Assalamualaikum... =))
CEO Proevents International, Julian Kam (lima dari kiri) Pengarah Urusan, San Boon Wah (enam dari kiri) mempersembahkan replika tiket perlawanan Chelsea lwn Malaysia XI kepada Pengurus Besar Pengurusan Sukan dan Komunikasi Adidas Asia Tenggara, Marcus Chew (empat dari kiri), sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Jurulatih negara, K. Rajagobal, Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal dan Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia, Khawari Isa
Berita gembira buat peminat bola sepak di Malaysia! Chelsea akan menentang pilihan Malaysia Julai nanti dan tiket akan mula dijual dari 20 Mei.
Dengan promosi bersama lawatan pasukan Blues itu, butik sukan Adidas akan memberikan pas-pas latihan Chelsea dengan pembelian tiket dari 20 hingga 29 Mei.
Tiket akan dijual pada harga RM58, RM68 sehingga RM108. Tiket-tiket VIP juga dijual terhad dengan harga RM388.
Anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan pilihan Malaysia menentang Chelsea FC akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai 2011, 8.45 malam.
Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam menjangkakan sambutan hangat dari peminat bola sepak di serantau Asia Tenggara.
"Kami jangkakan ramai yang akan datang untuk perlawanan kali ini terutama sekali dari negara jiran seperti Brunei, Indonesi, Vietnam, Thailand dan Singapore," kata Julian.
Selain dari perlawanan, perlbagai aktivi menarik bakal disajikan kepada peminat seperti sesi tanda tangan pemain, klinik bola sepak, majlis kebajikan dan pertemuan dengan pegawai-pegawai kelab rasmi penyokong Chelsea.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad gembira dengan perlawanan yang akan berlangsung itu.
"Ini peluang terbaik peminat-peminat bola sepak untuk menyaksikan kelab ternama Liga Perdana Inggeris beraksi.
"Para peminat di Malaysia perlu mengambil peluang keemasan ini," kata Azzudin.
Para peminat boleh mendapatkan tiket di gedung-gedung Adidas dari 20 Mei serta di Ticketpro dari 30 Mei.
Talian hotline Ticketpro juga di buka di nombor 03-78807999 atau pegi WEB ni.
8 Responses So Far:
buang masa.....
maybe for u...not for Chelsea fan...
terima kasih...info yang sangat berguna
aku tak sabar..serang kedai adidas sekarang juga
As Salam
Apa kebaikan game ini untuk bolasepak negara? Nothing! Selain untuk penuhkan poket FAM. Bangun semua penyokong!
nak tgok yg liverpool punya
Meatball IKEA Halal
Waalaikumsalam...game lwn EPL club ini ada pro n cons..Untuk pembangunan bola sepak negara mmg ZERO...xdpt nak naikkan ranking pun...Tp utk rakyat jelata, mmg ok, as entertaiment...evryone hev their own point of view...
Hans: same here, mabe nak tgk liverpool and chelsea...hehe
Post a Comment