This is an example of a HTML caption with a link.

Sunday, July 22, 2012

1st Day Puasa - Work!

Assalamualaikum... =)

Selamat berpuasa kepada semua.. Pekaba kawan-kawan yang berpuasa?? Hopefully semua sihat-sihat saja. InsyaAllah..

Entry kali ni saja nak story pasal pengalaman 1st day puasa di bulan Ramadhan. Mesti ada antara korang yang balik kampung dan berpuasa bersama family, ada yang duduk kat umah je sebab tak larat nak keluar, dan ada yang tak puasa ke? kuikuiii... Moga kita semua tidak tergolong dalam golongan tersebut... (kecuali wanita yg tetttt...hihihi)

Pengalaman Hani untuk 1st day puasa ni lain sket dari tahun-tahun sebelumnya. Sebab Hani kena bekerja, bukan kerja kat opis dan duduk dalam aircond, tapi kena pegi site dan berdiri di tengah-tengah panas. Dahla pakai coverall yang tebal tu di tambah lagi dengan safety shoes yang berat, fuhhh memang menguji kekuatan iman.

Ini project Rental Chiller kat satu tempat di Sepang, weekend pun kena keje jugak tau. huhuhu sabar yer Hani. Ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t.. =)
Pic uploaded kat FB... =)
Rental Chiller Project
Panas!!!
Tapi bukan dok tengah panas je sepanjang masa, ada gak keje-keje dia kat dalam plant room. Kat dalam ni plak bising yang teramat sangat. Siapa pernah masuk chiller plant room tau la bising yang macam mana. Ble pekak telinga kalo hari-hari masuk dalam tu...
Plant room
Electrical Room
with contractor
Hahh itulah sedikit pengalaman Hani untuk 1st day puasa (21 July 2012). Keje-keje jugak tapi ibadah lain pun jangan tinggal. Time contractors pegi lunch (opss jangan salah paham, dorang tu non muslim yer), Hani g surau menunaikan kewajipan, then baca Quran sket, sehelai pun jadilah, janji ada. So takdelah rasa rugi sangat. Untunglah yang tak keje kan, dok umah ble buat macam-macam ibadah, ble marathon baca Quran kan. Wahh jelessss dengan korang. Jelessss... hahaa

Penat? Memang penat tak terkata, time bukak puasa tu banyak minum air ja sampai buncit perut...hohh... Alhamdulillah b4 Ramadhan ni dah selalu training untuk puasa especially time Syaaban (kan sunnah Rasulullah banyakkan puasa di bulan Syaaban... =D). Jadi takdelah rasa terbeban sangat. Memang bermanfaat.

Sehari dah berlalu, 29 days to go. Rasa macam taknak berganjak walau sehari pun dari Ramadhan yag mulia ni, bulan yang penuh barakah. Berharap agar diberi kekuatan untuk melaluinya, menambahkan ibadah, memperbaiki serta membina diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik. InsyaAllah
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak! =D
ApaKataHoney: Keje oh keje. Keje pun ibadah jugak, yang penting niat ikhlas kerana Allah s.w.t... Lillahi ta'ala. =D




Tuesday, July 3, 2012

Salam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum... =)

Sekarang dah 13 Syaaban 1433H. Sedar tak sedar kita dah nak sampai ke pertengahan Syaaban. Alhamdulillah di usia 25 tahun ni, masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk gagah menghirup udara di bumi yang hanya pinjaman ni, masih diberi peluang untuk terus beribadah kepadaNya serta untuk memperbaiki dan mempersiapkan diri, menuju ke akhirat yang kekal abadi. Moga diberi lagi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak yang sentiasa dirindui. InsyaAllah... =)

Berbalik pada tajuk utama, Nisfu Syaaban. I don't have much time untuk tulis pasal tajuk ni, tapi cukuplah sekadar untuk berkongsi kepada saudara yang dikasihi sekalian. =)
Salam Nisfu Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arabbererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah s.a.w telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda Rasulullah s.a.w dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda s.a.w berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda Rasulullah s.a.w selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Source : Wikipedia

Kepada saudara semua yang saya kasihi kerana Allah... Jom sama-sama beramal serta training dengan berpuasa sebagai persiapan Ramadhan nanti. hehehe... Btw, jangan lupa our 'special' temu janji bersama Allah s.w.t pada malam esok yer (15 Syaaban 1433H)... ;)

ApaKataHoney: Salam Nisfu Syaaban =)




Monday, July 2, 2012

EURO 2012 - Spain Champions

Assalamualaikum... =)

EURO 2012 Champions - SPAIN!!!

EURO 2012 CHAMPIONS............

SPAIN!!!!!

VIVA LA ESPANA!!!!

Viva La Espana

EURO 2012 GOLDEN BOOT............

FERNANDO TORRES!!!!!

VIVA LA ESPANA!!!!

Cayalah Abe Gores...eh2 Abe Torres...hehe

clappp...clapp...clappp...clappp Congrates!!!!!

ApaKataHoney: Viva la EspaƱa!! Congrates Spain!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters