Tuesday, January 10, 2012

Ultras Di Tahan Polis | A.C.A.B

Assalamualaikum... =))

A.C.A.B??? Apa tuh?? Biarlah rahsia... Hehehee... Actually Honey bengang dengan tindakan pihak Polis yang seolah-olah ingin mematikan atmosfera sokongan Bola Sepak tempatan yang semakin da Booommmmm sejak akhir-akhir ni.
Kalau korang semua tau, sempena Piala Sumbangsih baru-baru ni (7 January 2012), seramai 23 comrades dari Ultras Kelantan dan Ultras Nogori telah ditahan polis, sebab apa??? Sebab bawak masuk Flare dan Smoke Bomb pegi dalam stadium. Wat The Fish???!! Benda ni bukan bahaya pon, bukannya kitorang bakar flare then baling dalam stadium, takpun baling kat orang ramai. Iskkk tak paham tul.
Kena tahan polis. Banner n Flare... Credit to handsome boy Aqil Irfaan
Selama ni yang bawak masalah bukan dari curva Ultras, tapi dari penyokong lain. Kes baling mercun hingga menyebabkan kecederaan, kes baling mercun hingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda tuk beberapa minit, kes baling botol, baling kerusi dan bakar bendera. Itu semua bukan dari curva Ultras OK!!!! Sekali lagi Honey tidak paham... Persoalan ini sangat susah berbanding nak jawab exam Math for Engineer. LOL!!

Nampaknya Polis sangat takut dan sentiasa berjaga-jaga dengan puak-puak Ultras. Sehingga di Curva kami sentiasa dipenuhi oleh pihak Polis tak kira masa. Dan yang paling melucukan, disaat polis busy menjaga dan mengawal kami, tetiba lak kerusi dan botol di baling dari tempat penonton yang tidak dikawal polis... So what u wanna say??!! Hanya mampu gelak sambil menunjukkan tapak tangan kepada mereka. Heheheee
Credit H.I.Corp...hehe
So berbalik kepada kes comrades kena tahan sempena Piala Sumbangsih 2012, Honey juz nak cakap ni.....A.C.A.B!!!! Mabe not all, but most of them....LOL....

Dapat liputan luas dari media lak. Siap masuk Buletin Utama kat TV3 tau. Jom baca sket apa yang dilaporkan tu....

SELUDUP BOM ASAP, SENJATA KE DALAM STADIUM
Mohan Singh menunjukkan suar dan bom asap yang dirampas daripada penonton yang menyaksikan Perlawanan Sumbangsih di antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasioanal Bukit Jalil, kelmarin.
KUALA LUMPUR - Entah sampai bila peminat-peminat bola sepak akan menghentikan perbuatan tidak bertamadun seperti membakar mercun dan membaling botol sewaktu menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

Di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin sekali lagi menjadi saksi kepada insiden memalukan angkara sikap keterlaluan segelintir penyokong yang terus melakukan perkara sedemikian padahal mereka tahu ia salah.

Mujur kehadiran pihak polis berjaya mengawal keadaan, biarpun tidak secara keseluruhan tetapi setidak-tidaknya memastikan ia berada pada tahap minimum.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komsioner Mohan Singh Tara Singh berkata, sebanyak 26 tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan termasuk cuba menyeludup masuk bahan letupan, senjata tajam dan dadah.

Katanya, daripada tangkapan itu, polis turut merampas 56 batang nyalaan api suar, sebutir bom asap, mercun, pisau dan sebungkus ganja.

"Polis telah melakukan pemeriksaan di pintu masuk seawal pukul 2 petang dan turut giat memantau ketika perlawanan sedang berlangsung.

"Hasilnya, 26 lelaki berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 berjaya kami tahan.

"Ini termasuk sekumpulan 22 penyokong yang dikesan polis mengangkat kain rentang yang besar dalam keadaan mencurigakan, rupa-rupanya apabila diperiksa menemui 12 batang 'flare' dan satu peket ganja di dalamnya," katanya pada sidang akhbar semalam.

Mohan Singh mengakui adalah mustahil untuk pihaknya memastikan seratus peratus tiada barangan larangan dibawa masuk.

"Jumlah penonton mencecah puluhan ribu, kami hanya boleh mencuba mencegah sebanyak mungkin.

"Apa yang lebih penting sebenarnya penyokong-penyokong sendiri memiliki kesedaran terhadap masalah ini.

"Tujuan berkunjung ke stadium adalah bagi menikmati perlawanan bola sepak, kenapa harus dilakukan perbuatan yang boleh mendatangkan bahaya penonton lain?"," tegasnya.

Tempat media bertugas juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran apabila beberapa kali botol dibaling dari tempat duduk penonton di yang terletak di tingkat atas.


What??? Jumpa ganja dalam banner tu?? Nampak sangat fitnah!! Jom baca lak paper Sinar Harian ni...

POLIS TAHAN 26 PENYOKONG
KUALA LUMPUR - Seramai 26 penyokong lelaki dari pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk  membawa barang larangan seperti mercun dan bunga api ke pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata polis, yang mengadakan kawalan sejak pukul 2 petang hingga separuh masa perlawanan, merampas 56 suar, satu bom asap, lima bunga api, satu pisau lipat dan sepaket ganja.

"Kita menahan kedua-dua kumpulan penyokong yang mula masuk ke dalam stadium sekitar pukul 6 petang hingga 9.30 malam. Mereka berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan Negeri Sembilan di sini.

Bagi mengaburi polis, Mohan Singh berkata daripada jumlah itu, 22 lelaki yang ditahan membawa barangan larangan 'flare' dalam kain rentang ke pekarangan stadium.

"Kita nampak mereka dalam keadaan mencurigakan apabila seramai 22 orang membawa banner (kain rentang) itu lalu kita melakukan pemeriksaan ke atas barangan itu," katanya.

Beliau berkata ganja yang dirampas turut ditemui dalam kain rentang itu.

Source: Sinar Harian

Still sama, ada jumpa ganja dalam kain rentang tu. Isk2... Memanglah ada ganja, tapi bukan dari 22 orang comrades tu ok tapi dari salah sorang penyokong lain. Pas buat urin test, hanya sorang je yang positive, yang lain tu takde ape pun. Ni sumber yang Honey dapat dari salah sorang comrade yang kena tahan polis. So pihak media janganlah buat-buat cerita, tak baik tau FITNAH. Iskkk apa pon tak ble!!
A.C.A.B - All Cats Are Beautifull
Kalau boleh kami pun mau berbaik-baik dengan polis sekalian. Bersopan santun dan menjaga budi bahasa kan.  Tak nak la satu masa nanti kuar macam ni kat stadium dalam Malaysia....






Dan jangan sampai jalan-jalan di Malaysia dipenuhi dengan benda ni....
Kalau flare or pyro or smoke bombs dan yang sewaktu denganya dah diharamkan untuk dibawa masuk dalam stadium, memang kempunan la kita nak jadi macam ni....=(


Apa Kata Honey: Apa Polis ingat kita nak bakar stadium guna Flare tu ke?!


Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


19 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

ACAB sungguh!!!!!!

Anonymous said... Reply Comment

kahkahkahhh,,,polis takut kita bakar stadium ;D

Anonymous said... Reply Comment

style r gamba ko..aku copy ye

Anonymous said... Reply Comment

perghh nampak je ayu..ganas jugak awek cun nih...hehe

Anonymous said... Reply Comment

aku sokong....ACAB!!!

Anonymous said... Reply Comment

Thanks Honey cube memperbetulkan laporan media sial

Anonymous said... Reply Comment

kahkahkahhh....teletubbies paling cute....kahkahkahhh

Andika Faisal said... Reply Comment

thenkss honey ;0

Anonymous said... Reply Comment

Bodoh punye polis !

Anonymous said... Reply Comment

mohon share!!

Honey IsyQi said... Reply Comment

welkem...hahh ni salah sorang tu...=p

Honey IsyQi said... Reply Comment

wc anonymous...media mmg mcm tu..nak publisiti jer..

Anonymous said... Reply Comment

teletabis tu kiut kahkahkahkakah

Honey IsyQi said... Reply Comment

tau xpa...mmg sesuwai la...hahaha

amy said... Reply Comment

a.c.a.b?? mcm x baik jer kn ckp org mcm tu..wlpn x puas ati, rsanya x elok nk cop org...kata2 kan doa..klu ckp mcm tu dpt ape yer???renung2kan

Anonymous said... Reply Comment

terbaek la!! media itu saje je nak membesar2x kan isu...ACAB!!!

Anonymous said... Reply Comment

nice entry!!

Anonymous said... Reply Comment

abis tu,skang dh x boleh bwk flare lg la..

Anonymous said... Reply Comment

tak boleh bawak flare da bro...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters