Saturday, February 16, 2013

Seoul Garden With Girlfriends

Assalamualaikum... =))

11 February 2013, Hani dan Askar's gangs (Askar la sangat...) pegi makan-makan kat Seoul Garden. Bukan kat KL yer, tapi AutoCity, Juru, Penang. Wahhh jauhnyaaaaaa. Tapi sangat berbaloi, sebab dapat jumpa kawan-kawan lama dan makan bersama-sama sambil bergumbira... Ok..dah lari topic..

Memang best dapat makan kat Seoul Garden walaupun suasananya tidak sama macam di Seoul, Korea.. Paling penting, yummy dan HALAL!! Berbaloi. Tengok gambar kat bawah ni. Intro of the story. huhu... yummmyyy3x
Freshhhh!!!

Already booked for lunch, ikutkan 11.30 tu dah boleh datang tapi kitorang lambat sket sebab pegi tengok PSY buat persembahan Oppa Gangnam Style dulu. Ha ha ha tolonglah jangan percaya. Buang masa je tengok persembahan macam tu, tapi still ramai jugak yang datang. Adohaiiiiiii

Kitorang sampai Seoul Garden dalam pukul 12. Time tu memang dah lapar gilerr. Dah simpan perut dari semalam dan tak breakfast langsung. Dan masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Dalam kelaparan tu sempat lagi Hani amek gambar untuk dimasukkan dalam blog ini. Gigih sungguh!!



Untuk makluman, Seoul Garden ni sangat sesuai kepada sesiapa yang memiliki tank yang besar..ha ha.. I mean, kuat makan la. Sebab dengan hanya bayar RM40 ++ per person (harga ni tak tetap), korang dapat makan semua makanan di bawah ini. Macam-macam ada hokehhh.. Ada lagi beberapa makanan yang Hani tak amek gambar, sebab busy memasak time tu...

Nak tulis apa lagi yer... Ok2 sabar peminat.. Tak payah tanya, Hani tau apa yang korang tengah pikirkan.. So baca sampai habis.. =p

Rate berapa??
Price untuk buffet lunch and dinner berbeza yer. Dinner mahal sikit, sebab lagi banyak pilihan makanan. Then  kena consider jugak hari bila korang pergi. Weekend mahal banyak!!

Time Hani pergi agak mahal la sebab weekend / public holiday. RM40++ per person. Tapi ada berita baik untuk student. Just bawak student card dan korang boleh dapat harga murah, RM25 jer per person. Hajat di hati nak dapatkan student price tidak kesampaian sebab Weekend + Public Holiday. Sobss2... 

Suatu ketika dulu, Hani pernah pergi pada hari biasa, dapat dalam RM30++ for set lunch. Tapi tu KL branch la. Lain branch, lain harga kot. Yang ni tak sure, korang ble check kat website Seoul Garden.

Ada bayaran lain??
Yup.. Untuk set makanan ada bayaran lain, dan kalau nak minum ada bayaran lain. Tapi kalau nak jimat, mintak satu jer gelas dan share ramai-ramai sebab air ble refill banyak kali sampai kembong perut. (Yang ni kedekut tahap apa la, sebab satu gelas tu RM4 jer. Takkan tu pun nak berkira...hadoiiiiii)

Then soup untuk men 'steambaot'  kan diri pun ada bayaran lain. RM4 satu jug (jug eh?). So kalau mintak banyak soup, makin banyak la korang kena bayar.

Lain-lain tu service charge la... 10%...

Berapa lama masa diperuntukkan untuk makan??
Lunch Buffet, dibagi masa dari 11.00am sampai 4.00 pm... Dinner Buffet dari 4.00 pm sampai 9.30pm. Banyak masa yer untuk habiskan semua makanan kat Seoul Garden ni... Sangat puas hati!!




AMARAN: Please do not waste food. $5 will be charged for every 100gm wastage!!


Hurmmm.. macam tak pecaya jer. Sebab haritu ada jer yang makan lebih-lebih, tak habiskan. Tak kena charged pun. Tapi just beware la. Mana tau time tu tak bernasib baik, kena suruh bayar pulak kan. Lagipun tak baik membazir, amalan syaitooonnn... huhu








Kimchi... soooo Korea... =D





Eja ni macam masak kat umah jer... =p
Ni jiran sebelah meja kitorang... sangat comel budak ini... =D
Suruh akak Seoul Garden amekkan gambo..ha ha
Alhamdulillah dah kenyang. Haritu bill kitorang RM301.25 (7 Orang). Ok la tu, puas hati dapat makan banyak!! Pasnih kena start diet la...
Alhamdulillah... Rezeki Allah... =)
Update: Ni standard price. Tetiba je rajin nak post. Manalah tau korang berminat. Just copy paste...

Week Day (Monday to Friday)
lunch
adult rm 23.99++
child (age 3-9) rm 9.9++
senior citizen (age 60 and above) rm 15.99++

dinner
adult rm 25.99++
child (age 3-9) rm 11.99++
senior citizen (age 60 and above) rm 15.99++

Week End (saturday, sunday and public holiday)
lunch and dinner (11am to 10.30pm)
adult rm 25.99++
child (age 3-9) rm 11.99++
senior citizen (age 60 and above) rm 15.99++

Student value BBQ (Monday to Friday) rm 15.99++
(from 2pm to 5pm)
not applicable on public holiday and must present bus-pass, matriculation card or student pass before ordering

free flow drink rm 3.99++
mineral water rm 1.99++
hot tea rm 2.99++

*This is not include service charge and prevailing government taxes


ApaKataHoney: So yuummyyy dan sangat puas ati... Next time nak pegi lagi... Insya Allah =))


Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


6 Responses So Far:

Faris Muhamad said... Reply Comment

buffet ke semua ni??

Honey IsyQi said... Reply Comment

@Faris Muhamad

yup2 kesemuanya... banyak sgt!!

Anonymous said... Reply Comment

This is really inteгеsting, You are a νery sκillеd bloggег.

I have joined yοur feeԁ anԁ lοok
forward to seeking mοre of yоuг great post.

Also, I've shared your site in my social networks!

Also visit my web blog; Eternity rings
My website: Eternity rings

Anonymous said... Reply Comment

I read this pоst complеtely about the resemblаnсe of lаtest and еaгlier technologies,
it's remarkable article.

Check out my blog post :: personal loans
my site: personal loans

MiszSpade said... Reply Comment

Assalamualaikum..

Hye hany...rindunya lepak2 mcm dulu kan.. then mkn kat seoul garden kat juru plak tu..ok terliur lak skrg ni..=p

Honey IsyQi said... Reply Comment

@MiszSpade

halop aza.. bru baca komen ni.. dah lama xbkk blog.. yer la.. xtau bila lagi dpt kuar together2 kan.. windunyewww =[

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters