Assalamualaikum... =))
Previous entry about our arrival at Phuket International Airport + Check in at APK Resort & Spa (click here). Also jalan-jalan cari makan kat Patong City. Now continue tour di sekitar Phuket Town by TukTuk.
Patong |
DAY 2 - Phuket City Tour + Bangla Road
10 November (Friday) - Seperti yang dijanjikan, dalam 2pm, pakcik tuktuk (tak ingat nama dia) datang hotel dan pick up kitorang. Phuket City Tour ni RM 80/Tuktuk, means RM20 sorang la.
Tuktuk kami... comel kan... =D |
Package kali ni membawa kita menjelajah sekitar Phuket serta pantai-pantai yang glamer seperti Patong, Karon dan Kata. Then melawat 'Three Beaches' viewpoint untuk amek gambar-gambar yang menarik. Pastuh pakcik tu bawak melawat gajah, Cashew Nut Factory, Phuket Pearl Factory dan banyak lagi tempat menarik. Yang bestnya sebab kita dapat menghayati Phuket Town dengan lebih dekat
Setelah melalui banyak tempat menarik, sekarang kami sampai area Karon. Memang nyaman compare dengan Patong. Pantainya pun nyaman, memang sesuai untuk honeymoon... hihi =D
Karon Beach... Nyamannnnn |
Last sekali, Pakcik Tuktuk tu bawak kami pergi shopping (tak tau nama tempat ni). Ada beberapa tempat tak sempat singgah sempat kitorang push pakcik tu untuk pergi tengok sunset. I rely luv sunset and also beaches. Nyamannnn =)
Tips: Usually Phuket City Tour ni 5 jam jer. Masa dia tak tetap. So kalau korang nak tengok sunset, make sure request time tu start at 2pm.
Sunset... Nyamannnn =) |
Selesai Phuket City Tour, rasa puas hati dan sangat berbaloi. Kitorang balik ke hotel dalam 7pm. Rest jap, and ready for Phuket Nightlife Tour (Package ni percuma...huhuhu).
Malam ni kitorang kuar untuk shopping souvenir lagi kat Floating Market di Jungceylon Mall (tak cukup shopping petang tadi). Pastuh nak survey package yang murah untuk Phuket Fantasea. At the same time, melihat sendiri macam mana nightlife di Phuket ni.
Tempat makan berdekatan hotel kami.. happening! |
Jungceylon Mall di waktu malam |
Floating Market at Jungceylon Mall |
Shopping and Shopping lagi... |
Peringatan: Kalau korang tengok yang pakai costume macam kat bawah ni, jangan simply bergambar. Mereka akan charge thb 100 kalau tak silap. Tapi kalau nak jugak, silakan.
Cantik di lihat, cantik di pandang, Once bergambar, mesti bayar punya |
Setelah melalui Bangla Road yang sangat panas, kami pun sampai di penghujung cahaya jalan. Singgah kat travel agent, tawar menawar berlaku, akhirnya dapat final price for Phuket Fantasea --> 1300 bath. Dia akan mintak nama dan hotel kita. So nanti senang dia nak amek. Yeayyy setel!!!
Setelah urusan selesai, kami pun berangkat pulang ke hotel. Sangat penat tapi puas hati kerana hari kedua kami penuh dengan bermacam-macam aktiviti. Berjalan pulang tanpa melalui Bangla Road, cukuplah sekali. Mimpi ngeri. huhuhu...
Kat hotel, membuat persiapan untuk PhiPhi Island tour esok pagi. Dah terbayang-bayang laut yang biru serta pemandangan yang menarik. Wahh bestnyaaaa! Tak sabar!! Good Night Phuket!! ^^,
More on Phuket Holiday
Special Phuket Entry
9 Responses So Far:
bangla road tu dah macam kat negara omputih..
dik.. tour guide tu dpt kat mane???
@Anonymous
kannn.. memang worst!!! =/
@Ejen Semit
tour guide ni dpt kat area patong beach.. klo pegi sana, byk tuktuk parking tepi jalan, so tanya je pakcik2 tuktuk tu.. =)
Hari tu pegi phuket ade tak bwk mknan? Mcm maggi ke roti ke?
S
@Anonymous
klo travel obersi ni memang WAJIB bwk makanans spt maggi, roti, biskut, bubur, cekelat2, kopok n BRAHIM. esp klo yg bajet.. mkn la benda2 tu waktu pagi n malam, dapat jimat sbb makanan kat luar mahal sket.. tp klo dwet byk apa salahnya try makanan luar, janji HALAL... =D
Salam sis...APK resort ni jauh x dr jungceylon mall tu.bpe min jln
@Anonymous
Waalaikumussalam... APK resort dekat je dgn jungceylon mall. Tak sampai 10minit jalan, klo jalan laju2 5 minit dah ble sampai..hihi
Post a Comment