This is an example of a HTML caption with a link.

Monday, December 24, 2012

Honey & Football in 2011

Assalamualaikum... =))

Entry kali ni nak kira berapa kali Hani tengok bola kat stadium sepanjang tahun 2011. Saja je nak audit diri sendiri, tengok kegilaan diri sendiri demi menyokong pasukan Malaysia, Sabah dan negeri-negeri lain. Cewahhhh.....
Tiket bola Hani untuk 2011
Pengiraan dikira based on ascending month. Penilaian berdasarkan jumlah folder dalam album bola 2011 dan juga yang tertulis on my corporate diary 2011...aisehhh maca serius je bunyi..hahaha

Honey & Football in 2011:

1) Super League - N. Sembilan vs HM A (STAR of Paroi)
2) Super League - HM A vs Pahang (SSA)
3) Friendly - Malaysia vs Hong Kong (SSA)
4) Olympic Qualifier - Malaysia vs Pakistan (SSA)
5) Super League - Selangor vs Kedah (SSA)
6) FA Cup - Selangor vs Johor (SSA)
7) Friendly - Etoile FC vs Malaysia (Jalan Besar Stadium, Singapore)
8) Super League - Kedah vs KL (KLFA)
9) Super League - KL vs Sabah (KLFA)
10) Super League - N. Sembilan vs Kedah (STAR of Paroi)
11) Super League - Selangor vs Perak (SSA)
12) Super League - Selangor vs Sabah (SSA)
13) Super League - HM A vs Kedah (SSA)
14) Super League - HM A vs N. Sembilan (SSA)
15) Super League - Perak vs Kedah (Perak Stadium, Ipoh)
16) Super League - Sabah vs N. Sembilan (Likas Stadium, Sabah)
18) Super League - Felda vs Kelantan (KLFA)
19) Tak tau la - UITM vs MBJB (UITM Stadium)
20) Super League - HM A vs Sabah (Selayang Stadium)
21) Super League - Selangor vs N. Sembilan (SSA)
22) Super League - Felda vs Kedah (KLFA)
23) FA Cup - Kelantan vs Terengganu (SNBJ)
25) Olympic Qualifier - Malaysia vs Lebanon (SNBJ)
26) World Cup Qualifier - Malaysia vs Taiwan (SNBJ)
27) Liga IPT - UITM vs KKK (UITM Stadium)
28) EPL Friendly - Malaysia vs Arsenal (SNBJ)
29) EPL Friendly - Malaysia vs Liverpool (SNBJ)
30) EPL Friendly - Malaysia vs Chelsea (SNBJ)
32) World Cup Qualifier - Malaysia vs Singapore (SNBJ)
33) Malaysia Cup - Perak vs Sabah (Perak Stadium, Ipoh)
34) Malaysia Cup - Kedah vs Sabah (Darul Aman Stadium, Kedah)
35) Friendly - Malaysia vs Nepal (MBPJ)
36) Malaysia Cup - Selangor vs Terengganu (SSA)
37) Malaysia Cup - N. Sembilan vs Ganu (SSA)
38) Friendly - Malaysia vs Laos (SSA)
39) Olympic Qualifier - Malaysia vs Syria (SNBJ)
40) Olympic Qualifier - Malaysia vs Bahrain (SNBJ)

Hahhhh amekkkkk!!! 40 kali tengok bola kat stadium untuk tahun 2011 jer (Maybe ada lagi yang tertinggal, tak sempat nak listkan). Dan nak highlightkan kat sini benda yang agak best:

- 1st time Ultras Malaya awaydays kat Singapore, lawan Etoile FC.
- 1st time Ultras Malaya pijak kaki kat Stadium Sultan Muhamad IV, Kelate. Memang terbaek!!
- 1st time Hani tengok bola sorang2 kat SNBJ, time Malaysia lawan Liverpool.
- 1st time Hani pijakkan kaki ke stadium Likas...Nama jak orang Sabah tapi nda pernah pigi stadium Likas...Hahahaha.. Before ni pernah lalu jak la, nda masuk pun...
1st Awayday Ultras Malaya to Singapore (Malaysia vs Etoile FC)
Time ni sokong Klate...hehe
Ni sokong Kedah lak... =p
Walaupun sokong negeri lain, tapi Sabah Tanah Airku tetap diberi keutamaan!!!

North Borneo Ultras 1st debut... 5.04.2011
Kalau korang tengok list tu, bermacam-macam negeri kan yang Hani sokong. Sampai ke Perak Stadium sebab nak sokong negeri Kedah. hahaha kelakar la jugak... Tapi itu dulu la.. Sekarang hani dah nak kurangkan kekerapan ke stadium. Sebab apa?? Ble baca Entry nih --> Honey & Football in 2012.

Dannnnn.... walaupun ada segelintir pihak yang memboikot perlawanan EPL, tapi Hani still pegi jugak. Pegi ketiga-tiga game tau tak...memang gilossss ==> (Experience at Emirates, Anfield and Stamford Bridge Stadium)

Game Malaysia vs Arsenal memang tak plan pun. Balik ofis, tetiba jer mr. Lee Hong Yee ni call, ajak g stadium... Kebetulan takde benda nak buat, so Hani follow je la... Time g stadium Hani sorang je Malay, 2 orang chinese and sorang Korean.. Wowoww K-Pop... hehehee.. Btw thanks mr. Lee sebab blanje tiket..hehe
Malaysia vs Arsenal
Paling depan tu Korean Guy.. Handsome isn't??! =p
Malaysia vs Liverpool ni special sket, sebab Hani masuk stadium sorang-sorang jer, gambar kat bawah ni suh orang tak dikenali amekkan. Atleast ada la jugak kenangan masuk Anfield stadium...hohohoo... Tapi Hani just tengok 1st half jer, pastuh balik...sebab apa? sila baca nih ==> (Honey at Anfield Stadium)
Malaysia vs Liverpool
Malaysia vs Chelsea pun plan last minute gak. Datang stadium without ticket. Kitorang pusing satu stadium tau nak cari ticket, last-last dapat gak dari Ms. Ulat..dia jual murah okeh.. RM50 jer rather than RM 58.. Jimat RM8, boleh beli beger keras.... =p
Malaysia vs Chelsea
Itu je la yang Hani nak share... Apapun, pengalaman tengok bola kat stadium memang best! Terbaek! Sesiapa yang tak pernah pergi stadium, try la pegi atleast sekali seumur hidup....dan...try bakar flare (kalau masuk lokap jangan salahkan Hani yer...) hihii k babaiii....
Super League - Felda vs Sabah
ApaKataHoney: Malaysia Boleh!! Aisehhh apa kaitan.. =p



Sunday, December 23, 2012

Honey & Footbal in 2012

Assalamualaikum... =))

Dah nak sampai penghujung tahun 2012, bola pun dah abeh, I mean untuk Liga Malaysia la. AFF 2012 pun dah berakhir semalam dan Singapore berjaya merampas trophy yang dimenangi Malaysia pada tahun 2010. Takpe rezeki dorang walaupun Thailand main lagi hebat. kan3x...

Bila cakap pasal bola, pasti orang terpikir lelaki jer yang minat. Golongan wanita hanyalah minoriti, isn't? Tapi semua tu tak betul pun. Try p stadium dan tengok betapa ramai wanita (betul-betul nak tengok bola or ikut bf/hubby or kena paksa or saja nak melawa). Part yang nak melawa ni kelakar la jugak, bcoz kalau korang p stadium, pasti akan tengok golongan wanita yang macam nak g annual dinner, bersolek bukan main... hahahaa funny...

Ok dah abis mukadimah. Tujuan entry ni just nak kira berapa kali Hani g stadium sepanjang tahun 2012. Sebab nak audit diri sendiri samada berjaya mencapai azam 2012 (Kurangkan tengok bola kat Stadium).

Pengiraan dikira based on ascending month. Penilaian berdasarkan jumlah folder dalam album bola 2012 dan juga yang tertulis on my corporate diary...aisehhh maca serius je bunyi..hahaha

Honey & Football in 2012:

1)   Piala Sumbangsih - Negeri Sembilan vs Kelantan (SNBJ)
2)   FA Cup - PKNS vs Sabah (MBPJ Stadium)
3)   Olympic Qualifier - Malaysia vs Japan (SNBJ)
4)   FA Cup - Sime Darby vs Sabah (Selayang Stadium)
5)   Friendly - Negeri Sembilan vs Persebaya (STAR, Paroi)
6)   Super League - Negeri Sembilan vs Sabah ( STAR, Paroi)
7)   EPL Masters - Malaysia, Man Utd..etc.. (Melawati Stadium)
8)   Friendly - Malaysia vs Sri Lanka (SSA)
9)   Friendly - Malaysia vs Philipine (SSA)
10) Friendly - Malaysia vs Singapore (SSA)
11) Super League (Playoff..haha) - Sabah vs Kedah (Hang Jebat Stadium)
12) EPL Friendly - Malaysia vs Man. City (SNBJ)
13) Malaysia Cup - Selangor vs Pahang (SSA)
14) Malaysia Cup - Kelantan vs ATM (SSA)
15) AFF Suzuki - Malaysia vs Laos (SNBJ)
16) AFF Suzuki - Malaysia vs Indonesia (SNBJ)
17) AFF Suzuki - Malaysia vs Thailand (SNBJ)

Hahhhh.. 17 kali jer pegi stadium sepanjang tahun 2012?? (ini yang Hani ingatla..ada lagi kot yang tertinggal).. Nampaknya tercapai jugak azam nak kurangkan pijak stadium untuk tahun 2012. Yeayyy..clappppp3x...congrates myself!!

Untuk 2011? Tengok gambar bawah ni, dan boleh tau berapa kali Hani pegi stadium, tak pon baca entry ni --> Honey & Football in 2011
Tiket Bola oh Bola untuk tahun 2011
p/s: Tiket AFF 2010 hiasan jer..abaikan..
Untuk tahun 2013, Hani akan kurangkan lagi untuk pijak kaki ke stadium. Kalau boleh setahun tu pegi sekali jer, atau tak p langsung..hahahaa... Azam 2013 la..konon2 la.. Moga terus diberi kekuatan untuk laksanakan azam tu... Insya Allah...

Apapun, tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan dan pengalaman untuk Hani...

Football and Stadium.... di sini dapat merasakan pelbagai perasaan.....gembira, sedih, sayu, geram, bangga terhadap negara dan negeri yang dicintai. Dan paling penting nilai persahabatan serta kerjasama yang terjalin antara semua ketika menyokong dalam satu pasukan. Thanks kawan-kawan especially ULTRAS MALAYA, korang dah makin glamer tau..haha.. moga terus maju jaya, ohsem, crazeeee dan memenuhi seluruh stadium satu masa nanti!!!
(teringat pengalaman 1st awayday kat Singapore last year, ada beberapa kerat jer, sekarang dah makin ramai...terbaek!!!!).
Ultras Malaya 1st Awayday, Singapore!!!
Ultras Malaya!!!
credit: Sue Tarmizi
Dan thanks jugak untuk brader-brader North Borneo Ultras.. rekrut lagi ramai sumandak bah.. so nda la bosan curva kamu tu..hahahaa =p
North Borneo Ultras. Dulu dan Kini
Ucapan untuk Ultras Malaya: Moga Maju Jaya!!!
Ucapan untuk North Borneo Ultras: kipidapppp!! Sumandak aaa... Jangan lupa!!
Ucapan untuk Sabah: Moga berjaya ke Super League 2014!!!
Ucapan untuk Harimau Malaya: Moga berjaya ke Piala Dunia..hohohooooo

ApaKataHoney: Thanks semua, Insya Allah..satu masa nanti, kalau ada jodoh jumpa lagi di stadium!!! =D



Saturday, December 22, 2012

New Header

Assalamualaikum... =))

Dah nak sampai penghujung tahun 2012, Hani pun merajinkan diri untuk buat Header baru kat blog ni. Header baru, azam baru, semangat baru dan status baru untuk tahun hadapan.. wahhhh...

Buat cepat-cepat, asalkan siap dan berganti gak la header yang dah berkurun lama kat blog ni. Tu gambar time Hani holiday kat Phuket last November... Yang gambar kecik-kecik tu juz untuk memeriahkan majlis...hehe

Amek gambar kat Phuket aritu..
paste gambar2 lain, letak captions, then siap!!!
Tak sampai 5minit dah siap.... wat simple2 jer..janji ada..blog pun malas nak hapdet..hahaha

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa maksud Man Jadda Wa Jada tu kan. Yer la, kat FB Hani letak tu, status whats app dan juga kat blog ni. Maksudnya ialah:

"Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil."

Dah jelas kan. Boleh apply dalam kehidupan, semua benda yang kita buat haruslah dimulakan dengan usaha yang gigih dan paling penting adalah DOA. Ok la, nak wish Happy New Year untuk sesape yang terbaca blog ni. Wish awal-awal, mana la tau Hani malas nak hapdet blog, biasalah wanita bekerjaya,takde masa sangat nak berblog-blog ni... =p

Azam tahun baru?? Nantilah Hani tulis (kalau rajin la)... Yang penting tahun depan akan bermula satu kehidupan baru dalam hidup Hani...hihi InsyaAllah, moga dipermudahkan segalanya. Mohon doa kawan-kawan semua yer.. Thanks dan Salam Ukhuwah... =D

ApaKataHoney: Selamat Tahun Baru, Jom Refresh diri untuk jadi yang lebih baik pada tahun hadapan, dan seterusnya. Moga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t.. Insya Allah... =))



Monday, December 3, 2012

Tunang & Football

Assalamualaikum... =))

1st December 2012.. Hari yang paling busy bagi Hani. Since last two weeks dah tak pernah rest bcoz I had Latihan Berterusan Pegawai Muda kat TUDM Subang. Pastuh keje, non stop, penat + aura-aura demam kian terasa. Tapi abaikan jer sebab ada benda lebih penting kena setelkan dulu.

Bangun pagi 1 December, dah rasa demam sikit-sikit. But I have 2 important things today, My best friend Engangement and Bola!! So cepat-cepat bersiap untuk ke Melaka. Pakai baju kurung cantek-cantek, also packing baju untuk ke stadium malam nanti.. Semangat!! haha
Komplot AFF Suzuki 2012 (Malaysia vs Indonesia)
Otw to Melaka, terpaksa la menempuh jam yang teramat dasyat. Nasib baik sempat sampai umah member b4 event start. Dan Alhamdulillah, member sorang ni dah jadi tunang orang. Eksaited jer tengok. Haha. Moga berjaya ke alam perkahwinan, membina baitul muslim dan keluarga sakinah... Insya Allah.. =))

yummynyaa...
Cadbury...like33x
Congratulations!!!!
Dalam 4.30 petang, baru nak gerak ke stadium. Memang banyak bersabar jer time nak kuar tol Simpang Ampat tu, nak dekat sejam jugak. Masuk highway pon sama, ada certain-certain tempat jam, hinggalah ke Stadium Keramat Bukit Jalil. Demam kian terasa, badan dah rasa lain macam.. tapi semangat gak nak g stadium..sebab tiket dah beli..hahaa

I use dat thing during Final AFF Suzuki 2010, Malaysia won 3-0!!!
Hani sampai stadium dalam 7 lebey. And.... I like the environment!!! Ramainyaaa orang, felt like suasana Final AFF Suzuki 2010. I just hope the result will be the same. InsyaAllah...
Ultras Malaya
Full House!!!
From 2Q curva


Dan nyanyian lagu Negaraku bergema di stadium Bukit Jalil. Demam dilupakan untuk sementara waktu. Focus untuk game Malaysia vs Indonesia... Are you ready guys???!!!!
Credit : Sue Tarmizi
Tifo terbaik dari ULTRAS MALAYA!!!
Untuk 10 minit pertama permainan, Indon memang menguasai perlawanan. Banyak peluang untuk score... Cuak jugak tengok game nih. Tapi rezeki untuk Malaysia!!


Dan...... 2nd goal!!!! Alhamdulillah....



Dah abeh 1st half, Hani nak masuk curva 1Q lak... Memang pack giler, nak turun bawah amek masa dalam 10 minit jugak... Fuhhhh
Macam mana nak turun ke bawah??
Amek gambar from curva 1Q... Sori Indon...haha
"Balik Indon Balik"... =p
Finally... Alhamdulillah Malaysia menang 2-0 ke atas Indon. Dan berjaya ke peringkat seterusnya, jumpa Thailand lak. Sekarang tengah berpikir-pikir nak p Thailand ke tak. Baru jer rasanya balik dari bercuti kat Phuket...huhu
Salam Dua Kosommm....
Dalam sesak-sesak ni, dapat la jugak berjumpa dengan photographer Izo Hakim.. Susah gila nak jumpa dia ni... hohooooo =p
muka demam... tapi hepi...yeayyy dua kosong!!
At the end of story, my beloved kasut since 2007 telah pon selamat, say gud bye to me... ='(. Walaupun demam, tapi sangat puas hati dapat datang stadium... Dah rasa macam menang Final tau tak?!.. haha..
babaiiii....
Iklan jap... Ada sesiapa boleh explain maksud banner ni?? "Busuk-Busuk Pahlawanku, Busuk-Busuk Pahlawanku"... Sehingga kini masih belum ketemu jawapan... Sekian~~~
Credit to Sue Tarmizi
ApaKataHoney: Congrats my best friend!!! Congrats Harimau Malaya!!!



Tuesday, November 27, 2012

Tips Bercuti ke Phuket - Jimat

Assalamualaikum... =)

After last few days completed my 1st entry about Phuket (Tips Melancong ke Phuket - Early Preparation), sekarang tiba masanya Hani spend masa yang sangat berharga for the 2nd entry : Tips Bercuti ke Phuket yang jimat tapi puas hati!! ^^,
Ni Patong Beach... Nyamannnn =)
Ada beberapa benda yang Hani rasa berguna untuk korang yang nak berjimat ketika bercuti ke Phuket. 1st entry Hani dah explain pasal persiapan sebelum ke Phuket. Memang jimat, tetapi berbaloi-baloi... Sekarang nak cerita tips ketika berada di Phuket... Check it out!!

1) Airport

Nak letak tips ape ek untuk airport ni. Macam takde yang penting pun. Hahaha. For muslims, the Prayer Room is available on the third floor. Actually surau ni kira penting jugak la sebagai tempat beristirehat sementara menunggu siang, sebab kitorang sampai Phuket dalam 10malam, start check in hotel pada keesokan harinya (Nak check in malam tu jugak macam rugi jer). So dapat jimat sehari untuk bayaran hotel.
Otw to surau untuk beristirehat..hehe
Surau at 3rd floor
Peringatan: jangan mudah sangat percaya kat orang, yang nak provide servis murah ke ape ke. Sebab time kitorang sampai airport, bertanya kepada sorang pakcik tu kat mana surau. Dia kata surau takde, lagipun airport ni bukan 24jam. Then dia propose untuk carikan hotel murah sementara menunggu siang. Lucky Hani berkeras, dan memang yakin yang airport phuket ni memang ada sediakan surau. Alhamdulillah tak kena tipu.

Tips sampingan: kalo nak bermusafir, bacalah doa dulu. InsyaAllah selamat selama tempoh bermusafir tu... =)
Phuket International Airport
Phuket International Airport

2) Transportation

Dari airport nak ke hotel, korang boleh menaiki Taxi atau Mini Bus. Tambang dari airport to Patong:

i) Taxi - 650 Bath (per taxi)
ii) Mini Bus - 150 Bath (per person)

Yup tambang minibus lagi murah compare to taxi, tapi disebabkan kitorang berempat, so decide untuk naik taxi jer, just nice for four of us. Lebih kurang jer kalau naik minibus (RM15 x 4 = RM60). Just mahal sket RM5 klo naik taxi. Lagipun nak naik minibus kena tunggu full dulu baru dia gerak, nak cukupkan 10 orang. Tapi kalau setakat sorang atau berdua jer, baik naik minibus, jimat sket.
Harga untuk Minibus per person
Tips: Jangan cepat sangat terima tawaran dari pakcik taxi. Before dapat price RM65 tu, pakcik taxi bagitau tambang to Patong RM80. Lepas argue, dia setuju turunkan price to RM65, mabe kalo mintak lagi murah dapat kot. Terpulang kepada kebolehan tawar menawar anda.. =p
Fee Condition (From Airport)
Selain tu, korang boleh jugak menyewa kereta atau motor. Standard Honda City boleh dapat RM100/day. Nak yang lagi murah kena rajin-rajin survey la. Tapi Hani sarankan korang sewa motor, sebab lagi murah dan senang nak bergerak ke mana-mana. Kalo stay kat Patong area jalan agak sempit, so cuak jugak kalo bawak kete besar nih. #TrueStory

Rate untuk sewa motor around RM20 to RM25 perday. Just bagitau nak sewa berapa hari, dan bayar deposit. Tapi dorang akan suruh tinggalkan passport tau. Bahaya kan. Tips: Kalau taknak tinggalkan passport, korang kena bayar 1000bath (RM100). Polis Phuket cadangkan korang bayar RM100 la rather than tinggalkan passport kat orang. Lebih selamat!!

Tips lagi: Harga RON95 di Phuket lebey kurang RM4 seliter. Mahal kan. Dats y la ramai yang taknak naik kereta. Even pakcik taxi pun isi guna Gasoline. Lebih jimat katanya. Tak tanya pulak price untuk gasoline tuh. huhuu
Gasoline sangat laku kat sana... hehe
3) Food Hunting (Makanan Halal)

Nak cari makanan halal kat Phuket memang susah. Lepas guna khidmat uncle Google, dapat tau area Masjid tu ada banyak kedai halal. Sori tak dapat bagi tips sebab Hani tak pergi pon, dapat tengok masjid dari jauh jer. Korang boleh la cuba kalo sampai Phuket yer! =D

Hani nak share tempat makan kitorang sepanjang kat Patong ni, Islamtai Bangja, terletak di aras bawah dalam Jungceylon Mall (Jungceylon Mall tempat wajib pergi kalau dah sampai Phuket, especially sesiapa yang stay area Patong). Itu je la kedai yang rasa confident nak makan, memang sedap!! Sepanjang 4 hari kat sana, memang pegi ke Islamtai tu jer, dan berjaya mencuba hampir semua menu yang ada. Memang yummmyyy!!!

The biggest mall in Phuket, Jungceylon Mall
Islamtai Bangja. Makcik ni sangat peramah... =)
Dont u think dat all da foods looks so yummyyyy?? =p
Kalau nak jimat sket, bawaklah makanan dari Malaysia. Maggi ke, bubur ke takpon daging pak Brahim. Siang tu makan kat luar, malam tu makan makanan yang korang bawak sendiri. Jimat kan. hehehe

4) Activities in Phuket

There are so much activities that you can do in Phuket. For me, 4 days not enough to explore dan buat bermacam-macam benda. Top 10 activities from Phuket.com:

i)    Rafting and Trekking in Khao Lak
ii)   Snorkeling in Phi Phi Islands
iii)  Jungle Safari in Khao Sok National Park
iv)  Sea Kayaking in Phang Nga Bay
v)   Snorkeling in Coral Island
vi)  Scuba Diving in Similan Islands
vii)  Game Fishing in Rahca Islands
viii) Island Hopping by Private Speedboat
ix)  Chinese Junk Cruising in Phang Nga Bay
x)   Rock Climbing in Krabi

Tapi bagi Hani, aktiviti lain (Rafting, game fishing, rock climbing, ATV etc) tu macam tak perlu kot, kita datang Phuket sebab nak buat dan terokai something new, nak tengok budaya sesebuah tempat. So nak bagitau tempat wajib pegi dan show yang kena tengok time kat Phuket : Island Tour (Phi Phi Island, James Bond Island) Phuket Fantasea, Siam Niramit, Simon Cabaret, Phuket City Tour, Elephant Trekking.


Tapi kalau nak jimat, pergi tempat yang tertentu jer. Trip haritu Hani pergi:

1) Phuket City Tour (RM80 for 1 tuktuk - so sorang RM20)
2) Phi Phi Island Tour (RM138)
3) Phuket Fantasea (RM130)

Note: More details, click pada link masing-masing.

Gajah comel
Nyaman.... Phi Phi Island
Ikan yang sangat peramah, at Khai Island
Untuk makluman korang, ada bermacam-macam travel agent kat Phuket ni terutamanya kat Patong Beach area. So ikut kepakaran masing-masing untuk mendapatkan harga yang murah.

Tips: Jangan beli dari Travel Agent kat aiport yer. Mahal giler ok! Time kat airport haritu tanya price untuk Phuket Fantasea, hah amekkkk..dia bagi RM190 tau!
Tour service kat airport. MAHAL!!
Ada banyak lagi tour agent kat airport. Ingat!! Jangan beli!!
Kalau korang nak tau, Hani boleh dapat Phuket Fantasea pakej RM130 (show + transport only), standard price around RM150. Macam mana boleh dapat Phuket Fantasea yang murah? Mudah jer, pegi kat travel agent kat bawah ni, dan mulakan process tawar-menawar.
Pakej Murah kat sini. The River Travel

Maybe korang boleh dapat lagi murah than my price. FYI, Tempat ni berhadapan Patong Beach, dekat dengan Bangla Road. Bangla Road??? Tempat yang sangattttttt la serem for me. Nanti kita cerita lain yer. hohooooo

5) Money Exchanger in Phuket

Satu benda korang kena tau, tukar duit kat Phuket laaaaagi untung dari tukar kat Malaysia. Kena pandai carik la. Berkat usaha round Patong area selama 4 hari, Hani berjaya jumpa tempat tukar dwet yang menguntungkan (RM1 = 9.81 bath). Kat Bangla road, tapi tak tau macam mana nak describe tempat ni. Hehehe. Jangann tukar kat Jungceylon Mall yer, mahal!
Money Exchanger kat Bangla Road
Kalau tak bawak RM, boleh tukar kat Money Exchanger pakai MasterCard atau Visa, tapi minimum 3000bath la. Then dikenakan charge 150bath (RM15) untuk setiap transaksi. Transaction fees ni same amount bila keluarkan duit dari ATM machine. So kalau nak senang, make sure korang tukar atau keluarkan duit sekali jer, jangan berkali-kali yer. Rugi.

Tips: Bawak RM lebih ketika datang Phuket sebagai langkah berjaga-jaga. Sebab korang mungkin menghadapi masalah seperti rakan Hani kat bawah ni. Kalau nak withdraw kat oversea, make sure contact bank masing2 dulu yer.


1st attempt to withdraw from ATM... but failed because of setting issue...
Kawan yang gigih keluarkan duit sejak hari pertama, but sigh... duit taknak kuar jugak...haha
So itu jer untuk tips berjimat ketika melancong ke Phuket. Average, this tour spend around:

-Return Flight : RM 200/person
-Hotel : RM 278 for 4D3N (divide by 4 persons, so dpt RM70/person)
-All Tours : RM288/ person
-Transportation, tak sewa, taxi je untuk return airport: RM 130 (divide by 4 persons, so RM33/person)
-Makans and Shoppingss : RM150/ person
------> TOTAL: Around RM750 only!!! For 4 days in Phuket... Jimat kan... =D

P/S: Itu standard budget la, all my friends spend around that amount. Tapi Hani special case, agak tidak pandai manage when it comes to Shopping. You know what, 2days before balik dah kehabisan duit, lucky I bring along my Credit Card, Zassssss...dapat 3000bath dalam sekelip mata...kachinggggg$$$$$$$!!! (Tips: jangan ikut tabiat ini yer...hehehe)

OK... Itu jer tips yang Hani terpikir buat masa ni, kalau ada tambahan Hani akan update dari masa ke semasa... InsyaAllah... Happy Holidays peoples!!! =D
Take care!!
More on Phuket Holiday
Phuket Part 4 - Phuket Fantasea
Phuket Part 5 - Patong Beach + Balik

Special Phuket Entry

ApaKataHoney: Tips berguna kepada yang masih bujang dan inginkan penjimatan yang maksimum!! =p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters