This is an example of a HTML caption with a link.
Showing posts with label Liga Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Liga Malaysia. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Honey & Football in 2011

Assalamualaikum... =))

Entry kali ni nak kira berapa kali Hani tengok bola kat stadium sepanjang tahun 2011. Saja je nak audit diri sendiri, tengok kegilaan diri sendiri demi menyokong pasukan Malaysia, Sabah dan negeri-negeri lain. Cewahhhh.....
Tiket bola Hani untuk 2011
Pengiraan dikira based on ascending month. Penilaian berdasarkan jumlah folder dalam album bola 2011 dan juga yang tertulis on my corporate diary 2011...aisehhh maca serius je bunyi..hahaha

Honey & Football in 2011:

1) Super League - N. Sembilan vs HM A (STAR of Paroi)
2) Super League - HM A vs Pahang (SSA)
3) Friendly - Malaysia vs Hong Kong (SSA)
4) Olympic Qualifier - Malaysia vs Pakistan (SSA)
5) Super League - Selangor vs Kedah (SSA)
6) FA Cup - Selangor vs Johor (SSA)
7) Friendly - Etoile FC vs Malaysia (Jalan Besar Stadium, Singapore)
8) Super League - Kedah vs KL (KLFA)
9) Super League - KL vs Sabah (KLFA)
10) Super League - N. Sembilan vs Kedah (STAR of Paroi)
11) Super League - Selangor vs Perak (SSA)
12) Super League - Selangor vs Sabah (SSA)
13) Super League - HM A vs Kedah (SSA)
14) Super League - HM A vs N. Sembilan (SSA)
15) Super League - Perak vs Kedah (Perak Stadium, Ipoh)
16) Super League - Sabah vs N. Sembilan (Likas Stadium, Sabah)
18) Super League - Felda vs Kelantan (KLFA)
19) Tak tau la - UITM vs MBJB (UITM Stadium)
20) Super League - HM A vs Sabah (Selayang Stadium)
21) Super League - Selangor vs N. Sembilan (SSA)
22) Super League - Felda vs Kedah (KLFA)
23) FA Cup - Kelantan vs Terengganu (SNBJ)
25) Olympic Qualifier - Malaysia vs Lebanon (SNBJ)
26) World Cup Qualifier - Malaysia vs Taiwan (SNBJ)
27) Liga IPT - UITM vs KKK (UITM Stadium)
28) EPL Friendly - Malaysia vs Arsenal (SNBJ)
29) EPL Friendly - Malaysia vs Liverpool (SNBJ)
30) EPL Friendly - Malaysia vs Chelsea (SNBJ)
32) World Cup Qualifier - Malaysia vs Singapore (SNBJ)
33) Malaysia Cup - Perak vs Sabah (Perak Stadium, Ipoh)
34) Malaysia Cup - Kedah vs Sabah (Darul Aman Stadium, Kedah)
35) Friendly - Malaysia vs Nepal (MBPJ)
36) Malaysia Cup - Selangor vs Terengganu (SSA)
37) Malaysia Cup - N. Sembilan vs Ganu (SSA)
38) Friendly - Malaysia vs Laos (SSA)
39) Olympic Qualifier - Malaysia vs Syria (SNBJ)
40) Olympic Qualifier - Malaysia vs Bahrain (SNBJ)

Hahhhh amekkkkk!!! 40 kali tengok bola kat stadium untuk tahun 2011 jer (Maybe ada lagi yang tertinggal, tak sempat nak listkan). Dan nak highlightkan kat sini benda yang agak best:

- 1st time Ultras Malaya awaydays kat Singapore, lawan Etoile FC.
- 1st time Ultras Malaya pijak kaki kat Stadium Sultan Muhamad IV, Kelate. Memang terbaek!!
- 1st time Hani tengok bola sorang2 kat SNBJ, time Malaysia lawan Liverpool.
- 1st time Hani pijakkan kaki ke stadium Likas...Nama jak orang Sabah tapi nda pernah pigi stadium Likas...Hahahaha.. Before ni pernah lalu jak la, nda masuk pun...
1st Awayday Ultras Malaya to Singapore (Malaysia vs Etoile FC)
Time ni sokong Klate...hehe
Ni sokong Kedah lak... =p
Walaupun sokong negeri lain, tapi Sabah Tanah Airku tetap diberi keutamaan!!!

North Borneo Ultras 1st debut... 5.04.2011
Kalau korang tengok list tu, bermacam-macam negeri kan yang Hani sokong. Sampai ke Perak Stadium sebab nak sokong negeri Kedah. hahaha kelakar la jugak... Tapi itu dulu la.. Sekarang hani dah nak kurangkan kekerapan ke stadium. Sebab apa?? Ble baca Entry nih --> Honey & Football in 2012.

Dannnnn.... walaupun ada segelintir pihak yang memboikot perlawanan EPL, tapi Hani still pegi jugak. Pegi ketiga-tiga game tau tak...memang gilossss ==> (Experience at Emirates, Anfield and Stamford Bridge Stadium)

Game Malaysia vs Arsenal memang tak plan pun. Balik ofis, tetiba jer mr. Lee Hong Yee ni call, ajak g stadium... Kebetulan takde benda nak buat, so Hani follow je la... Time g stadium Hani sorang je Malay, 2 orang chinese and sorang Korean.. Wowoww K-Pop... hehehee.. Btw thanks mr. Lee sebab blanje tiket..hehe
Malaysia vs Arsenal
Paling depan tu Korean Guy.. Handsome isn't??! =p
Malaysia vs Liverpool ni special sket, sebab Hani masuk stadium sorang-sorang jer, gambar kat bawah ni suh orang tak dikenali amekkan. Atleast ada la jugak kenangan masuk Anfield stadium...hohohoo... Tapi Hani just tengok 1st half jer, pastuh balik...sebab apa? sila baca nih ==> (Honey at Anfield Stadium)
Malaysia vs Liverpool
Malaysia vs Chelsea pun plan last minute gak. Datang stadium without ticket. Kitorang pusing satu stadium tau nak cari ticket, last-last dapat gak dari Ms. Ulat..dia jual murah okeh.. RM50 jer rather than RM 58.. Jimat RM8, boleh beli beger keras.... =p
Malaysia vs Chelsea
Itu je la yang Hani nak share... Apapun, pengalaman tengok bola kat stadium memang best! Terbaek! Sesiapa yang tak pernah pergi stadium, try la pegi atleast sekali seumur hidup....dan...try bakar flare (kalau masuk lokap jangan salahkan Hani yer...) hihii k babaiii....
Super League - Felda vs Sabah
ApaKataHoney: Malaysia Boleh!! Aisehhh apa kaitan.. =p



Sunday, December 23, 2012

Honey & Footbal in 2012

Assalamualaikum... =))

Dah nak sampai penghujung tahun 2012, bola pun dah abeh, I mean untuk Liga Malaysia la. AFF 2012 pun dah berakhir semalam dan Singapore berjaya merampas trophy yang dimenangi Malaysia pada tahun 2010. Takpe rezeki dorang walaupun Thailand main lagi hebat. kan3x...

Bila cakap pasal bola, pasti orang terpikir lelaki jer yang minat. Golongan wanita hanyalah minoriti, isn't? Tapi semua tu tak betul pun. Try p stadium dan tengok betapa ramai wanita (betul-betul nak tengok bola or ikut bf/hubby or kena paksa or saja nak melawa). Part yang nak melawa ni kelakar la jugak, bcoz kalau korang p stadium, pasti akan tengok golongan wanita yang macam nak g annual dinner, bersolek bukan main... hahahaa funny...

Ok dah abis mukadimah. Tujuan entry ni just nak kira berapa kali Hani g stadium sepanjang tahun 2012. Sebab nak audit diri sendiri samada berjaya mencapai azam 2012 (Kurangkan tengok bola kat Stadium).

Pengiraan dikira based on ascending month. Penilaian berdasarkan jumlah folder dalam album bola 2012 dan juga yang tertulis on my corporate diary...aisehhh maca serius je bunyi..hahaha

Honey & Football in 2012:

1)   Piala Sumbangsih - Negeri Sembilan vs Kelantan (SNBJ)
2)   FA Cup - PKNS vs Sabah (MBPJ Stadium)
3)   Olympic Qualifier - Malaysia vs Japan (SNBJ)
4)   FA Cup - Sime Darby vs Sabah (Selayang Stadium)
5)   Friendly - Negeri Sembilan vs Persebaya (STAR, Paroi)
6)   Super League - Negeri Sembilan vs Sabah ( STAR, Paroi)
7)   EPL Masters - Malaysia, Man Utd..etc.. (Melawati Stadium)
8)   Friendly - Malaysia vs Sri Lanka (SSA)
9)   Friendly - Malaysia vs Philipine (SSA)
10) Friendly - Malaysia vs Singapore (SSA)
11) Super League (Playoff..haha) - Sabah vs Kedah (Hang Jebat Stadium)
12) EPL Friendly - Malaysia vs Man. City (SNBJ)
13) Malaysia Cup - Selangor vs Pahang (SSA)
14) Malaysia Cup - Kelantan vs ATM (SSA)
15) AFF Suzuki - Malaysia vs Laos (SNBJ)
16) AFF Suzuki - Malaysia vs Indonesia (SNBJ)
17) AFF Suzuki - Malaysia vs Thailand (SNBJ)

Hahhhh.. 17 kali jer pegi stadium sepanjang tahun 2012?? (ini yang Hani ingatla..ada lagi kot yang tertinggal).. Nampaknya tercapai jugak azam nak kurangkan pijak stadium untuk tahun 2012. Yeayyy..clappppp3x...congrates myself!!

Untuk 2011? Tengok gambar bawah ni, dan boleh tau berapa kali Hani pegi stadium, tak pon baca entry ni --> Honey & Football in 2011
Tiket Bola oh Bola untuk tahun 2011
p/s: Tiket AFF 2010 hiasan jer..abaikan..
Untuk tahun 2013, Hani akan kurangkan lagi untuk pijak kaki ke stadium. Kalau boleh setahun tu pegi sekali jer, atau tak p langsung..hahahaa... Azam 2013 la..konon2 la.. Moga terus diberi kekuatan untuk laksanakan azam tu... Insya Allah...

Apapun, tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan dan pengalaman untuk Hani...

Football and Stadium.... di sini dapat merasakan pelbagai perasaan.....gembira, sedih, sayu, geram, bangga terhadap negara dan negeri yang dicintai. Dan paling penting nilai persahabatan serta kerjasama yang terjalin antara semua ketika menyokong dalam satu pasukan. Thanks kawan-kawan especially ULTRAS MALAYA, korang dah makin glamer tau..haha.. moga terus maju jaya, ohsem, crazeeee dan memenuhi seluruh stadium satu masa nanti!!!
(teringat pengalaman 1st awayday kat Singapore last year, ada beberapa kerat jer, sekarang dah makin ramai...terbaek!!!!).
Ultras Malaya 1st Awayday, Singapore!!!
Ultras Malaya!!!
credit: Sue Tarmizi
Dan thanks jugak untuk brader-brader North Borneo Ultras.. rekrut lagi ramai sumandak bah.. so nda la bosan curva kamu tu..hahahaa =p
North Borneo Ultras. Dulu dan Kini
Ucapan untuk Ultras Malaya: Moga Maju Jaya!!!
Ucapan untuk North Borneo Ultras: kipidapppp!! Sumandak aaa... Jangan lupa!!
Ucapan untuk Sabah: Moga berjaya ke Super League 2014!!!
Ucapan untuk Harimau Malaya: Moga berjaya ke Piala Dunia..hohohooooo

ApaKataHoney: Thanks semua, Insya Allah..satu masa nanti, kalau ada jodoh jumpa lagi di stadium!!! =D



Monday, April 9, 2012

North Borneo Ultras | Police at STAR of Paroi

Assalamualaikum... =))

7 April 2012 : Negeri Sembilan lawan SABAH at Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Result semua orang dah tau kan. Seri 2 sama. Ok la tu dapat bawak balik 1point, teda rezeki untuk Sabah mau menang away game ni... Syukur la... =)

Actually taknak story la pasal game tu, yang Honey mau highlight kat sini adalah penahanan seorang comrade North Borneo Ultras, oleh siapa? Oleh pihak polis. Sebab apa? Kesalahan yang biasa, korang suma pun dah tau sebab apa kan. So malas la mau explain banyak-banyak, u all can click here.

Kitorang sampai time game dah start, lambat sket bcoz singgah R n R Seremban dulu untuk Solat Maghrib + sesat sket cari jalan nak pegi stadium.hihihi... 
North Borneo Ultras at STAR of PAROI
Btw wanna say thanks la kepada saudara-saudara dari Ultras Nogori 9 sebab melayan kami dengan baek sepanjang berada di STAR of Paroi. And also my special appreciation to bro Black Commando from UN9. Salam 1 jiwa dari NBU... =)
UN9 dan NBU outside STAR
(credit pic : Black Commando)
North Borneo Ultras <-- Wikipedia
North Borneo Ultras <-- Official Facebook
Apa Kata Honey: Congrats all NBU comrades, untuk komitmen korang. Salute!!! 




Tuesday, January 10, 2012

Ultras Di Tahan Polis | A.C.A.B

Assalamualaikum... =))

A.C.A.B??? Apa tuh?? Biarlah rahsia... Hehehee... Actually Honey bengang dengan tindakan pihak Polis yang seolah-olah ingin mematikan atmosfera sokongan Bola Sepak tempatan yang semakin da Booommmmm sejak akhir-akhir ni.
Kalau korang semua tau, sempena Piala Sumbangsih baru-baru ni (7 January 2012), seramai 23 comrades dari Ultras Kelantan dan Ultras Nogori telah ditahan polis, sebab apa??? Sebab bawak masuk Flare dan Smoke Bomb pegi dalam stadium. Wat The Fish???!! Benda ni bukan bahaya pon, bukannya kitorang bakar flare then baling dalam stadium, takpun baling kat orang ramai. Iskkk tak paham tul.
Kena tahan polis. Banner n Flare... Credit to handsome boy Aqil Irfaan
Selama ni yang bawak masalah bukan dari curva Ultras, tapi dari penyokong lain. Kes baling mercun hingga menyebabkan kecederaan, kes baling mercun hingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda tuk beberapa minit, kes baling botol, baling kerusi dan bakar bendera. Itu semua bukan dari curva Ultras OK!!!! Sekali lagi Honey tidak paham... Persoalan ini sangat susah berbanding nak jawab exam Math for Engineer. LOL!!

Nampaknya Polis sangat takut dan sentiasa berjaga-jaga dengan puak-puak Ultras. Sehingga di Curva kami sentiasa dipenuhi oleh pihak Polis tak kira masa. Dan yang paling melucukan, disaat polis busy menjaga dan mengawal kami, tetiba lak kerusi dan botol di baling dari tempat penonton yang tidak dikawal polis... So what u wanna say??!! Hanya mampu gelak sambil menunjukkan tapak tangan kepada mereka. Heheheee
Credit H.I.Corp...hehe
So berbalik kepada kes comrades kena tahan sempena Piala Sumbangsih 2012, Honey juz nak cakap ni.....A.C.A.B!!!! Mabe not all, but most of them....LOL....

Dapat liputan luas dari media lak. Siap masuk Buletin Utama kat TV3 tau. Jom baca sket apa yang dilaporkan tu....

SELUDUP BOM ASAP, SENJATA KE DALAM STADIUM
Mohan Singh menunjukkan suar dan bom asap yang dirampas daripada penonton yang menyaksikan Perlawanan Sumbangsih di antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasioanal Bukit Jalil, kelmarin.
KUALA LUMPUR - Entah sampai bila peminat-peminat bola sepak akan menghentikan perbuatan tidak bertamadun seperti membakar mercun dan membaling botol sewaktu menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

Di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin sekali lagi menjadi saksi kepada insiden memalukan angkara sikap keterlaluan segelintir penyokong yang terus melakukan perkara sedemikian padahal mereka tahu ia salah.

Mujur kehadiran pihak polis berjaya mengawal keadaan, biarpun tidak secara keseluruhan tetapi setidak-tidaknya memastikan ia berada pada tahap minimum.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komsioner Mohan Singh Tara Singh berkata, sebanyak 26 tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan termasuk cuba menyeludup masuk bahan letupan, senjata tajam dan dadah.

Katanya, daripada tangkapan itu, polis turut merampas 56 batang nyalaan api suar, sebutir bom asap, mercun, pisau dan sebungkus ganja.

"Polis telah melakukan pemeriksaan di pintu masuk seawal pukul 2 petang dan turut giat memantau ketika perlawanan sedang berlangsung.

"Hasilnya, 26 lelaki berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 berjaya kami tahan.

"Ini termasuk sekumpulan 22 penyokong yang dikesan polis mengangkat kain rentang yang besar dalam keadaan mencurigakan, rupa-rupanya apabila diperiksa menemui 12 batang 'flare' dan satu peket ganja di dalamnya," katanya pada sidang akhbar semalam.

Mohan Singh mengakui adalah mustahil untuk pihaknya memastikan seratus peratus tiada barangan larangan dibawa masuk.

"Jumlah penonton mencecah puluhan ribu, kami hanya boleh mencuba mencegah sebanyak mungkin.

"Apa yang lebih penting sebenarnya penyokong-penyokong sendiri memiliki kesedaran terhadap masalah ini.

"Tujuan berkunjung ke stadium adalah bagi menikmati perlawanan bola sepak, kenapa harus dilakukan perbuatan yang boleh mendatangkan bahaya penonton lain?"," tegasnya.

Tempat media bertugas juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran apabila beberapa kali botol dibaling dari tempat duduk penonton di yang terletak di tingkat atas.


What??? Jumpa ganja dalam banner tu?? Nampak sangat fitnah!! Jom baca lak paper Sinar Harian ni...

POLIS TAHAN 26 PENYOKONG
KUALA LUMPUR - Seramai 26 penyokong lelaki dari pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk  membawa barang larangan seperti mercun dan bunga api ke pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata polis, yang mengadakan kawalan sejak pukul 2 petang hingga separuh masa perlawanan, merampas 56 suar, satu bom asap, lima bunga api, satu pisau lipat dan sepaket ganja.

"Kita menahan kedua-dua kumpulan penyokong yang mula masuk ke dalam stadium sekitar pukul 6 petang hingga 9.30 malam. Mereka berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan Negeri Sembilan di sini.

Bagi mengaburi polis, Mohan Singh berkata daripada jumlah itu, 22 lelaki yang ditahan membawa barangan larangan 'flare' dalam kain rentang ke pekarangan stadium.

"Kita nampak mereka dalam keadaan mencurigakan apabila seramai 22 orang membawa banner (kain rentang) itu lalu kita melakukan pemeriksaan ke atas barangan itu," katanya.

Beliau berkata ganja yang dirampas turut ditemui dalam kain rentang itu.

Source: Sinar Harian

Still sama, ada jumpa ganja dalam kain rentang tu. Isk2... Memanglah ada ganja, tapi bukan dari 22 orang comrades tu ok tapi dari salah sorang penyokong lain. Pas buat urin test, hanya sorang je yang positive, yang lain tu takde ape pun. Ni sumber yang Honey dapat dari salah sorang comrade yang kena tahan polis. So pihak media janganlah buat-buat cerita, tak baik tau FITNAH. Iskkk apa pon tak ble!!
A.C.A.B - All Cats Are Beautifull
Kalau boleh kami pun mau berbaik-baik dengan polis sekalian. Bersopan santun dan menjaga budi bahasa kan.  Tak nak la satu masa nanti kuar macam ni kat stadium dalam Malaysia....






Dan jangan sampai jalan-jalan di Malaysia dipenuhi dengan benda ni....
Kalau flare or pyro or smoke bombs dan yang sewaktu denganya dah diharamkan untuk dibawa masuk dalam stadium, memang kempunan la kita nak jadi macam ni....=(


Apa Kata Honey: Apa Polis ingat kita nak bakar stadium guna Flare tu ke?!



Friday, October 28, 2011

Website FAM kena HACK!!!

Assalamualaikum... =))

Aritu dah kena... Tadi otw pegi kerja dengar lagi kat berita pasal hack meng'hack' ni. Kena lagi ker??? Heheheeee

Kawan-kawan sekalian, rajin sungguh korang ek main-main dengan FAM ni. Aritu pegi hack web Singapore, (dapat liputan dari media Singapore), pastuh web tiruan MSL, then FAM ni pulak...

www.fam.org.my

hacked by: UM'07, pjpb cr3ws, gaysec and anti-p4sti
Ni antara yang yang menarik kat page tu...

"So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je ..."

"Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM..... Pegi mampos la FAM!!!"

Fuh tarik nafas dalam-dalam...ganaih sungguh depa ni.. Website tu telah di'touch up' oleh UM'07, pjpb cr3ws dan anti-p4sti. Hebat laaaa comrades sekalian!!!!! Ni siap masuk Metro lagi. Glamer la korang pasnih. Hahaaa

FYI, website UM'07 pun pernah gak kena hack oleh Singaporean, kalo tak pecaya sila click link ni.. Then dis link... Ini berikutan insiden perlawanan Malaysia vs Singapore for world cup qualifier baru-baru ni.

website Ultras Malaya suatu masa dulu

Ok balik pada point utama. Sebab utama page FAM ni kena hack bcoz of da increasing price for final Piala Malaysia 2011. RM 50???? Fuhhhh sangat tidak munasabah.

Tindakan meng'hack' dan mengutuk FAM ni bukan bermaksud rakyat Malaysia benci dengan bolasepak kita, No No No Noooo... Kami sayang sangat dan akan sapot until da last rebel. Tapi tindakan FAM ni boleh membunuh semangat dan sokongan semua rakyat negara tercinta ni. Kami semua mahu perubahan terutamanya dalam pentadbiran, perubahan yang boleh membangunkan mutu bola sepak kita, kami mahu ranking bolasepak negara ni meningkat!!! Bukan HARGA TIKET yang semakin MENINGKAT!!!!


Updated: Setakat ni (28/10/2011 - 11.01am) website FAM ditutup bcoz under maintenance. hihi

Apa Kata Honey: FAM oh FAM






Tuesday, October 11, 2011

Piala Malaysia 2011 | Sabah Kalah

Assalamualaikum... =))

Semalam quarter final Piala Malaysia 2011. Honey tak pegi mana-mana stadium pun, juz dok umah. Lagipun penat setelah seharian bekerja... Hohohoooo

Dari kejauhan, Honey juz follow and dengar suara DJ Sabah FM. At da same time tengok muvi Yoga (Korean Horror Muvi). Yup buat dua benda dalam satu masa, barulah menggunakan masa dengan bijak. Hehehee

At da end of da match, Indra Putra from TTeam jaringkan gol, so result kat Likas Stadium semalam, 

SABAH (1) - TTeam (2)

Huhhh sedey...Honey terus off radio then continue tengok muvi Yoga dengan aman tanpa gangguan suara DJ.



Sunday, September 25, 2011

Convo vs Football

Assalamualaikum... =))

24 August 2011: Honey pegi Penang tuk tengok convo kawan-kawan. Dah jadi alumni USM katakan...hehehee...b4 tu sempat lagi lalu kat USM Engineering, takda perubahan pun, still sama. Owh God, I rely miss my campus life there. Dah setahun kot tinggalkan zaman study. Cepat gila masa berlari-lari....

Sampai kat USM induk around 10am. Pegi makan dulu while waiting 'them'. Pas makan terus pegi jumpa kawan-kawan yang dah convo. Wiwiiitt dah dapat segulung ijazah (skemanya Honey).. Rely proud for all of u friends. Beshnyaaa dapat pakai jubah kaler purple tu, segala penat lelah study akhirnya terbayar. Congrats u all.

Cakap banyak-banyak pun tak guna. Baik u all tengok gambars during dat convo's day...

Yang diraikan: Abam master Fikri n Fattah, Junior Ecah =))
p/s: upload satu je dulu...more pictures...in progress

Pas berhug-hug n kiss-kiss dengan kawan-kawan, kitorang pun tinggalkan USM tercinta tu. Tak dapat lepak lagi lama bcoz Honey ada urusan lain yang agak penting jugak. Nak tau apa dia?????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaa.... urusan bersama comrades North Borneo Ultras!!!!!


Malam tu ada match Kedah vs Sabah for Piala Malaysia 2011, kat stadium Darul Aman. So Honey kena pegi Kedah... Sedey tak dapat lepak lama-lama dengan kawan-kawan. hukhukkkk... Its ok, next time will plan another gempaks activity. Hehee... Thanks to Aza n Ben sebab temankan pegi Hentian Juru, waiting for Bus Double Decker Honey. =p

Around 4pm, 2 bijik bus yang bawak Sabahan's crew pun sampai. Bye-bye USM frenz, Hye-hye futbol frenz. Rasa besh sebab 1st time pegi tengok Sabah lawan dengan jumlah yang sangat banyak. Eksaited u know. Hehehe

Tapi satu benda yang bikin spoil...Honey lupa bawak kasut tuk pakai kat stadium. Adoiiiiiii...terpaksa pakai kasut yang ala-ala artis ni...hahahaaaaaa


Ok laaa nanti Honey stody mory experience kat Stadium Darul Aman semalam. Nak pegi open haaaussss dulu. k Baiiii...peace


Apa Kata Honey: To be continue








Monday, September 5, 2011

Jadual Penuh Perlawanan Piala Malaysia 2011

Assalamualaikum... =))

Debaran Piala Malaysia makin terasa. Honey dah tak sabar nak pijak stadium ni, rasa lama gilerrr rehat and bercuti-cuti... Huhuhuuu... Ni dia jadual perlawanan untuk Piala Malaysia 2011. Siapa yang bakal menjulang piala keramat ni??? Your prediction???


JADUAL LENGKAP PIALA MALAYSIA 2011

6 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Johor vs Kedah | Sabah vs Perak
KUMP B -> Sime Darby vs Terengganu | PKNS vs N.Sembilan
KUMP C -> Sarawak vs Kelantan | Felda vs Johor FC
KUMP D -> K.Lumpur vs PDRM | T-Team vs Selangor

10 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Sabah vs Kedah | Perak vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs PKNS | N.Sembilan vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs PDRM | K.Lumpur vs T-Team

13 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Perak vs Kedah | Sabah vs Johor
KUMP B -> N.Sembilan vs Terengganu | Sime Darby vs PKNS
KUMP C -> Sarawak vs Johor FC
KUMP D -> K.Lumpur vs Selangor | T-Team vs PDRM


14 SEPTEMBER 2011
KUMP C -> Felda Utd vs Kelantan

17 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Johor | Perak vs Sabah
KUMP B -> Terengganu vs Sime Darby | N.Sembilan vs PKNS
KUMP D -> Selangor vs T-Team | K.Lumpur vs PDRM


18 SEPTEMBER 2011
KUMP C -> Kelantan vs Sarawak | Felda Utd vs Johor FC

24 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Sabah vs Kedah | Johor vs Perak
KUMP B -> PKNS vs Terengganu | Sime Darby vs N.Sembilan
KUMP C -> Johor FC vs Kelantan | Sarawak vsFelda Utd
KUMP D -> PDRM vs Selangor | T-Team vs Kuala Lumpur

27 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Perak | Johor vs Sabah
KUMP B -> Terengganu vs N.Sembilan | Sime Darby vs PKNS
KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs K.Lumpur | PDRM vs T-Team

*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue*

SUKU AKHIR (10 OKTOBER 2011 & 14 OKTOBER 2011)
Jadual Suku Akhir 1 : 10 Oktober 2011
Selangor vs Perak, Stadium Shah Alam
Felda Utd vs Negeri Sembilan, Stadium MBPJ
Terengganu vs Kelantan, Stadium Sultan Ismail
Sabah vs T-Team, Stadium Likas

Jadual Suku Akhir 2: 14 Oktober 2011
Perak vs Selangor, Stadium Ipoh
Negeri Sembilan vs Felda Utd, Stadium Paroi
Kelantan vs Terengganu, Stadium Sultan Mohd IV
T-Team vs Sabah, Stadium Sultan Ismail

SEPARUH AKHIR (18 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)

Jadual Separuh Akhir 1 : 18 Oktober 2011
Selangor vs Terengganu, Stadium Shah Alam
T-Team vs Negeri Sembilan, Stadium Sultan Ismail

Jadual Suku Akhir 2: 22 Oktober 2011
Terengganu vs Selangor, Stadium Sultan Ismail
Negeri Sembilan vs T-Team, Stadium Paroi




PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 0KTOBER 2011)

Pemenang X vs Pemenang Y



Nak tau senarai kumpulan Piala Malaysia, CLICK HERE



****Updated: 15 Oktober 2011

Apa Kata Honey: Majulah Sukan Untuk Negara... Pasukan mana akan ke FINAL????




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters