKU…memang da positifnya kalo lwn pasukan yg kuat tp kelayakan piala dunia lbh pntg…tinggal bape hari lagi je nak lwn singapura..xkan nak suh pemain cedera pd masa2 penting ni..pe2 pun pemain2 M’sia lbh hargai ultras kerna mrka tau sape korang
Fuck SSFC! oh dan SFC juga!
@Anonymous
Harimau Malaya XI akan cari ultras nnt...xpe2...lwn kat singapore nnt wajib datang!!!!Tiket jer xde..='(
gile panas beb bace komen2 haters ni..
rase kalau terjumpe mau je aku lempang sekor2 hawau tersebut..
tapi takpe..mereka yang lakhanat bagaikan anjing menyalak bukit..bukit takkan bergoyang walaupun satu nanometer pun..
blog yang bagus komrad..kekalkan rentak serikandi mu..SELAMANYA HARIMAU MALAYA!
Post a Comment