Monday, March 5, 2012

Perlu Arif Tabiat Lelaki

Assalamualaikum... =))

Lelaki oh Lelaki... Ramai kawan Honey yang selalu mengeluh dan meluahkan segala rasa mengenai kaum Adam ni. Semakin meningkat umur, semakin banyak cerita dan pengalaman yang ditempuh, tapi belum cukup untuk membuatkan kita tahu sepenuhnya mengenai tabiat lelaki. Even yang dah kawen bertahun-tahun pun still tak arif lagi mengenai pasangan mereka. Hehehe... Jadi di sini Honey nak share satu situasi yang mungkin dapat membantu kita mengetahui dan memahami sedikit mengenai lelaki.

********************************************


"Tit..Tit....", Tiba-tiba, ada sebuah SMS masuk.
Saudari,
Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini. Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk.  -Classmate-
"Membimbing atau mengajak bercinta?" hati saya mempersoal.
Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang  maksiat terbuka luas.
Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubahnya, saya tidak boleh jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada tapi tidak boleh terlalu dipercaya. Peluangnya tipis sahaja.
Tatkala lelaki memegang darjat suami, keegoan mudah merasuk diri. Sukar mengikut kehendak orang lain apatah lagi kehendak isteri. Mengubah tabiat lelaki sangatlah payah. Apatah lagi, sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda.
Perlukah saya memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mempunyai modal untuk membimbing keluarganya nanti?
"Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?" syaitan mengejek saya.
"Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina. Baik abaikan sahaja." Saya patahkan hujah syaitan.
Seorang rakan menuju ke arah saya kemudian duduk di sebelah.
"Ramai kawan-kawan kita suka gandingkan nama awak dengan Presiden. Boleh saya tahu hal sebenarnya?" dia mengorek rahsia.
"Itu gosip sahaja. Kami tiada apa-apa," jawab saya.
Saya menyembunyikan rahsia bahawa memang benar Presiden pernah menghantar surat risikan kepada saya. Cuma, istikharah dan musyawarah saya dengan ibubapa belum mengatakan dialah orangnya. First thing first.
"Alhamdulillah. Saya sebenarnya sudah lama minat pada Presiden," dia meluahkan.
Saya tidak pelik mendengarnya. Wanita yang baik mudah tertarik kepada lelaki yang baik. Itu fitrah. Wanita yang jahat mudah tertarik kepada lelaki yang jahat. Begitulah sebaliknya. Saya tadahkan telinga mendengar bicara hatinya.
Katanya, yang ini lain. Rasa tertarik itu pada kesolehannya. Pada akhlaknya. Pada kesamaan visi dan misi dalam dakwah. Masing-masing tahu ada batasan. Dilemanya, hati mendesak untuk memberi perhatian. Hati mendesak untuk menunjukkan sikap memahami. Hati mendesak untuk saling berpesan-pesan atas kebenaran dan kesabaran.
"Andai bertemu, berpandangan, atau SMS muncul pula rasa bersalah, gelisah, menyesal dan takut membuat Allah murka. Kenapa ya?" dia mula resah.
"Kerana hati awak masih hidup mengenal mana dosa dan mana pahala," jawab saya.
"Lepas saya mengungkap cinta kerana Allah, dia seakan menjauhkan diri. Salahkah saya?" dia bertanya.
"Tanyalah hati. Bimbang, ungkapan cinta Yang Esa tapi pengisian leka dari-Nya," jawab saya.


**********************************************
Saya berkongsi pendapat dengannya. Dalam hubungan yang tidak halal, cinta yang fitrah amatlah senang bertukar menjadi fitnah. Sukar mengenali mana cinta dan mana nafsu kerana topengnya handal, sukar dikenali. Orang yang biasa mendidik hati mampu mengenalinya.
Selepas rakan saya itu beredar, saya jadi tertanya-tanya. Kenapa wanita kaya, cantik, bijak, menarik dan solehah sepertinya tidak mendapat tempat di hati Presiden? Kenapa Presiden lebih sanggup cuba mendapatkan saya? Saya cuma seorang gadis yang sangat sederhana.
Saya semakin arif tabiat lelaki. Secara semulajadinya, lelaki sukakan cabaran. Yang mudah menyerah diri, mudah pula disakiti. Yang sukar didapati, semakin bersungguh dia mencari. Maka, saya perlu terus menghunus duri. Agar cinta ini terpelihara untuk seorang suami yang diredhai Ilahi.
Saya mesti terus belajar tabiat lelaki. Bukan untuk menyaingi atau mengalahkan mereka. Saya cuma tidak mahu diperdaya. Saya melihat betapa ramai wanita telah dipermainkan. Mereka gagal mempertahankan diri. Mereka gagal keluar dari kebergantungan kepada permainan cinta sandiwara lelaki.
Saya tahu saya tidak mampu mengubah tabiat lelaki. Tapi saya mampu membantunya menjadi lelaki sejati. Bukan dengan cara melayan dan membimbingnya menjadi model lelaki idaman. Lelaki pasti mengambil kesempatan di atas sebuah kelembutan.
Caranya, saya mesti menghunus duri. Awas, jangan dekat! Jika mahu, dapatkan secara terhormat. Biar lelaki tahu, wanita itu untuk diselamat bukan diperalat untuk keseronokan sekejap.
Malah, setelah nanti saya telahpun bergelar isteri, saya tidak boleh berhenti untuk belajar tabiat lelaki. Lelaki suka berjanji dan cepat berubah hati. Saya melihat realiti masyarakat. Biar betapa baguspun seorang isteri melayani suaminya, masih ada lelaki yang gagal setia malah sesuka-hati memperdaya isterinya. Apatah lagi jika isterinya banyak kelemahan, ramai lelaki lebih suka menghukum daripada mendidik sehikmahnya.
Saya yakin, ada suatu rahsia yang menggerakkan tindakan lelaki. Saya mesti arif rahsia ini. What you see is what you get. Saya mesti bijak menyelaraskan 'sudut pandang' terhadap sesuatu isu sensitif yang melingkari alam rumah tangga sejak mula. Perlu juga ada jaminan undang-undang untuk mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan. Bukan kerana tidak percaya tapi kerana tabiat lelaki cepat berubah.


P/S: Kepada sahabat Honey, janganlah bersedih bilamana Lelaki itu pergi. Jangan tanya mengapa mengapa mengapa... They won't answer you, they won't give you the correct reason... Tabiat Lelaki memang macam tu. Sebagai sahabat, I just ble dengar and give some advise... Selebihnya mengadu pada Allah kerana dialah pendengar yang setia, pembantu dikala kesulitan. Yakinlah, yang terbaik akan menyusul, dengan izinNya. Amin...=)
Apa Kata Honey: Yup agreed. Tabiat lelaki memang cepat berubah...




Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


10 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

thanks atas perkongsian yg sangat bermakna..

Honey IsyQi said... Reply Comment

welkem...=)

Anonymous said... Reply Comment

mohon share..syukran..

Anonymous said... Reply Comment

lelaki mmg cepat berubah pon.tau2 je dah ade org lain..tskkkk :'[

Honey IsyQi said... Reply Comment

be positif: it means he's not da besh person for u..ALLAH knows evrything...=)

Anonymous said... Reply Comment

terima kasih awak

Anonymous said... Reply Comment

Terbaik...

Anonymous said... Reply Comment

Dunia ciptaan-NYA tersgtla luas utk kita terokai..makhluk ciptaan-NYA tersgt sempurna bgi kita.ilmu yg diturunkan tak pernah abih tuk kita pelajari..setiap mkhluk tak kirala manusia..lelaki,perempuan..binatang jantan betina..angin udara yg kita hirup..cahaya tuk kita melihat..hatta kegelapan sekalipun..setiap satu nya mempunyai sifat2nya yg tersendiri...yg mana para saintis pun tidak mampu tuk merungkainya dgn secara terperinci...sama juga dgn kehidupan..kehidupan yg dicipta oleh Yg Maha Esa tuk mkhluknya nikmati dgn cara tersendiri dgn berlandaskan pe yg Dia berikan pada mkhluk ciptaan-Nya iaitu akal dan nafsu...kedua-duanya saling berkait rapat dlm menentukan sama ada kehidupan kita dipenuhi dgn cahaya kegelapan ataupun cahaya kebaikan.

p/s; artikel yg menarik dan berguna yg pernah saya baca.ianya menunjukan bertapa kerdilnya kita sbgai manusia walaupun diberikan akal tuk berpikir.

-Benz-

Anonymous said... Reply Comment

:)

Anonymous said... Reply Comment

thanks honey! Saya makin arif tabiat lelaki...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters