This is an example of a HTML caption with a link.

Tuesday, March 5, 2013

Pray For Lahad Datu

Assalamualaikum... =))

#PrayForLahadDatu #PrayForSemporna #PrayForSabah

PRAY FOR SABAH
Hari ini 5 March 2013, berlaku serangan habis-habisan dari perwira-perwira kita. F/A -18 Hornet, BAE Hawk dan mortar!!! Bukan kita nak buat macam tu, tapi puak-puak penceroboh tu yang mendesak. Hani sokong !!

Now 12:15, tapi masih belum dapat maklumat mengenai serangan tersebut. Yang Hani dapat tau setakat 12:15, tiada anggota kita yang terbunuh. Alhamdulillah.
Lahad Datu Stand off (1.3.13)
Issue Lahad Datu ni dah lama berlarutan, tapi sekarang baru rasa nak buat sikit entry. Bukan tak amik peduli, tapi lagi suka ambil langkah berdiam (tapi kat twitter active je..hihii). Walaupun Hani takde kat sana, tapi risau jugak dengan keadaan family, rakan-rakan dan warga Lahad Datu. Moga mereka sentiasa dalam perlindungan Allah s.w.t. Insya Allah.. =)

Doakan keselaman family Hani kat Lahad Datu, warga Lahad Datu dan paling penting kepada perwira-perwira kita di sana. Amiin...

ApaKataHoney: Salute pada pejuang-pejuang negara. Al Fatihah kepada yang telah pergi, moga syahid. Takbir!!!



Saturday, February 16, 2013

Seoul Garden With Girlfriends

Assalamualaikum... =))

11 February 2013, Hani dan Askar's gangs (Askar la sangat...) pegi makan-makan kat Seoul Garden. Bukan kat KL yer, tapi AutoCity, Juru, Penang. Wahhh jauhnyaaaaaa. Tapi sangat berbaloi, sebab dapat jumpa kawan-kawan lama dan makan bersama-sama sambil bergumbira... Ok..dah lari topic..

Memang best dapat makan kat Seoul Garden walaupun suasananya tidak sama macam di Seoul, Korea.. Paling penting, yummy dan HALAL!! Berbaloi. Tengok gambar kat bawah ni. Intro of the story. huhu... yummmyyy3x
Freshhhh!!!

Already booked for lunch, ikutkan 11.30 tu dah boleh datang tapi kitorang lambat sket sebab pegi tengok PSY buat persembahan Oppa Gangnam Style dulu. Ha ha ha tolonglah jangan percaya. Buang masa je tengok persembahan macam tu, tapi still ramai jugak yang datang. Adohaiiiiiii

Kitorang sampai Seoul Garden dalam pukul 12. Time tu memang dah lapar gilerr. Dah simpan perut dari semalam dan tak breakfast langsung. Dan masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Dalam kelaparan tu sempat lagi Hani amek gambar untuk dimasukkan dalam blog ini. Gigih sungguh!!



Untuk makluman, Seoul Garden ni sangat sesuai kepada sesiapa yang memiliki tank yang besar..ha ha.. I mean, kuat makan la. Sebab dengan hanya bayar RM40 ++ per person (harga ni tak tetap), korang dapat makan semua makanan di bawah ini. Macam-macam ada hokehhh.. Ada lagi beberapa makanan yang Hani tak amek gambar, sebab busy memasak time tu...

Nak tulis apa lagi yer... Ok2 sabar peminat.. Tak payah tanya, Hani tau apa yang korang tengah pikirkan.. So baca sampai habis.. =p

Rate berapa??
Price untuk buffet lunch and dinner berbeza yer. Dinner mahal sikit, sebab lagi banyak pilihan makanan. Then  kena consider jugak hari bila korang pergi. Weekend mahal banyak!!

Time Hani pergi agak mahal la sebab weekend / public holiday. RM40++ per person. Tapi ada berita baik untuk student. Just bawak student card dan korang boleh dapat harga murah, RM25 jer per person. Hajat di hati nak dapatkan student price tidak kesampaian sebab Weekend + Public Holiday. Sobss2... 

Suatu ketika dulu, Hani pernah pergi pada hari biasa, dapat dalam RM30++ for set lunch. Tapi tu KL branch la. Lain branch, lain harga kot. Yang ni tak sure, korang ble check kat website Seoul Garden.

Ada bayaran lain??
Yup.. Untuk set makanan ada bayaran lain, dan kalau nak minum ada bayaran lain. Tapi kalau nak jimat, mintak satu jer gelas dan share ramai-ramai sebab air ble refill banyak kali sampai kembong perut. (Yang ni kedekut tahap apa la, sebab satu gelas tu RM4 jer. Takkan tu pun nak berkira...hadoiiiiii)

Then soup untuk men 'steambaot'  kan diri pun ada bayaran lain. RM4 satu jug (jug eh?). So kalau mintak banyak soup, makin banyak la korang kena bayar.

Lain-lain tu service charge la... 10%...

Berapa lama masa diperuntukkan untuk makan??
Lunch Buffet, dibagi masa dari 11.00am sampai 4.00 pm... Dinner Buffet dari 4.00 pm sampai 9.30pm. Banyak masa yer untuk habiskan semua makanan kat Seoul Garden ni... Sangat puas hati!!




AMARAN: Please do not waste food. $5 will be charged for every 100gm wastage!!


Hurmmm.. macam tak pecaya jer. Sebab haritu ada jer yang makan lebih-lebih, tak habiskan. Tak kena charged pun. Tapi just beware la. Mana tau time tu tak bernasib baik, kena suruh bayar pulak kan. Lagipun tak baik membazir, amalan syaitooonnn... huhu








Kimchi... soooo Korea... =D





Eja ni macam masak kat umah jer... =p
Ni jiran sebelah meja kitorang... sangat comel budak ini... =D
Suruh akak Seoul Garden amekkan gambo..ha ha
Alhamdulillah dah kenyang. Haritu bill kitorang RM301.25 (7 Orang). Ok la tu, puas hati dapat makan banyak!! Pasnih kena start diet la...
Alhamdulillah... Rezeki Allah... =)
Update: Ni standard price. Tetiba je rajin nak post. Manalah tau korang berminat. Just copy paste...

Week Day (Monday to Friday)
lunch
adult rm 23.99++
child (age 3-9) rm 9.9++
senior citizen (age 60 and above) rm 15.99++

dinner
adult rm 25.99++
child (age 3-9) rm 11.99++
senior citizen (age 60 and above) rm 15.99++

Week End (saturday, sunday and public holiday)
lunch and dinner (11am to 10.30pm)
adult rm 25.99++
child (age 3-9) rm 11.99++
senior citizen (age 60 and above) rm 15.99++

Student value BBQ (Monday to Friday) rm 15.99++
(from 2pm to 5pm)
not applicable on public holiday and must present bus-pass, matriculation card or student pass before ordering

free flow drink rm 3.99++
mineral water rm 1.99++
hot tea rm 2.99++

*This is not include service charge and prevailing government taxes


ApaKataHoney: So yuummyyy dan sangat puas ati... Next time nak pegi lagi... Insya Allah =))



Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum... =))

Kembali ke sekolah?? Yup memang betul pun sebab Hani kembali ke USM tercinta setelah grad pada 2010. Ha ha ha...

Actually, last CNY holiday, Hani mai Penang dengan palap gangs. Tujuan utama nak gather-gather sesama mereka dan makan kat Seoul Garden AutoCity, Juru. Wahh so yummmyyy... At the same time, pegi kenduri kahwin Mas Civil kat Sg. Dua.

Maka bermulalah perjalan ke Penang pada malam 8hb February. Time tu hari Jumaat, so lepas keje jer terus packing barang dan drive to Penang. Seb baik la traffic lancar jer, ada jam sikit-sikit kat area Rawang. Alhamdulillah sampai USM dalam pukul 4pagi, risau gak kalau pak guard tak benarkan masuk, ye la orang luar mana ble masuk campus sesuka hati kan. Tapi Hani confident je kuarkan matrik card yang dah berhabuk, eh eh tak sangka still boleh guna. Kami pun masuk ke USM dengan hati gumbira. Yahuuuuu!! Kebetulan ada lagi member yang amek master kat USM tu, so kitorang tumpang kat bilik dia la. Thanks Eja!! =D

Pada keesokan harinya, kitorang plan nak berjalan-jalan melihat campus. Banyak jugak perubahan, wajah baru. Tetiba rindu segala kenangan time bergelar student selama 4tahun kat sini. Cepat jugak masa berlalu, sekarang dah 2tahun lebey menjadi wanita bekerjaya, rely miss my student life... =')

Hani with Diena, Dja and Aza... =)
Banyak jugak Hani amek gambar, tapi sekarang intenet slow pulak, takble nak haplod. Nanti kalau rajin Hani upload la gambar kat USM Engineering Campus ni...huhuu.. Insya Allah..

ApaKataHoney: Proud to be USM student. WE LEAD!! KAMI MEMIMPIN!! Huhuu semangat... =p



Wednesday, January 2, 2013

Happy New Year 2013

Assalamualaikum 2013... =D

Bismillahirrahmanirrahim.. Syukur alhamdulillah kerana dipanjangkan lagi umur ni untuk terus bernafas di tahun 2013. Semoga peningkatan usia seiring dengan peningkatan iman, amal dan takwa... Insha Allah... =))

Azam Tahun Baru??? Entahlahh tak pikir lagi. Nanti dah pikir baru Hani post kat sini. Itu pun kalau rajin la..hehe..

Tapi yang penting telah berjaya melaksanakan sedikit azam pada tahun 2012 (Azam 2012). Alhamdulillah...hihihi

ApaKataHoney: Salam Tahun Baru 2013 semua!! Moga menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Ameen =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters