Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa... =))
Dalam beberapa jam lagi nak masuk waktu Maghrib, 17 Ramadhan 1432H. Semua orang mesti tau tarikh penting dalam Islam tu kan?? Ker dah pikir pasal Raya jer??hahahaa... Time kecik-kecik dulu Honey ingat lagi, ustazah yang ajar sirah bagitau Al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, keika Nabi Muhammad s.a.w sedang beribadat di Gua Hira'. Dan ayat diturunkan tu Iqra'. Siap kena suruh hafal lagi.
Itu je la yang Honey tau time kecik-kecik dulu. Pemahaman tak banyak pun. Seb baik rajin sket pegi Pusat Sumber SK Lahad Datu 2, belek-belek buku sirah Nabi dan Rasul yang hard cover kaler kuning tu. Nak cari info kat internet, dolu-dolu mana la ada internet sangat (between 1996-1998), komputer pun tak reti guna. Hehehee... Tapi berkat kesungguhan dan yakin pada diri (aisehhh apa kaitan), dapatlah menambahkan sket pengetahuan yang sememangnya cetek ni.
Wat i know after dat, Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah lima ayat pertama dari surah Al-Alaq (before ni tau Iqra' jer..hehe), dan melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa ni berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan baginda Rasulullah s.a.w, bersamaan 6 August 610M, di Gua Hira'. Time tu senang nak ingat sebab Honey suka nyanyi satu lagu tu, glamer gak la time kecik-kecik dulu.
Di Gua Hira' mengasingkan diri,
Turun Jibril membawa wahyu,
Agama Islam________ (tak ingat lirik da)
Al Quran As Sunnah yang_______ (pun tak ingat)
Actually tujuan entry ni juz nak mengucapkan SALAM NUZUL QURAN kepada semua umat Islam. Tapi tetiba lak Honey terflashback zaman kanak-kanak dulu. Hahaa Hepi kot... Sebab esok Selangor cuti, so tak payah keluar mencari rezeki. Yipppiiieee...=p
Ok zone serius. Sebagai muslim kita sepatutnya memperingati tarikh Nuzul Al-Quran ni, dan tahu akan sejarah penurunannya. Kita kena bersyukur sangat-sangat sebab penurunan Al-Quran pada bulan Ramadhan sejak 1400 tahun lalu, telah menyelamatkan kita, umat manusia daripada melakukan perkara yang tidak selari dengan fitrah diri sendiri.
Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”
Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).”
So jelas dari ayat kat atas tu, fungsi sebenar penurunan Al-Quran adalah untuk menyelamatkan manusia dari terus berada dalam kegelapan dunia. Then melalui Al-Quran, Allah s.w.t memimpin manusia untuk berada di jalan yang benar dengan memberikan petunjuk serta panduan untuk menjalani kehidupan di dunia sementara ini serta menjadi bekalan untuk ke akhirat yang abadi.
4 Responses So Far:
nuzul quran ke esok??lupa pulak..hihi
salam nuzul quran juga utk awk ;)
;)
selamat berpuasa honey!
Post a Comment