This is an example of a HTML caption with a link.

Friday, September 14, 2012

Maafkan Aku Wahai Suami

Assalamualaikum dan Salam Jumu'ah... =D

Alhamdulillah baru setel siapkan report for my customer about motor la, torque, rotor dan macam-macam lagi. Fuhh pening kepala tengok equation yang berjela-jela. Terpaksa study balik pasal Electronic, payah jugak nak terima bcoz ni bukan subject favret time study dulu. Huhuu... Alhamdulillah again dipermudahkan segalanya untuk terima ilmu ini. Say thanks to Allah... =D

Time otak tengah serabut ni, tetiba jer rasa nak bukak blog Ustaz Pahrol, then terbaca satu entry yang agak menarik jugak. Actually Ustaz Pahrol ni salah seorang yang penulis yang Hani kagumi. Buku dia NOTA HATI SEORANG LELAKI memang sangat-sangat bermanfaat. Maybe ramai yang tak tahu beliau ada blog, so kat sini nak share satu entry yang bertajuk 'Maafkan Aku Wahai Suami'. Bukan yang dah kawen jer boleh baca, yang blom kawen pun disarankan untuk baca yer. hahaa.. 


************************************

Untuk mereka yang meminta saya menulis NOTA HATI SEORANG WANITA… saya dahulukan dengan tulisan dan sajak di bawah. Mudah-mudahan dapat dijadikan muhasabah dan panduan seseketika menghadapi ujian rumah tangga – medan jihad yang di sana bermulanya segala JIHAD yang lebih besar.

Terimalah MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI...
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh. 
Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:

“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:

“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!


Credit to Ustaz Pahrol

ApaKataHoney: Untuk pedoman bersama... =)



Tuesday, September 4, 2012

Maksud Sebenar Oppa Gangnam Style

Assalamualaikum... =))

"OPPA GANGNAM STYLE"!!! Woww fenomena terbaru bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia. Lagu dan video tu sangatlah tidak best (seriusssss nih) tapi mendapat berjuta-juta lemon views kat Youtube, and people start wonder what the heck is Oppa Gangnam Style??!!
Gangnam Style??
Rasanya ramai dah tahu maksud sebenar dia kan. Tapi sejak kebelakangan ni banyak tersebar melalui SMS, BBM, dan Tuiter Twitter mengenai maksud Gangnam Style ni, contoh seperti berikut:

"Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah. Macam2 sekarang niehh !"
Benarkah itu maksud gangnam style?

Technically, ‘Gangnam’ means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called ‘Gangnam-gu’.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea. (Copy paste ja)
Gangnam?? Pertama kali Hani dengar perkataan Gangnam ni time pergi oliday kat Korea March lalu. Our tourist guide, Mr Vincent explain pasal ni time perjalanan ke penginapan kami, Ramada Seoul Hotel kat Gangnam-Gu. Mr Vincent kata Gangnam-Gu ni merupakan kawasan elit dan tumpuan orang-orang kaya di South Korea. Dia cakap, dalam sehari boleh tengok banyak kete lembu lamborghini lalu lalang kat sini, dan semuanya kepunyaan penduduk Gangnam-Gu. Itu belum kira kereta-kereta mewah yang lain. Wowwww. Hanya mampu luahkan dalam hati sebab dah penat sangat selepas seharian berjalan-jalan di Jeju Island (love this island beri-beri munchy) dan melawat muzium serta tempat-tempat menarik di Seoul.
Tempat Hani tidoq kat Gangnam-Gu, Ramada Seoul.. huhuu (credit: google)
Ok back to main topic, I can say that Gangnam is a place representing wealth, status and luxurious life to Korean People. Most of them tryin and dreamin to be rich, dan berharap untuk menjadi Gangnam resident someday. Tapi, bukan semua penduduk daerah Gangnam ni kaya raya tau. Ada jer yang kurang bernasib baik dan tidak dapat mengecapi kemewahan. Jadi golongan minoriti ni telah terikut-ikut dengan Gangnam lifestyle, pretending to be rich and trendy. Biar papa asal bergaya... Kesian kan... =p
Gangnam-Gu, South Korea. Styleeee kan? (credit: google)
So, PSY's Gangnam Style ciptalah sebuah lagu ditujukan khas kepada golongan minoriti ni, untuk mengejek atau perli gaya hidup mereka. Penyanyi "Oppa Gangnam Style" ni refers himself in the third person, yang keep saying he lives and loves a Gangnam Style, tapi reality sebenar dia sangat jauh dari kehidupan mewah itu. (Klo korang perasan video tu asyik sebut Oppa Gangnam Style dengan gaya yang berlagak...hahh inilah dia maksudkan...)

Di awal video tu, PSY seemingly sunbathing on sandy beach, dikipas2 oleh hot gurl, tapi realitinya, he is surrounded by little kids playin in the playground. Pastuh, korang dapat tengok PSY walking together with two hot girls just like P. Diddy walking on the red carpet, tapi realitinya mereka berjalan di outdoor parking lot dan sampah berterbangan ke arah mereka, also with fake snow keeps flying into their faces to make them look ridiculous.

Dan banyak lagi tempat with luxury lifestyle tapi ends up:
(1)  dia kat sauna with mobster, not with the wealthy
(2) dia kat express bus dengan makcik-makcik, sambil menari-nari, not in the one of those Gangnam  nightclubs (Info: Gangnam-Gu ni sangat terkenal dengan nightlife dia, dan banyak nightclub kat sana)
(3) dia kat merry-go-round ride jer, bukan tunggang kuda yang sebenar.
(4) He's looking for a hot, classy and luxurious gurls in irrelevant places, seperti bawah jambatan kat Han River atau kat Han River Park, and eventually dia berjumpa his ideal woman kat subway jer. (Info: Han River terkenal with romantic and luxury place, teringat pengalaman naik Cruise kat Han River...ohsem!!)
(5) Ketika dia emerges from water, nampak macam tengah swimming kat swimming pool kat country club tapi, he's in fact swimming in the public bathhouse..hahaha kelakar
(6) dia kelihatan seperti P. Diddy duduk in a luxurious chair, tapi sebenarnya dia duduk kat toilet..kuikuiii =p
Redy for Luxurious Han River Cruise... =p
Kalau korang nak tau, ada satu lawak dalam bahasa Korea 'Doenjangyneo' atau dalam bahasa melayu 'wanita kicap masin' yang ditujukan khas kepada wanita yang sanggup makan ramyeon (mee segera) for lunch semata-mata untuk berbelanja lebih on Starbucks coffee. Kira perkataan Doenjang woman ni dicipta khas untuk perli wanita yang spend more than they can afford. Owwwhh Hani baru prasan, no wonder la berlambak Coffee Shops kat Korea ni, especially kat Gangnam-Gu. Hahahaa kelakarrrr... =D
Gangnam-Gu diwaktu siang. Gambaq dr hotel amek pakai henpon murah ja...
Dari pemerhatian Hani selama menetap kat Gangnam-Gu tu (ceh macamlah menetap lama sangat..kahkahkah), dapat la bezakan lifestyle mereka dengan yang lain. Seriuosly, berbeza. Nampak la aura kemewahan terpancar dari diri mereka, cara perpakaian, cara jalan, cara berkomunikasi, memang Gangnam Styleeeee la... huhuhuu...
curik gamba kat pesbuk... hihi
Ok sampai sini saja. Hani taknak komen pasal tarian yang ntahapahapantah tu, cukuplah sekadar xplain apa yang patut. Pasnih janganlah ada lagi nak kaitkan Gangnam Style ni dengan Yahudi la, illuminati la dan apa-apa jua yang sewaktu dengannya.

Ok kepada yang ingin tahu maksud lagu tu dalam English, meh baca nih. Hani bagi gak lirik lagu tu dalam Korea. Manala tau ada yang nak hapal then menari Gangnam Style....hohohoo peace =p


Oppa Gangnam Style Lyric (English Translation)

Oppa is Gangnam style
Gangnam style

A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist

I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy

Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end

Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style

Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh

A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that

I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy

Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end

Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style

Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh

On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two

You know what I’m saying
Oppa is Gangnam style

Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh

Lirik asal lagu Gangnam Style
Oppan gang-namseutayil
Kang-namseutayil

Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja

Naneun sana-i
Naje-neun neomankeum ttasaroun geureon sana-i
Keopi shikgido jeone wonsyas ttaerineun sana-i
Bami omyeon shimjangi teojyeobeorineun sana-i
Keureon sana-i

Areumdawo sarangseureowo
Keurae neo hey keurae baro neo hey

Areumdawo sarangseureowo
Keurae neo hey keurae baro neo hey

Chigeumbu-teo kal dekkaji kabol-kka

Oppan gang-namseutayil

Kang-namseutayil

Oppan gang-namseutayil

Kang-namseutayil

Oppan gang-namseutayil

Eh- sexy lady
Oppan gang-namseutayil

Eh- sexy lady
O-oo-o

Jeongsu-khae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
Karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
Keureon gamkakjeo-gin yeoja

Naneun sana-i
Jeomjanha boijiman nol ttaen noneun sana-i
Ttae-ga dwehmyeon wahnjeon michyeobeorineun sana-i
Keunyukboda sasangi ul-tungbul-tung-han sana-i
Keureon sana-i

Areumdawo sarangseureowo
Keurae neo hey keurae baro neo hey

Areumdawo sarangseureowo
Keurae neo hey keurae baro neo hey

Chigeumbu-teo kal dekkaji kabol-kka

Oppan gang-namseutayil

Kang-namseutayil

Oppan gang-namseutayil

Kang-namseutayil

Oppan gang-namseutayil

Eh- sexy lady
Oppan gang-namseutayil

Eh- sexy lady
O-oo-o

Ttwiineun nom keu wiie naneun nom
Baby baby
Naneun mwol jom aneun nom

Ttwiineun nom keu wiie naneun nom
Baby baby
Naneun mwol jom aneun nom

You know what i’m saying

Oppan gang-namseutayil

Eh- sexy lady
Oppan gang-namseutayil

Eh- sexy lady
Oppan gang-namseutayil

Kepada yang blom tengok lagi, mau promote jap negeri tercinta, jom klik ni ---> Orang Sabah Style. Hahahah boleh bah kalo ko!!

ApaKataHoney: Dengar lagu takpe, tapi jangan sampai terikut budaya dan gaya mereka.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters