Assalamualaikum... =)
Penentuan penalti julang KSC Bangsarianz A
PASUKAN dari Kuala Lumpur, KSC Bangsarianz A tangkas membuktikan kewibawaannya apabila muncul juara kategori Lelaki bawah 17 tahun dengan menumpaskan lawan tuan rumah, Kedah, AHY Diwana di saingan final Karnival Futsal Harian Metro dibawa oleh AmBank, semalam.
Kemenangan diraih menerusi penentuan penalti jelas membuktikan kedua-dua pasukan dibekalkan jentera pertahanan dan serangan kukuh di pentas final Zon Utara apabila sukar menundukkan lawan masing-masing.
Saingan dramatik yang berlangsung di D'Futsal Centre, Alor Setar, Kedah itu menyaksikan ledakan gol pertama dijaringkan AHY Diwana.
Namun, KSC Bangsarianz A mengejar kedudukan dengan gol dijaringkan Muhammad Nur Fitri Ramli menerusi hantaran Mohd Zuhairy Md Znan sebelum AHY Diwana sekali lagi mendahului kedudukan 2-1.
Tidak mudah menyerah kalah, KSC Bangsarianz A terus melancarkan serangan dengan Muhammad Nur Fitri menyamakan kedudukan di babak kedua menerusi bantuan Mohd Zuhairy sekali lagi.
Kedua-dua pasukan mara ke medan penalti apabila wisel penamat ditiupkan.
Gandingan Muhammad Nur Fitri dan Mohd Zuhairy terus menyumbang kepada kemenangan pasukan apabila menjaringkan dua gol mendahului AHY Diwana 2-1.
“Perjalanan enam jam ke Kedah dari Bangsar nyata berbaloi apabila kami dinobat juara Karnival Futsal Harian Metro.
“Saya berpuas hati dengan kemenangan anak buah yang sebelum ini tewas di pusingan ketiga Zon Tengah hujung Mac lalu.
“Kemenangan sulung kami bersama Harian Metro ini menjadi pembakar semangat untuk Bangsarianz A melaungkan cabaran bergelar juara mutlak di peringkat Grand Final, Julai ini,” kata pengurus pasukan, Gozal Prasat.
Source: MyMetro
ApaKataHoney: Congrates semua... Korang memang tarbaek!! =D
0 Responses So Far:
Post a Comment