This is an example of a HTML caption with a link.

Monday, December 24, 2012

Honey & Football in 2011

Assalamualaikum... =))

Entry kali ni nak kira berapa kali Hani tengok bola kat stadium sepanjang tahun 2011. Saja je nak audit diri sendiri, tengok kegilaan diri sendiri demi menyokong pasukan Malaysia, Sabah dan negeri-negeri lain. Cewahhhh.....
Tiket bola Hani untuk 2011
Pengiraan dikira based on ascending month. Penilaian berdasarkan jumlah folder dalam album bola 2011 dan juga yang tertulis on my corporate diary 2011...aisehhh maca serius je bunyi..hahaha

Honey & Football in 2011:

1) Super League - N. Sembilan vs HM A (STAR of Paroi)
2) Super League - HM A vs Pahang (SSA)
3) Friendly - Malaysia vs Hong Kong (SSA)
4) Olympic Qualifier - Malaysia vs Pakistan (SSA)
5) Super League - Selangor vs Kedah (SSA)
6) FA Cup - Selangor vs Johor (SSA)
7) Friendly - Etoile FC vs Malaysia (Jalan Besar Stadium, Singapore)
8) Super League - Kedah vs KL (KLFA)
9) Super League - KL vs Sabah (KLFA)
10) Super League - N. Sembilan vs Kedah (STAR of Paroi)
11) Super League - Selangor vs Perak (SSA)
12) Super League - Selangor vs Sabah (SSA)
13) Super League - HM A vs Kedah (SSA)
14) Super League - HM A vs N. Sembilan (SSA)
15) Super League - Perak vs Kedah (Perak Stadium, Ipoh)
16) Super League - Sabah vs N. Sembilan (Likas Stadium, Sabah)
18) Super League - Felda vs Kelantan (KLFA)
19) Tak tau la - UITM vs MBJB (UITM Stadium)
20) Super League - HM A vs Sabah (Selayang Stadium)
21) Super League - Selangor vs N. Sembilan (SSA)
22) Super League - Felda vs Kedah (KLFA)
23) FA Cup - Kelantan vs Terengganu (SNBJ)
25) Olympic Qualifier - Malaysia vs Lebanon (SNBJ)
26) World Cup Qualifier - Malaysia vs Taiwan (SNBJ)
27) Liga IPT - UITM vs KKK (UITM Stadium)
28) EPL Friendly - Malaysia vs Arsenal (SNBJ)
29) EPL Friendly - Malaysia vs Liverpool (SNBJ)
30) EPL Friendly - Malaysia vs Chelsea (SNBJ)
32) World Cup Qualifier - Malaysia vs Singapore (SNBJ)
33) Malaysia Cup - Perak vs Sabah (Perak Stadium, Ipoh)
34) Malaysia Cup - Kedah vs Sabah (Darul Aman Stadium, Kedah)
35) Friendly - Malaysia vs Nepal (MBPJ)
36) Malaysia Cup - Selangor vs Terengganu (SSA)
37) Malaysia Cup - N. Sembilan vs Ganu (SSA)
38) Friendly - Malaysia vs Laos (SSA)
39) Olympic Qualifier - Malaysia vs Syria (SNBJ)
40) Olympic Qualifier - Malaysia vs Bahrain (SNBJ)

Hahhhh amekkkkk!!! 40 kali tengok bola kat stadium untuk tahun 2011 jer (Maybe ada lagi yang tertinggal, tak sempat nak listkan). Dan nak highlightkan kat sini benda yang agak best:

- 1st time Ultras Malaya awaydays kat Singapore, lawan Etoile FC.
- 1st time Ultras Malaya pijak kaki kat Stadium Sultan Muhamad IV, Kelate. Memang terbaek!!
- 1st time Hani tengok bola sorang2 kat SNBJ, time Malaysia lawan Liverpool.
- 1st time Hani pijakkan kaki ke stadium Likas...Nama jak orang Sabah tapi nda pernah pigi stadium Likas...Hahahaha.. Before ni pernah lalu jak la, nda masuk pun...
1st Awayday Ultras Malaya to Singapore (Malaysia vs Etoile FC)
Time ni sokong Klate...hehe
Ni sokong Kedah lak... =p
Walaupun sokong negeri lain, tapi Sabah Tanah Airku tetap diberi keutamaan!!!

North Borneo Ultras 1st debut... 5.04.2011
Kalau korang tengok list tu, bermacam-macam negeri kan yang Hani sokong. Sampai ke Perak Stadium sebab nak sokong negeri Kedah. hahaha kelakar la jugak... Tapi itu dulu la.. Sekarang hani dah nak kurangkan kekerapan ke stadium. Sebab apa?? Ble baca Entry nih --> Honey & Football in 2012.

Dannnnn.... walaupun ada segelintir pihak yang memboikot perlawanan EPL, tapi Hani still pegi jugak. Pegi ketiga-tiga game tau tak...memang gilossss ==> (Experience at Emirates, Anfield and Stamford Bridge Stadium)

Game Malaysia vs Arsenal memang tak plan pun. Balik ofis, tetiba jer mr. Lee Hong Yee ni call, ajak g stadium... Kebetulan takde benda nak buat, so Hani follow je la... Time g stadium Hani sorang je Malay, 2 orang chinese and sorang Korean.. Wowoww K-Pop... hehehee.. Btw thanks mr. Lee sebab blanje tiket..hehe
Malaysia vs Arsenal
Paling depan tu Korean Guy.. Handsome isn't??! =p
Malaysia vs Liverpool ni special sket, sebab Hani masuk stadium sorang-sorang jer, gambar kat bawah ni suh orang tak dikenali amekkan. Atleast ada la jugak kenangan masuk Anfield stadium...hohohoo... Tapi Hani just tengok 1st half jer, pastuh balik...sebab apa? sila baca nih ==> (Honey at Anfield Stadium)
Malaysia vs Liverpool
Malaysia vs Chelsea pun plan last minute gak. Datang stadium without ticket. Kitorang pusing satu stadium tau nak cari ticket, last-last dapat gak dari Ms. Ulat..dia jual murah okeh.. RM50 jer rather than RM 58.. Jimat RM8, boleh beli beger keras.... =p
Malaysia vs Chelsea
Itu je la yang Hani nak share... Apapun, pengalaman tengok bola kat stadium memang best! Terbaek! Sesiapa yang tak pernah pergi stadium, try la pegi atleast sekali seumur hidup....dan...try bakar flare (kalau masuk lokap jangan salahkan Hani yer...) hihii k babaiii....
Super League - Felda vs Sabah
ApaKataHoney: Malaysia Boleh!! Aisehhh apa kaitan.. =p



Sunday, December 23, 2012

Honey & Footbal in 2012

Assalamualaikum... =))

Dah nak sampai penghujung tahun 2012, bola pun dah abeh, I mean untuk Liga Malaysia la. AFF 2012 pun dah berakhir semalam dan Singapore berjaya merampas trophy yang dimenangi Malaysia pada tahun 2010. Takpe rezeki dorang walaupun Thailand main lagi hebat. kan3x...

Bila cakap pasal bola, pasti orang terpikir lelaki jer yang minat. Golongan wanita hanyalah minoriti, isn't? Tapi semua tu tak betul pun. Try p stadium dan tengok betapa ramai wanita (betul-betul nak tengok bola or ikut bf/hubby or kena paksa or saja nak melawa). Part yang nak melawa ni kelakar la jugak, bcoz kalau korang p stadium, pasti akan tengok golongan wanita yang macam nak g annual dinner, bersolek bukan main... hahahaa funny...

Ok dah abis mukadimah. Tujuan entry ni just nak kira berapa kali Hani g stadium sepanjang tahun 2012. Sebab nak audit diri sendiri samada berjaya mencapai azam 2012 (Kurangkan tengok bola kat Stadium).

Pengiraan dikira based on ascending month. Penilaian berdasarkan jumlah folder dalam album bola 2012 dan juga yang tertulis on my corporate diary...aisehhh maca serius je bunyi..hahaha

Honey & Football in 2012:

1)   Piala Sumbangsih - Negeri Sembilan vs Kelantan (SNBJ)
2)   FA Cup - PKNS vs Sabah (MBPJ Stadium)
3)   Olympic Qualifier - Malaysia vs Japan (SNBJ)
4)   FA Cup - Sime Darby vs Sabah (Selayang Stadium)
5)   Friendly - Negeri Sembilan vs Persebaya (STAR, Paroi)
6)   Super League - Negeri Sembilan vs Sabah ( STAR, Paroi)
7)   EPL Masters - Malaysia, Man Utd..etc.. (Melawati Stadium)
8)   Friendly - Malaysia vs Sri Lanka (SSA)
9)   Friendly - Malaysia vs Philipine (SSA)
10) Friendly - Malaysia vs Singapore (SSA)
11) Super League (Playoff..haha) - Sabah vs Kedah (Hang Jebat Stadium)
12) EPL Friendly - Malaysia vs Man. City (SNBJ)
13) Malaysia Cup - Selangor vs Pahang (SSA)
14) Malaysia Cup - Kelantan vs ATM (SSA)
15) AFF Suzuki - Malaysia vs Laos (SNBJ)
16) AFF Suzuki - Malaysia vs Indonesia (SNBJ)
17) AFF Suzuki - Malaysia vs Thailand (SNBJ)

Hahhhh.. 17 kali jer pegi stadium sepanjang tahun 2012?? (ini yang Hani ingatla..ada lagi kot yang tertinggal).. Nampaknya tercapai jugak azam nak kurangkan pijak stadium untuk tahun 2012. Yeayyy..clappppp3x...congrates myself!!

Untuk 2011? Tengok gambar bawah ni, dan boleh tau berapa kali Hani pegi stadium, tak pon baca entry ni --> Honey & Football in 2011
Tiket Bola oh Bola untuk tahun 2011
p/s: Tiket AFF 2010 hiasan jer..abaikan..
Untuk tahun 2013, Hani akan kurangkan lagi untuk pijak kaki ke stadium. Kalau boleh setahun tu pegi sekali jer, atau tak p langsung..hahahaa... Azam 2013 la..konon2 la.. Moga terus diberi kekuatan untuk laksanakan azam tu... Insya Allah...

Apapun, tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan dan pengalaman untuk Hani...

Football and Stadium.... di sini dapat merasakan pelbagai perasaan.....gembira, sedih, sayu, geram, bangga terhadap negara dan negeri yang dicintai. Dan paling penting nilai persahabatan serta kerjasama yang terjalin antara semua ketika menyokong dalam satu pasukan. Thanks kawan-kawan especially ULTRAS MALAYA, korang dah makin glamer tau..haha.. moga terus maju jaya, ohsem, crazeeee dan memenuhi seluruh stadium satu masa nanti!!!
(teringat pengalaman 1st awayday kat Singapore last year, ada beberapa kerat jer, sekarang dah makin ramai...terbaek!!!!).
Ultras Malaya 1st Awayday, Singapore!!!
Ultras Malaya!!!
credit: Sue Tarmizi
Dan thanks jugak untuk brader-brader North Borneo Ultras.. rekrut lagi ramai sumandak bah.. so nda la bosan curva kamu tu..hahahaa =p
North Borneo Ultras. Dulu dan Kini
Ucapan untuk Ultras Malaya: Moga Maju Jaya!!!
Ucapan untuk North Borneo Ultras: kipidapppp!! Sumandak aaa... Jangan lupa!!
Ucapan untuk Sabah: Moga berjaya ke Super League 2014!!!
Ucapan untuk Harimau Malaya: Moga berjaya ke Piala Dunia..hohohooooo

ApaKataHoney: Thanks semua, Insya Allah..satu masa nanti, kalau ada jodoh jumpa lagi di stadium!!! =D



Saturday, December 22, 2012

New Header

Assalamualaikum... =))

Dah nak sampai penghujung tahun 2012, Hani pun merajinkan diri untuk buat Header baru kat blog ni. Header baru, azam baru, semangat baru dan status baru untuk tahun hadapan.. wahhhh...

Buat cepat-cepat, asalkan siap dan berganti gak la header yang dah berkurun lama kat blog ni. Tu gambar time Hani holiday kat Phuket last November... Yang gambar kecik-kecik tu juz untuk memeriahkan majlis...hehe

Amek gambar kat Phuket aritu..
paste gambar2 lain, letak captions, then siap!!!
Tak sampai 5minit dah siap.... wat simple2 jer..janji ada..blog pun malas nak hapdet..hahaha

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa maksud Man Jadda Wa Jada tu kan. Yer la, kat FB Hani letak tu, status whats app dan juga kat blog ni. Maksudnya ialah:

"Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil."

Dah jelas kan. Boleh apply dalam kehidupan, semua benda yang kita buat haruslah dimulakan dengan usaha yang gigih dan paling penting adalah DOA. Ok la, nak wish Happy New Year untuk sesape yang terbaca blog ni. Wish awal-awal, mana la tau Hani malas nak hapdet blog, biasalah wanita bekerjaya,takde masa sangat nak berblog-blog ni... =p

Azam tahun baru?? Nantilah Hani tulis (kalau rajin la)... Yang penting tahun depan akan bermula satu kehidupan baru dalam hidup Hani...hihi InsyaAllah, moga dipermudahkan segalanya. Mohon doa kawan-kawan semua yer.. Thanks dan Salam Ukhuwah... =D

ApaKataHoney: Selamat Tahun Baru, Jom Refresh diri untuk jadi yang lebih baik pada tahun hadapan, dan seterusnya. Moga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t.. Insya Allah... =))



Monday, December 3, 2012

Tunang & Football

Assalamualaikum... =))

1st December 2012.. Hari yang paling busy bagi Hani. Since last two weeks dah tak pernah rest bcoz I had Latihan Berterusan Pegawai Muda kat TUDM Subang. Pastuh keje, non stop, penat + aura-aura demam kian terasa. Tapi abaikan jer sebab ada benda lebih penting kena setelkan dulu.

Bangun pagi 1 December, dah rasa demam sikit-sikit. But I have 2 important things today, My best friend Engangement and Bola!! So cepat-cepat bersiap untuk ke Melaka. Pakai baju kurung cantek-cantek, also packing baju untuk ke stadium malam nanti.. Semangat!! haha
Komplot AFF Suzuki 2012 (Malaysia vs Indonesia)
Otw to Melaka, terpaksa la menempuh jam yang teramat dasyat. Nasib baik sempat sampai umah member b4 event start. Dan Alhamdulillah, member sorang ni dah jadi tunang orang. Eksaited jer tengok. Haha. Moga berjaya ke alam perkahwinan, membina baitul muslim dan keluarga sakinah... Insya Allah.. =))

yummynyaa...
Cadbury...like33x
Congratulations!!!!
Dalam 4.30 petang, baru nak gerak ke stadium. Memang banyak bersabar jer time nak kuar tol Simpang Ampat tu, nak dekat sejam jugak. Masuk highway pon sama, ada certain-certain tempat jam, hinggalah ke Stadium Keramat Bukit Jalil. Demam kian terasa, badan dah rasa lain macam.. tapi semangat gak nak g stadium..sebab tiket dah beli..hahaa

I use dat thing during Final AFF Suzuki 2010, Malaysia won 3-0!!!
Hani sampai stadium dalam 7 lebey. And.... I like the environment!!! Ramainyaaa orang, felt like suasana Final AFF Suzuki 2010. I just hope the result will be the same. InsyaAllah...
Ultras Malaya
Full House!!!
From 2Q curva


Dan nyanyian lagu Negaraku bergema di stadium Bukit Jalil. Demam dilupakan untuk sementara waktu. Focus untuk game Malaysia vs Indonesia... Are you ready guys???!!!!
Credit : Sue Tarmizi
Tifo terbaik dari ULTRAS MALAYA!!!
Untuk 10 minit pertama permainan, Indon memang menguasai perlawanan. Banyak peluang untuk score... Cuak jugak tengok game nih. Tapi rezeki untuk Malaysia!!


Dan...... 2nd goal!!!! Alhamdulillah....



Dah abeh 1st half, Hani nak masuk curva 1Q lak... Memang pack giler, nak turun bawah amek masa dalam 10 minit jugak... Fuhhhh
Macam mana nak turun ke bawah??
Amek gambar from curva 1Q... Sori Indon...haha
"Balik Indon Balik"... =p
Finally... Alhamdulillah Malaysia menang 2-0 ke atas Indon. Dan berjaya ke peringkat seterusnya, jumpa Thailand lak. Sekarang tengah berpikir-pikir nak p Thailand ke tak. Baru jer rasanya balik dari bercuti kat Phuket...huhu
Salam Dua Kosommm....
Dalam sesak-sesak ni, dapat la jugak berjumpa dengan photographer Izo Hakim.. Susah gila nak jumpa dia ni... hohooooo =p
muka demam... tapi hepi...yeayyy dua kosong!!
At the end of story, my beloved kasut since 2007 telah pon selamat, say gud bye to me... ='(. Walaupun demam, tapi sangat puas hati dapat datang stadium... Dah rasa macam menang Final tau tak?!.. haha..
babaiiii....
Iklan jap... Ada sesiapa boleh explain maksud banner ni?? "Busuk-Busuk Pahlawanku, Busuk-Busuk Pahlawanku"... Sehingga kini masih belum ketemu jawapan... Sekian~~~
Credit to Sue Tarmizi
ApaKataHoney: Congrats my best friend!!! Congrats Harimau Malaya!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters