Tuesday, January 17, 2012

Apabila Meminati Seseorang

Assalamualaikum... =)

Pernah minat kat seseorang??? Honey yakin 95% akan jawab 'YES'!!!. Tapi cara tunjukkan minat tu berbeza untuk setiap individu kan?? Ada yang direct to da point(berani atau tak tau malu..hihiii). Some of u mabe juz try to be close with dat person. For example askin him/her go out for muvi, dinner, football, holiday  or many2 romantic approach.

Dan ada gak yang malu-malu sket, just berani mesej2, BBM, Whats App or just 'like' status on Facebook. Takpun letak macam-macam status di Facebook, dengan harapan orang yang dia minat tu alert. Cinta Muka Buku katakan. Hahahahaa

Pastuh ada yang jadi peminat rahsia. Omputih kata apa, secret admire. Tiap-tiap hari bagi bunga, coklat, gula-gula takpun bagi surat (eh ni zaman makcik-makcik dula la...hihi). Dulu Honey ada gak secret admire macam ni, selalu dapat surat. Huhh sori tak layan, tak gentleman ok! Huhuhu. Mabe orang macam ni lagi selesa dengan cara dia. He/ She felt better and happy after doing dat kind of thing. Who knows?

Tapi kan... Honey sangat respect dengan orang yang tidak bagi hint langsung, but da end of da story, dia masuk meminang (untuk lelaki ler). So sweet and full of barakah. Couple after married. =)). Jangan ingat orang macam ni tak berusaha, dia usaha gak tau, malah usaha dia lagi ikhlas, lagi bersungguh. Everyday ask for Allah, tuk bukak pintu hati orang yang dia minat. Berusaha melalu istikharah. At da same time, try dekatkan diri dengan sumone tu melalui family dia.

How bout woman?? What is da besh way to approach sumone dat we like?? Hurmmm.... bagi Honey la kan, cara terakhir tu yang terbaek. Berdoa, sandarkan harapan dan permintaan hanya pada Allah swt. Tapi kenalah jugak bagi hint sket-sket kan. Macam mana hint tu?? Depends on u my beloved fren =)

Kat sini Honey nak share satu situasi yang agak menarik. Tentang apa yang kita patut buat apabila meminati seseorang. Tak ingatlah curik dari mana bcoz dah lama berada kat draft ni. Hehee... Baru perasan...terlupa lak nak post. Jom baca kawan2...=)

Tajuk : Apabila Meminati Seseorang
"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.

"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.
Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.
"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.
"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"
"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."
"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."

"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"
"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".
"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"
***************************************
Dalam dilema?
Dilema?
Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?
ATAU
Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?
ATAU
Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?
Apa pilihannya? Keliru?
Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.
Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.
Apa yang penting?
Kesucian jiwa. 
"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)
Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.
Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.
Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.
Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.
Kecewa macam mana pon, ingat... Allah sentiasa bersama kita. Smile always =D
Apa Kata Honey: Sentiasalah bermuhasabah diri...



Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


5 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

comel rupanya tuan punya blog ni...;)

Anonymous said... Reply Comment

fewiitttt...comel mcm lisa surihani...-KF-

Anonymous said... Reply Comment

setuju dgn like status tu. tiap ari like status org yg aku minat. hehehe

Anonymous said... Reply Comment

so true...great entry honey! ;)

Anonymous said... Reply Comment

hai kak lisa yang comel.selamat bekerja hari ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters