Saturday, July 30, 2011

Lelaki di Malaysia Lebih Ramai Dari Perempuan!!

Assalamualaikum... =))

Ngeh3x... Tak pecaya ker wahai kaum Adam sekalian? Jom baca nih... =p


Jumlah Lelaki Lebih Ramai

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.
Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 di sini, semalam.
Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).
Source: BeritaHarian
SEKIAN


Hihihihiiiiii... So wanita dah makin banyak pilihan la ek?? Kalau macam ni makin bertambah la pulak andartu, yelaaa sebab nak memilih sangat, lelaki kan lagi ramai dari wanita. Heheheh macam kena kat diri sendiri pulak. Adoiiiiiiiiiii
So dah takde la istilah. "Ala rilexlaaaa guys, lelaki kan lagi ramai dari pompuan, so jual mahal la"...Takpun "U taknak kat I, boleh blah, I ade 10 orang gurlz cun menunggu kat blakang ni. porahhhhhhh"... Hihihiii.... Kalau dulu boleh la, tapi sekarang dah tak valid. Expired da.
So jejaka-jejaka idaman Malaya sekalian, apa tunggu lagi... cepat-cepat cari sorang, nanti melepas lak, dikebas orang lain. Especially kepada lelaki Pahang, baca nih (Pahang Kena Atasi Isu Bujang Terlajak). 
Kepada gadis-gadis Melayu terakhir lak, jangan la guna isu ni sebagai lesen untuk memperlekehkan lelaki-lelaki di luar sana. Pastuh suruh buat macam-macam, demand lebih. Yelaaa korang kan dah jadi howttt ala-ala Lisa Surihani gittew... Hehehe... 
Harus diingat, walauapapun terjadi, lelaki tetap, wajib dan mesti di hormati. Lebih-lebih lagi kalau dia tu hubby korang. Beshnya yang dah kawen, ble kumpul pahala banyak-banyak. Tak susah kan, juz patuh dan taat pada hubby jer, tapi still ramai lagi takble buat. Ntahlerrr Honey tak kawen lagi, so taktau hidup berumah tangga camna. Hihihiiiiiiiii
So kepada kawan-kawan gurlz yang tak kawen lagi, jom sama-sama berdoa agar dikurniakan hubby yang beriman (boleh jadi imam kita time solat nanti), bertanggungjawab, dan ___________ (korang isilah sendiri). 
Taulah kuantiti lelaki lebih ramai kat Malaysia ni, tapi nak dapat yang berkualiti bukan senang. Nak dapat yang terbaek, kenalah ubah diri kita jadi yang terterterrrbaekkk. Itu janji ALLAH SWT, hopefully, we get it. AMIN

Apa Kata Honey: Ngehhhh3x...=p




Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


3 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

aku singel...sape nak kat aku hahahhahaaaa

Anonymous said... Reply Comment

wakakakakakkaaaa....bujang terlajak...

Anonymous said... Reply Comment

setuju, amat sukar untuk menemui lelaki yg berkualiti pada masa kini begitu juga dengan wanita..-hairul shah-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters