Thursday, June 9, 2011

Fenomena Gerhana Bulan Separa 16 Jun 2011

Assalamualaikum... =))


Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama kira-kira enam jam bermula pukul 1.25 pagi pada 16 Jun ini. Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena yang biasanya berlaku ketika fasa bulan penuh itu disebabkan bulan melintasi bayang bumi.

Ø Fenomena gerhana akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 1.25 pagi. Bagaimanapun semasa fasa ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Ø Gerhana akan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) bermula pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.
Ø Bulan akan keluar dari bayang umbra bumi (U4) pada pukul 6.02 pagi.
Ø Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Sempena fenomena itu, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan aktiviti khas bagi membolehkan orang ramai menyaksikan gerhana bulan separa menerusi beberapa teleskop yang disediakan di pekarangan masjid berkenaan.
Turut diadakan solat sunat gerhana secara berjemaah di Masjid Negara pada pukul 3 pagi.
Untuk keterangan lanjut berhubung program tersebut, boleh bukak web ini atau contact Planetarium Negara di talian 03-22734301 / 4303 / 5484.


Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.

Moon enters penumbra : 2011 Jun 16 01:22:52
Moon enters umbra : 2011 Jun 16 02:22:24
Start of totality : 2011 Jun 16 03:21:57
Maximum eclipse : 2011 Jun 16 04:12:24
End of totality : 2011 Jun 16 05:02:50
Moon leaves umbra : 2011 Jun 16 06:02:22
Moon leaves penumbra : 2011 Jun 16 07:02:02
Umbral magnitude : 1.705
Penumbral magnitude : 2.712
Duration of total phase : 1h 40m 52s
Duration of umbral phase : 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase : 5h 39m 10s


Honey IsyQiPosted By Honey IsyQi

Thanks for readings. Anything can contact me through my Facebook Page

Thank You


1 Responses So Far:

Anonymous said... Reply Comment

iyekew???tak tahu pun.thanks honey!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters