This is an example of a HTML caption with a link.
Showing posts with label University Science Malaysia. Show all posts
Showing posts with label University Science Malaysia. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Convo vs Football

Assalamualaikum... =))

24 August 2011: Honey pegi Penang tuk tengok convo kawan-kawan. Dah jadi alumni USM katakan...hehehee...b4 tu sempat lagi lalu kat USM Engineering, takda perubahan pun, still sama. Owh God, I rely miss my campus life there. Dah setahun kot tinggalkan zaman study. Cepat gila masa berlari-lari....

Sampai kat USM induk around 10am. Pegi makan dulu while waiting 'them'. Pas makan terus pegi jumpa kawan-kawan yang dah convo. Wiwiiitt dah dapat segulung ijazah (skemanya Honey).. Rely proud for all of u friends. Beshnyaaa dapat pakai jubah kaler purple tu, segala penat lelah study akhirnya terbayar. Congrats u all.

Cakap banyak-banyak pun tak guna. Baik u all tengok gambars during dat convo's day...

Yang diraikan: Abam master Fikri n Fattah, Junior Ecah =))
p/s: upload satu je dulu...more pictures...in progress

Pas berhug-hug n kiss-kiss dengan kawan-kawan, kitorang pun tinggalkan USM tercinta tu. Tak dapat lepak lagi lama bcoz Honey ada urusan lain yang agak penting jugak. Nak tau apa dia?????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaa.... urusan bersama comrades North Borneo Ultras!!!!!


Malam tu ada match Kedah vs Sabah for Piala Malaysia 2011, kat stadium Darul Aman. So Honey kena pegi Kedah... Sedey tak dapat lepak lama-lama dengan kawan-kawan. hukhukkkk... Its ok, next time will plan another gempaks activity. Hehee... Thanks to Aza n Ben sebab temankan pegi Hentian Juru, waiting for Bus Double Decker Honey. =p

Around 4pm, 2 bijik bus yang bawak Sabahan's crew pun sampai. Bye-bye USM frenz, Hye-hye futbol frenz. Rasa besh sebab 1st time pegi tengok Sabah lawan dengan jumlah yang sangat banyak. Eksaited u know. Hehehe

Tapi satu benda yang bikin spoil...Honey lupa bawak kasut tuk pakai kat stadium. Adoiiiiiii...terpaksa pakai kasut yang ala-ala artis ni...hahahaaaaaa


Ok laaa nanti Honey stody mory experience kat Stadium Darul Aman semalam. Nak pegi open haaaussss dulu. k Baiiii...peace


Apa Kata Honey: To be continue








Thursday, August 11, 2011

Konvokesyen Ke-44 (Universiti Sains Malaysia)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi... =))

Convo USM ke - 44??? Aisehhh apa kaitan dengan Honey???? Saje je ni nak menyebok. Sebab apa?? Sebab teringin nak convo macam orang lain gak, pakai topi segi empat tu (eh2 apa nama dia ek), yalaaa ceq study sampai darjah 6 jer....tak pandai macam orang lain...ngeeeee...=p

Actually tujuan tuan hamba tulih entry ni bcoz tetiba windu dengan USM tercinta. Yalaaa, last year Honey yang convo, dis year pulak kawan-kawan and junior lak convo (abang-abang dan akak-akak ada ke?). Cepatnya masa berlalu kan. Iskkkk dah makin tua nampaknya Honey ni.

Btw, Honey nak say congratz dulu dengan u all. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran korang memecahkan kepala study di Apex University tu, siyes susah gilerrrr, memang terer la korang semua. USM tu weiiiiiii, 1st ranking di Malaysia tuh!!!! Tak pecaya?? click here... =))

Kalau ingat balik time convo last year, memang rasa syukur sangat. Time nama di umumkan dan naik pentas, dapat benda alah tu, unforgettable moment u know (feel dia tak sama time naik pentas amek watikah askar-askar ari tu). Same goes wif u all kan kawan-kawan. So tak salah if i say, one of da greatest achievement in my great eastern life. InsyaAllah akan ada lagi pencapaian yang membanggakan di hari-hari mendatang, di dunia yang hanya sementara ini. AMIN
Dewan keramat yang melahirkan beribu-ribu lemon siswazah
Kepada Dja, Put2, Faezlan, Madeng, My Meche's Junior, My Airforce's Junior (eh2 YO), My MIRC geng (dak #Quiz tegar) dan budak bijak pandai USM campus kejuruteraan seterusnya seluruh warga USM yang bakal grad nanti, CONGRATZZZZZ again u all!!!!!!!!!!!!!!! Say thanks to Allah. (bunga-bunga api kalerful, bunga manggar n macam-macam lagi bunga mengiringi ucapan dari daku yang jauh di sini...=p)
EH!! lupa lak kepada abe Fattah, abam master kita. Perghhhh lepas ni mesti gaji lebat, so Honey pun nak wish congratz gak la... Dengan harapan abam master ni akan belanja nanti. Bila nak mai KL g??? kan dah master jalan nak g Sunway Piramid tu?? hehehee =p
So kepada yang terlibat saja, korang boleh join grup ni kat Facebook:

Atau yang belom tau lagi cara-cara nak pakai jubah convo tu (alaa sonang jer), atau apa-apa yang sewaktu dengannya, click HERE. (adik-adik yang blom grad lagi pun ble click, yang tak masuk USM lagi dan ada keinginan nak masuk pun, boleh click. Yang dah abeh study dan tak dapat masuk USM pun boleh click, saja berkongsi maklumat...hehe)

Jangan lupa amek gamba yang hensem-hensem dan cantik-cantik pas convo tau. Rugi kalo tak amek. Bukan selalu. Heheheee =)
Beta dah grad.... =)

***Updated: Ni entry pasal convo kawan-kawan tu...hehe enjoyy =) (28 September 2011)

ApaKataHoney: Congratz!!!!!





Tuesday, July 19, 2011

USM - Ranking 1st in Malaysia 2011!!!

Assalamualaikum... =))
"Universiti Sains Malaysia Menara Ilmu Tercinta, Jadi Tumpuan Antarabangsa Untuk Segala Cita-Cita"... Tetiba  nak nyanyi jer lagu USM sambil berdiri tegak. Ranking ni since january lagi, saja tulih bcoz tetiba windu dengan student life dolu-dolu. Even dah pencen dari dunia tu, tapi Honey still amek tau pasal USM tercinta. Congratz!!! We are No 1 in Malaysia!!! Alhamdulillah.... =))

Ni Honey curik dari Uncle Wiki - Click Here
"Meanwhile, in January 2011, the Webometrics Ranking of World Universities ranked USM as the no. 1 university in Malaysia, 10 in South East Asia and ranked 629 in the world.[10] The inaugural 2011 QS World University Rankings - Engineering & Technology ranked USM as the 19th[11] best varsity for Chemical Engineering in Asia, and also classified in the 51-100 bracket globally"
Kalau u all tak tau lagi, Honey nak habaq sket, USM ni University Apex pertama di Malaysia yang telah di pilih oleh Malaysian Ministry of Higher Education tahun 2008. Mesti ramai yang tak pernah dengar kan. Click here to know more about APEX University. Ingat lagi time tu Honey 3rd year, lepas tau jer USM dapat APEX ni, terus semangat study, siapkan semua esemen. Hahahaaa... Then semua, yup semua budak-budak USM menaikkan status congratz dan sewaktu dengannya kat YM, Skype, Frienster, Facebook dan macam-macam lagi. (Engineering campus dapat tenet free u know, dats y semua online =p)


Actually ranking universiti takla penting sangat, juz bagi kita semangat dan yakin dengan kemampuan Universiti tu. Benda paling penting adalah ilmu yang kita pelajari dan manfaatkan serta bagaimana kita mengaplikasikannya. Tapi university yang ranking top-top ni agak laku macam pisang goreng panas kat pasaran pekerjaan. So fikir-fikirkanlah.

Nak tau ranking University lain kat Malaysia??? Click Here

Apa Kata Honey: Jangan cuba-cuba masuk USM especially Mechanical Engineering kalau tak cukup kuat dari semua aspek. Susah gilaaaaaaaaaaaaaaa weiiiiiiiiiiiii..... Hahhh cuakkkk lettew... hehe peace =p




Ranking Universiti di Malaysia 2011

Assalamualaikum... =))


Ini adalah top 50 ranking university di Malaysia for the year 2011:
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center
Ini info lain pulak. Only USM gets 5-star ranking (excellent category) - dah lama, saja share... Hahahaha


More about da University Rankings (Click Here)

Apa Kata honey: Ranking University Bukan Segala-galanya.




APEX UNIVERSITY - USM

Assalamualaikum... =))

A sustainable world, humanity and the future of the humankind are among the issues focused on by Universiti Sains Malaysia.  Based on these over-arching principles, USM has been chosen by the Malaysian Ministry of Higher Education to implement the Accelerated Programme for Excellence (APEX) under its auspices.  This was announced by the Minister, The Honourable Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin on 3rd September 2008.
Since inception in 1969, USM has undergone various phases of development, not only in  graduating students to support the needs of the nation, but also more importantly, functioning as an impetus for the progress and nation-building.  For the next 40 years, it is time to move to the next level in preparing the University for a more challenging and unique future. 
Under the APEX proposal entitled, “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow”, USM has outlined its efforts in advocating the process of a sustainable development in ascertaining a more lasting future. In particular the survivality of the planet and humankind by ensuring the appropriate use of resources towards a greater understanding, respecting and even taking necessary steps to build a robust and balanced prosperous and sustainable future.

Emphasis is given “… to integrate sustainable development into the educational system so that future generations can be nurtured and imbued with the need to embrace ecological protection, conservation of resources and human development based on the virtues of equity, accessibility availability, affordability, appropriateness and in articulating a wholesome meaning of quality.”

In line with this, USM has executed a rebranding-cum-advocacy programme that would allow it to deepen and translate its main mission as “a pioneering university, transdisciplinary and research-intensive that empowers future talents and enables the bottom billions to transform their socioeconomic well-being.” This is in line with the vision of “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow.”

USM as an acknowledged Regional Centre of Excellence on Education for Sustainable Development by the United Nations University in Nagoya University, Japan, on 29th June 2005 has a lot to do.  Notable examples include the campaigns on sustainability such as “The White Coffin” that has successfully rid the use of polystyrene, and present a model of how carry out similar activities, and be recognised nationally and internationally, the latest by Global University Netowork for Innovation (GUNI). So is the campaign to reduce  the use of plastics in the campus that is now still on-going.  The mobilisation of in-house expertise to develop the concept of an “eco-hub” by utilising available resources is yet an example of the success thus far, all performed by volunteers from the campus community.

USM would continue to lead in facing future challenges by advocating seven thrust areas as a a basis to shape the nation’s first APEX university.  The seven areas are its concern about:  The Future, Uniqueness, Sustainability, Humanity, Universality, Change and Sacrifice as expressed by the Vice-Chancellor, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, during the 2009 Annual Address entitled “Universiti APEX :  Satu tuntutan, Satu Pengorbanan”  (APEX university:  A Quest, A Sacrifice.)

This means, USM is fully to implement a future that is sustainable by utilising higher education as the platform to reach out towards humankind as a whole while extending firm support to major international goals such as the Millennium Development Goals, Education for All, Education for Sustainable Development  and any other agenda in the future.  In so doing, USM opted to venture forward based on the “Blue Ocean Strategy”, which requires a unique and innovative way of thinking, taking actions and setting goals other than the norms. To be sure, establishing sustainability and humanity as the core ideals present a new metaphor that USM is keen to work on in ascertaining the survivality of the planet to be inherited by future generations. In short, this what APEX is about for USM.

Bahasa Melayu Version: Click Here

The Star News: Click Here

What is APEX University: Click Here


Apa Kata Honey: Congratz USM!!!!! We Lead - Kami Memimpin... =))





What Is APEX University

Assalamualaikum... =))

What is APEX University??? Apakah APEX Universiti??? Aisehhh tetiba plak jadi bahasa Melayu. Tak kesah la Malay or English, da important thing u know what is APEX university... Jom Baca... =))


Penubuhan Universiti Apex (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi  untuk mewujudkan IPT yang setanding dengan universiti terbaik di dunia.  Secara umumnya, universiti terkemuka di dunia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif.

Universiti Apex yang pertama di Malaysia iaitu USM telah menerima pengiktirafan ini pada 27 Ogos 2008 hasil daripada persetujuan sebulat suara Kabinet. Pemilihan USM sebagai Universiti Apex adalah berdasarkan kepada tahap kesediaan USM untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik. Antara matlamat penubuhan Universiti Apex adalah untuk menjadi sebuah universiti yang tersohor dan menjadi universiti rujukan kepada Universiti lain. Di samping itu, Universiti ini bertanggungjawab untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mampu menghasilkan kajian dalam bidang R&D&C yang berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat sejagat. Selain daripada itu, Universiti ini juga bertanggungjawab untuk menghasilkan penyelidik yang bertaraf Nobel Laureate dan pensyarah bertaraf dunia.

Universiti Apex telah diberi keistimewaan dan pengiktirafan yang tertinggi dari Kerajaan dengan diberi autonomi penuh dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, perlantikan kakitangan, pensyarah dan kepimpinan tertinggi serta penetapan yuran pengajian. Universiti Apex telah diberi fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi meletakkannya pada status berkelas dunia dan LPU yang terdiri daripada profesional berkalibel yang mempunyai kuasa tadbir urus yang penuh. LPU ini bertanggungjawab untuk melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Naib Canselor dan barisan pemimpin tertinggi Universiti.

Pemilihan pelajar juga akan dibuat berdasarkan kepada merit akademik dan kriteria lain yang dilaksanakan secara holisitik termasuk melalui temu duga. Komposisi pelajarnya juga terdiri daripada masyarakat majmuk di Malaysia dan sekurang-kurangnya 10 peratus pelajar antarabangsa.Bagi menjamin kecemerlangan akademik yang berterusan, pemilihan ahli akademik yang cemerlang dan mempunyai kesarjanaan yang tersohor oleh Universiti tersohor dunia seperti Universiti Harvard,  Universiti Oxford dan Universiti Cambridge akan dibuat melalui pemilihan yang ketat dan kompetitif.

Di samping, prestasi universiti ini juga akan dinilai berdasarkan kepada sasaran KPI yang tinggi dan bertaraf antarabangsa. Sebagai sebuah pusat kecemerlangan, Universiti Apex juga akan dilengkapi dengan segala kemudahan terbaik dan terkini yang mampu menarik tumpuan pelajar pintar dan ahli akademik cemerlang dari pelosok dunia.

Bagi tujuan ini, Universiti Apex perlu mempunyai ciri-ciri berikut: iaitu:

1.Pemimpin Terbaik»Cemerlang, berwawasan, bersemangat, dan komited untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam bidang kesarjanaan ;
»Pengurus dan pentadbir yang berbakat untuk mengurus sumber manusia serta aset universiti yang lain ; dan
»Komunikator cemerlang yang fasih berbahasa Inggeris, bermoral tinggi, dan berintegriti serta bertindak sebagai peniup semangat.
2.Fakulti Terbaik»Ahli akademik yang berbakat dan tersohor kesarjanaannya dalam pelbagai bidang. Ahli akademik yang terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat luar negara akan mewujudkan suntikan ilmu global yang sihat serta menjadi pengajar yang hebat selain menjadi penyelidik yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
»Teknik pengajaran sentiasa berkualiti dan relevan
»Penyelidikan mereka kreatif dan inovatif yang direka khusus untuk kemajuan penyelidikan serta memperluas ilmu.
3.Pelajar Terbaik»Kecemerlangan akademik yang tinggi secara berterusan dan konsisten sepanjang jangka masa kursus ;
»Pencapaian yang baik melalui penilaian kualiti yang ketat ; dan
»Pelajar dalam dan luar negara yang cemerlang.
4.Kemudahan Terbaik»Universiti Apex akan dilengkapi dengan kemudahan terbaik dan terkini untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.

Sehubungan itu,  diharapkan agar USM sebagai Universiti Apex yang pertama di Malaysia mampu melaksanakan hasrat murni ini dengan  menjadi Universiti Bertaraf Dunia dan seterusnya menjadi role model kepada Universiti lain dalam usaha untuk memperkasakan pengajian tinggi.


SEKIAN

PROUD TO BE USM STUDENT

Apa Kata Honey: Jadi student untuk APEX University sangat mentensenkan. 'Their' expectation veryyyyyyy HIGH u know. Alhamdulillah abeh gak... =))






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters