This is an example of a HTML caption with a link.

Monday, November 30, 2015

Australia 2015 (#2), Gold Coast - Currumbin Wildlife Sanctuary

Assalamualaikum... =))

Bersambung dari entry yang lepas di Coolangatta Airport, Gold Coast.

29 September 2015, Tuesday (Day 1) - Selepas selesai semua urusan di Airport, kami berjalan keluar untuk menaiki bus ke Surfers Paradise. Untuk makluman korang, ada dua bus jer dari airport ni iaitu number 760 dan 777. Bus 760 connects airport dengan Varsity Lakes station (departing half hourly). Bus 777 plak ke Broadbeach South station (departing every 15 minutes, 7am to 7pm, 7days a week). Boleh naik bus ni ke Broadbeach South (last stop) dan naik mana-mana bus ke destinasi pilihan korang.

Kalau nak ke Surfers Paradise, boleh naik bus 777 ke Broadbeach South tram station. Pastuh naik tram ke Surfers Paradise station. Touch card kat luar dulu yer baru masuk dalam. Jangan cuba-cuba tak touch sebab kat dalam tram tu nanti ada orang akan check card masing-masing. So sesiapa tak touch memang kena la. Kena apa? Hani pun tak tau kihkihkihh...

Tambang? Sorry to say Hani memang tak ingat. Eh tak amek tau langsung sebab dok touch card jer. Tau-tau je habis dan kena topup. Heeee ampunnnnn =p

Kami tiba di Surfers Paradise dalam pukul 11am, then berjalan sikit ke hotel untuk letak barang (check in pukul 2pm). Kat sini kami menginap di Islander Resort selama 4 hari 3 malam. Hani booked kat Agoda 3bulan awal dengan harga RM 808. Tak tau la murah ke mahal, redah je malas nak survey hotel lain.
Islander Resort. Tak sempat ambil gambar so credit tu pakcik google la.
Dah sampai hotel just bagi voucher Agoda dan bagi credit card untuk pre authorized payment AUD100 (tak charge kat credit card pon). Pastu dapat kunci dan....... eh2 boleh masuk awal. Takyah tunggu pukul 2pm. Yeayyyy boleh golek-golek atas katil dulu sebelum memulakan aktiviti untuk hari pertama di sini.
Fuhhh lega...... 
Lepas rehat, solat dan makan, kami pun berjalan keluar ke bus station Surfers Paradise yang terletak tidak jauh dari hotel. Tunggu bus untuk ke Currumbin Wildlife Sanctuary. Hani dah booked online kat ExperienceOz dengan harga AUD 34.30/person (kalau beli kat counter AUD 49.00). Voucher as per below.
Currumbin Wildlife Sanctuary Voucher for 2 adults
Dah sampai bus stop Currumbin, kena jalan sikit untuk masuk ke dalam. Bagi voucher ni dan dorang akan chop kat tangan. Lepas tu boleh la melihat haiwan-haiwan berlari riang dan burung-burung berkicauan di dalam ni. Jommmmmmm =D
Excited uooollllsssss =p

To be continue....





Thursday, November 19, 2015

Australia 2015 (#1), Gold Coast - Arrival

Assalamualaikum... =D

28 September 2015, Monday (Day 0) - Bangun pagi gigih bersiap nak pergi kerja macam takde apa akan berlaku harini. Pekerja berdedikasi yang ikhlas jujur dan amanah katakan. kihkihhh. Tengah busy settlekan kerja member office tanya bila flight, selamber jawab malam ni. Terkejut uoollsss. Lerrr pergi Aussie je pun, bukan nak pergi planet Marikh kena excited lain macam. hahaa

Petang tu cabut awal sket dari office, singgah Daiso dan Tesco dulu beli barang-barang yang penting. Then balik baru kelam kabut nak packing barang (tiap kali travel memang macam ni, last minute packing), dan Mr. Sensei ambil baby Arif kat taska. Tengah busy packing barang uncle taxi call bagitau dah sampai. Tarik nafas dan teruskan packing dengan tenang, kalau kelam kabut nanti ada benda yang tinggal. Lebih kurang 6pm baru kuar rumah dan sampai KLIA2 dalam jam 7pm.
Everyone can fly meh?
Semuanya berjalan lancar dari counter check in hingga berlepas. Jam 9pm lebih bermulalah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gold Coast. Trip kali ini tak sama dengan sebelumnya sebab dah travel dengan 9 months baby. Tak boleh berangan tidur sepanjang perjalanan di tengah kegelapan malam yang indah. Takpun menonton movie sambil menghirup hot coffee atau makan coklat yang berjaya disonglap ke dalam cabin. Itu dulu. Kini tidak lagi.

Apa yang merisaukan Hani sepanjang 8 jam flight ni adalah my baby Arif. Risaunya kalau dia meragam sepanjang perjalanan. Sebelum ni naik flight 2 jam lebih je pergi Sabah. Tu pun nangis sikit. Tapi kali ini 8 jam, malam pulak tu, takut menggangu tidur orang lain. Thats by biggest FEAR untuk trip kali ini. Bukan Aussie custom mahupun ringgit yang semakin jatuh bergolek.

Tapi baby Arif ok la jugak, nangis-nangis tu biasa la kan. Dah namapun baby, mestilah ada nangis hihi. Nangis time take off and landing, nangis nak menyusu dan lain-lain. Most of the time baby Arif tidur la. Tapi Hani memang tak tidur sepanjang perjalanan sebab kena pangku baby Arif dan ready untuk bagi susu, pastuh tak selesa dan lenguh satu badan. Sempit!!! Sapa suruh naik Air Asia kan. Makan 2 session, sebab Hani order 4 meals. Isi perut siap-siap takut kebulur time kat tempat orang nanti. Macamlah makanan tu boleh bertahan sepanjang seminggu kat sana hahaahaa! Tapi tak dapat nak habiskan semua, tinggal satu nasi lemak pak naseer. 

Dalam jam 7am lebih waktu Aussie, kami selamat mendarat kat Coolangatta Airport, Gold Coast. Alhamdulillah syukur... Takbir! Bukan excited dah sampai Aussie, tapi sebab boleh berdiri dan regangkan seluruh badan lepas 8 jam terperuk kat ruang sempit ni. Time keluar cabin tu sempat la jugak masukkan dalam beg nasi lemak pak naseer tu, saja buat experiment manalah tau nasib menyebelahi kami. Dapatlah makan nasi lemak kat surfers paradise beach nanti. =p

Dah masuk airport setel kat immigration, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Takdelah risau mana pun sebab dah declare so apa ada hal. Kalau makanan tak lepas halalkan je la, anggaplah ianya satu sedekah. haha... Btw, lepas kuar dari immigration tu, yang dah declare kena queue kat satu tempat. Time ni la ada sekor anjing datang tawaf kat kitorang. Sampai bag Hani anjing tu terus stop dan berlegar-legar kat situ. Sah... mesti anjing ni berminat dengan aroma nasi lemak pak naseer kat dalam bag Hani kihkih. Siyes taknak blah dari situ. Nasib baik pegawai ni paham so dia tarik anjing tu supaya hidung tak kena bag Hani. Kalau kena, memang samak la jawabnya weiiiii... 

Pastuh apa jadi? Confirm la kena bukak bag!!! Adoiiii ini semua salah nasi lemak pak naseer. Hani dah bagi pegawai tu list yang dah siap print dengan harapan dia tak jadi bukak bag, tapi dia ignore je. Habis kena selongkar semua bag. Alhamdulillah semua makanan Hani selamat kecuali the one and only, Nasi lemak pak naseer. Time nak blah, dia sempat pulangkan lagi ikan bilis dan kacang yang dalam plastic kecil tu. Then Hani bagitau la... Lerrr awat pulangkan, nanti tak sedap la nasi lemak tu kalau tak letak dua benda ni. Hahaa tipu je. Tak cakap pun. Tapi kalau cakap bukannya dia paham bahasa Melayu pun kan kan kan. =p

Dah setel urusan kat airport, Hani pergi beli Go card lak. Kat Gold Coast ni guna public transport je. Kalau nak naik bus atau tram touch je card tu, easy. Deposit card AUD10, then boleh isi berapa yang korang nak. Hani isi AUD40 je dulu. Kalau tak cukup nanti boleh topup lagi. Topup kat dalam bus je, just inform driver tu.

Pastuh beli sim card lak, Optus. Beli kat dalam airport ni je. Hani tak ingat da nama kedai tu. Harga optus sim card AUD2, then pilih plan yang korang nak. Minimum topup AUD10. Sehari AUD2 with 500mb internet data. So kalau isi AUD10, boleh dapat 500mb data setiap hari selama 5hari. 500mb ni setiap hari ok!!! Laju pulak tu uoolsss... Selain tu boleh guna untuk call juga. Murah dan berbaloi2. Tak payah nak roaming bagai. Hani guna optus ni sepanjang berada kat Aussie selama seminggu. Owh ya, nak activate sim card ni just bagi passport kat cashier tu, biar dia uruskan. =))

Ok jom keluar dari airport naik bus untuk check in hotel. Ini PENTING yer. Sebelum pergi Gold Coast haritu Hani refer blog sis Jari Manis untuk dapatkan info yang berguna, siap print screen lagi tau. Thanks sis Jari Manis. Tapi ada beberapa info berkaitan bus kat blog sis JM dah tak valid untuk 2015 ini. Yela semua benda berubah seiring dengan perkembangan zaman kan. heheee

Kalau nak tau info terkini bus di Gold Coast untuk tahun 2015 (skemanya ayat ni), boleh baca sambungan entry kat sini. See ya... =D

P/S: Gambar mana gambar??? Semua dah transfer kat dalam laptop da. Unifi kat umah pun problem so tak dapat nak online. Sobssss





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VISITORS AROUND THE WORLD

free counters