Thursday, August 18, 2011

MAN UTD Pilih Singapore??

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa... =))

Bulan Posa ni logo tu kena bakar sket...heheee
Dah lama senyap, tak update pasal Man Utd. Yala season ni pun baru jer start. Yang hepi sebab My Man Utd menang lawan West Brom for da 1st match. Hebatlah... Pagi tadi, bukak paper online, tetiba lak tengok isu pasal Man Utd kat front page Metro. Since pagi-pagi ni takde buat apa lagi, Honey pun mengcopy la apa isu tu. Jom baca =)

MU PILIH SINGAPURA

BUKAN saja untuk mencari dana, rancangan kelab bola sepak Manchester United untuk mendapatkan RM2.9 billion (USD1 billion) pada pasaran saham Singapura adalah gabungan faktor kewangan dan sentimen penyokong global - dan satu petunjuk jelas pertumbuhan masa depan kelab itu.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu dikeluarkan dari senarai bursa saham London pada 2005 apabila ia dibeli oleh keluarga Glazer, dan kini dibebani timbunan hutang yang membangkitkan kebencian di kalangan peminat terhadap keluarga dari Amerika itu.

Ia juga menyebabkan United berada dalam keadaan bahaya berikutan peraturan “Financial Fair Play” yang ditetapkan oleh badan bola sepak Eropah (UEFA).

Memandangkan keluarga Glazer bertegas tidak akan menjual United, pengapungan di pasaran saham Singapura nampak sebagai pilihan sempurna: ia akan membantu mengurangkan beban hutang; ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan yang kukuh di Asia dan yang paling penting, ia akan merapatkan hubungan United dengan rantau Asia untuk memperkukuhkan jenamanya.


“Dengan dua pertiga daripada peminat mereka berada di Asia malah dua pertiga penduduk dunia hidup di benua itu... Asia adalah lubuk peminat sukan,” kata pakar penaja sukan Singapura, Ben Heyhoe Flint kepada Reuters.

“Tambahan pula dengan pasaran jenama di Asia yang berkembang maju, terdapat alasan munasabah (penyenaraian di Singapura) iaitu supaya United lebih dekat dengan penaja di Asia,” Tambah Flint, Ketua Perunding Penaja Fuse, Asia-Pasifik.

Tawaran Awal Pembelian (IPO) Manchester United dianggarkan bernilai RM2.9 billion (USD1 billion), dan bakal menjadi yang terbesar bagi sebuah organisasi sukan, tetapi kecil berbanding perniagaan lain.

Syarikat biasanya menjual suku daripada saham mereka dalam IPO, memberikan potensi nilai United sehingga RM11.9 bilion (USD4 bilion).

“Adakah orang akan melabur? Jika mereka membuka IPO kepada pelabur individu, dan bukan institusi seperti khabar angin, saya rasa peminat akan membuat pelaburan berdasarkan emosi ke atas kelab kesayangan mereka,” kata Flint.

“Dari sudut institusi pula, kita melihat minat yang semakin serius dalam pemilikan kelab EPL dari Singapura dan Thailand baru-baru ini, jadi saya pasti ia juga akan menjadi faktor,”.

Tahun lalu, Jutawan Singapura Peter Lim membuat bidaan sebanyak RM1.56 billion (USD525.5 juta) membeli kelab bola sepak Liverpool, tetapi kemudian menarik balik tawaran itu selepas kelab tersebut menjadi milik New England Sports Ventures selepas keputusan mahkamah.

Lim juga mempunyai hak eksklusif untuk memiliki dan mengendalikan rangkaian restoran dan bar bertemakan Manchester United di Asia.
Namun, tidak semua orang yakin pelabur akan bersemangat untuk mencurahkan wang mereka ke dalam kelab bola sepak paling berjaya di England itu.

“Saya rasa Manchester United cuba menumpang populariti mereka di Asia,” kata Roger Tan, ketua penyelidikan di Institut Penyelidikan SIAS.

“Saya mendengar bahawa kelab bola sepak biasanya tidak menguntungkan jadi jika mereka membuat penyenaraian di Singapura, saya cadangkan pelabur berpotensi melihat statistik dengan terperinci. Melabur dalam kelab adalah sangat berbeza daripada menyokong kelab.” katanya.

“Pada 2010, United mencatatkan hutang kasar sebanyak RM2.54 billion (�522 juta), dengan kerugian bersih sebanyak RM408 juta (�84 juta).

Hong Kong, yang disebut-sebut sebagai tempat penyenaraian alternatif, menghalang syarikat yang tidak menguntungkan daripada disenaraikan di bursa.

Sukan bola sepak mendapat sambutan hangat di kalangan 5.1 juta penduduk di Singapura. Liga Perdana Inggeris menjadi tarikan utama kepada stesen kabel TV di negara itu di mana kebanyakannya peminat Manchester United dan Liverpool.

Source: METRO

SEKIAN
Tak kesah la My Man Utd pilih sapa, yang Honey tau, dorang akan jadi juara BPL untuk kali ke-20!!! Glory-Glory Man Utd!!!

19th Champion

Apa Kata Honey:  2nd game , Man Utd vs Tottenham, 22 August 2011... Glory-Glory MAN UTD!!!!


Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


1 Responses So Far:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters